Tuesday, 28 August 2012

OLIGOPOLI DALAM INDUSTRI KILANG PENAPIS





KUALA LUMPUR : OSK Research menjangka penapis di Sabah akan bekerjasama untuk mewujudkan situasi oligopoli dalam industri kilang penapisan bagi mengurangkan harga domestik minyak sawit mentah (MSM).

Ia berkata kerajaan tidak memperkenalkan langkah-langkah untuk menurunkan harga domestik MSM kerana ia akan menjejaskan peserta huluan.

"Tanpa bantuan kerajaan, penapis di Sabah berganding bahu untuk mewujudkan satu langkah bagi mengurangkan harga domestik MSM.

"Jika penapis berjaya dalam memperkenalkan diskaun yang lebih besar di Sabah, kami tidak menolak kemungkinan mereka mencuba melakukan yang sama di Semenanjung Malaysia, walaupun agak lebih sukar untuk berbuat demikian dengan lebihan kapasiti dan bilangan penapis kecil yang lebih ramai," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan.

OSK Research berkata margin penapis Malaysia berada dalam kekangan sejak lewat tahun lepas apabila Indonesia memperkenalkan struktur cukai eksport baharu yang membolehkan ia mengenakan harga produk ditapis lebih murah dalam pasaran antarabangsa. (Bernama)

No comments:

Post a Comment