Oleh : MOHD NASRI ZAKARIAH
GOPENG : Tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas,
Nasharudin Mat Isa mengutuk Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung hukum hudud
dan negara Islam telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parasit Pas
yang bertuankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Parasit Pas itu merasakan
kelantangan Nasharudin berhubung isu berkenaan boleh membantutkan usaha untuk
merealisasikan cita-cita Anwar untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menjadi
Perdana Menteri.
Mereka berpendapat,
kelantangan suara Nasharudin itu boleh menyebabkan sokongan terhadap pakatan
pembangkang berbelah bagi terutama di kalangan pengundi atas pagar yang terdiri
daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu.
Ketua Penerangan Wanita
UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, berikutan perkara itu parasit Pas merasa
kurang senang dengan apa yang berlaku dan berharap Nasharudin dikenakan
tindakan segera termasuk memecatkannya seperti apa yang berlaku kepada bekas
Pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali.
“Kehadiran Ustaz Nasha
bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Mekah bertemu dengan ulama Arab
Saudi baru-baru ini menyebabkan parasit Pas rasa tidak senang dan menjadikan
perkara itu sebagai satu isu besar.
“Mereka melihat kehadiran
itu lebih menjurus ke arah politik walaupun perkara itu dinafikan oleh Ustaz
Nasha, menurutnya kehadirannya bersama Perdana Menteri adalah untuk
membincangkan mengenai agama Islam termasuk nasib masyarakat Roghiya,” katanya
kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya, parasit Pas amat
berharap supaya tindakan segera perlu diambil terhadap Nasharudin kerana mereka
merasakan jika dibiarkan boleh menimbulkan masalah besar di kalangan
parti-parti dalam pakatan pembangkang.
“Kalau boleh mereka mahu
Ustaz Nasha dipecat segera, perbalahan itu bukan sahaja membabitkan dengan
Karpal Singh, malah turut membabitkan pemimpin lain dalam pakatan pembangkang
termasuk DAP dan PKR, ini yang merimaskan golongan berkenaan.
“Bagi mereka, apa yang
berlaku itu menunjukkan tiadanya persefahaman di kalangan parti-parti dalam
pakatan pembangkang sedangkan tarikh pilihan raya semakin hampir, jika ini
dibiarkan cita-cita golongan berkenaan tidak akan tercapai,” katanya.
Hamidah berkata, selagi
Nasharudin terus berada dalam Pas, golongan berkenaan tetap tidak akan senang
duduk kerana mereka melihat kehadiran Nasharudin sebagai `duri dalam daging`
bagi merealisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. (MediaUMNO)
No comments:
Post a Comment