PADA pandangan anda siapakah
dan apa yang dibuat gadis cantik ini? Melihat akan raut wajahnya, sudah cukup
untuk menarik mana-mana jejaka di luar sana. Tetapi inilah hakikat sebenar gadis
cantik ini apabila terpaksa melakukan kerja yang jarang sekali dilakukan oleh
mana-mana wanita cantik di dunia.
Gadis cantik yang berasal
dari China ini terpaksa mengutip sampah untuk menyara keluarganya kerana tidak
mempunyai pekerjaan yang tetap. Rutin ini dilakukannya setiap hari tanpa
mengenal penat lelah dan pandangan serong orang lain.
Aadakah kes seperti ini
berlaku di Malaysia iaitu gadis-gadis cantik yang terpaksa melakukan kerja
mengutip sampah bagi menyara kehidupan?
Lazimnya di Malaysia, jika
mempunyai wajah ayu dan figura yang seksi pasti mempunyai pekerjaan sekalipun
tidak berbakat; malah ada yang terlalu gila mahu menjadi artis dan model.
Paling burukpun ada yang
menghias diri saban hari menunggu rombongan Tan Sri/Datuk datang meminang untuk
dijadikan isteri atau gundik.
Inilah sebenarnya nikmat yang
Allah SWT kurniakan kepada negara seperti Malaysia. Oleh itu sama-samalah kita
hargainya.
No comments:
Post a Comment