Oleh : DEBRA CHONG
KUALA LUMPUR : Datuk Zaid
Ibrahim hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi
perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahkamah telah
melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.
Bekas menteri ‘de facto’
undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki
yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur
dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen
376(2) Kanun Keseksaan.
“Saya menyalahkan Mahkamah
Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah
umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang
dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Isu tersebut mencetuskan
kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22
tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah
merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.
“Hakim, terutamanya di
Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan budi
bicara.
“Sesetengah lagi berdasarkan
undang-undang yang sedia ada,” katanya dengan menambah bahawa hakim mempunyai
kuasa untuk membebaskan pesalah pertama berdasarkan umur, kelakuan, kesihatan,
keadaan mental dan sebagainya.
Undang-undang Malaysia
menetapkan bahawa seks di bawah umur 16 tahun dikategorikan kes rogol bawah
umur.
“Dengan keputusan
sedemikian, itu adalah kesalahan yang serius. Kanak-kanak perempuan kini sudah
tidak mempunyai perlindungan di mahkamah,” kata Zaid.
Pengasas kepada Zaid Ibrahim
& Co, firma undang-undang swasta terbesar negara, memberi amaran bahawa
keputusan sedemikian akan menyebabkan ramai lagi yang “tidak bertanggungjawab”
untuk melakukan jenayah sedemikian.
“Saya merasakan adalah
penting untuk Mahkamah Rayuan menimbang semula keputusan ini,” katanya lagi,
dengan menambah bahawa ini adalah ujian kepada kerajan untuk melindungi
kanak-kanak dan wanita.
Kedua pesalah, pemain
bowling negara Noor Afizal Azizan mestilah dikelaskan sebagai pedofil, menurut
standard kesihatan antarbangsa dan psikatri.
Keputusan mahkamah hari ini
telah membebaskan penjenayah seks yang mungkin akan mengulangi jenayah mereka.
Badan dunia mengenai
penklasifikasian penyakit (ICD) mengatakan pedofil merupakan “seks kanak-kanak,
sama ada lelaki, perempuan atau keduanya, dari sebelum akil baligh atau di
peringkat awal selepas akil baligh.”
Menurut Statistik dan
Diagnosis untuk Penyakit Mental (DSM) yang digunakan oleh pakar professional
kesihatan mental seluruh dunia, pedofil adalah mereka yang tertarik dengan
hubungan seks antara kanak-kanak berusia 13 tahun atau lebih muda, dan pelaku
mestilah berusia 16 tahun ke atas dengan pasangannya sekurang-kurangnya lima
tahun lebih muda.
Noor Afizal berusia 19 tahun
apabila dia melakukan kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun, enam tahun lebih
muda.
Dalam kes Chuah, beliau
berusia 21 tahun apabila melakukan kesalahan, sementara mangsanya berusia 12
tahun — beza sembilan tahun.
Perbezaan usia antara
perogol dan mangsa dalam kes ini, merujuk kepada ICD dan DSM boleh
dikategorikan sebagai pedofil.
Hukuman penjara yang lebih
panjang seharusnya diberikan kepada pemain bowling Noor Afizal merogol
kanak-kanak bawah umur berusia 13 tahun apabila dia berusia 19 tahun sekiranya
beliau menggunakan kekerasan atau keganasan, kata mahkamah rayuan awal minggu
ini dalam penghakiman bertulis mengapa mahkamah memutuskan untuk hanya
mengenakan ikat jamin selama lima tahun.
Mahkamah bagaimanapun
berkata, keputusan ini tidak seharusnya menjadi rujukan apabila berlakunya kes
rogol bawah umur dan seharusnya dihakimi dengan keputusan sendiri.
Presiden mahkamah rayuan,
Tan Sri Raus Sharif berkata dalam penghakimannya, Noor Afizal, yang kini
berusia 21 tahun adalah seorang “lelaki yang menyesali apa yang dia telah
lakukan dengan mengaku kesalahannya.”
Raus, bersama Hakim K.N.
Segara dan Azhar Ma’ah, telah memutuskan keputusan tersebut.
Noor Afizal telah dibebaskan
dengan ikat jamin RM25,000 berbanding hukuman penjara selepas beliau mengaku
bersalah atas melakukan rogol bawah umur, menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap
mahkamah, serta menimbulkan persoalan terhadap Kanun Keseksaan dan
undang-undang jenayah, terutamanya selepas perogol kanak-kanak kedua, Chuah,
dibebaskan hari ini.
“Kami turut memutuskan
bahawa pelakuan seks ini adalah kehendak bersama dan dia seorang yang tidak
habis sekolah,” kata hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, mengikut laporan dari The
Star terhadap Chuah, yang berusia 22 tahun, seorang juruelektrik, diikatjamin
sebanyak RM25,000 selama tiga tahun.
Kemarahan orang awam semakin
memuncak apabila penghakiman mahkamah rayuan hari ini berubah dari keputusan
mahkamah tinggi daripada keputusan hukuman penjara terhadap pemain bowling
tersebut kepada ikat jamin lima tahun — kerana masa depan pemain bowling
tersebut sebagai tiket untuk tidak ke penjara.
Tetapi mahkamah rayuan
memutuskan dalam penghakiman bertulis untuk melepaskan pemain bowling itu
dengan ikat jamin, tidak bermakna melibatkan kes untuk sama untuk akan datang.
“Jika perayu (Noor Afizal)
lebih tua, atau dia menggunakan kekerasan, paksaan atau keganasan ke atas
mangsa, atau menggunakan penipuan, serta tidak bekerjasama dengan polis, dan
tidak menunjukkan kekesalan di atas kesalahannya, atau tidak ada jaminan untuk
dia tidak melakukan kesalahan yang sama, kami tidak teragak-agak untuk menjatuhkan
hukuman, sepertimana kes yang sebelumnya,” kata Raus.
Di mahkamah sesyen Melaka,
hakim telah mengarahkan Noor Afizal diikatjamin sebanyak RM25,000 selama lima
tahun selepas beliau mengaku bersalah merogol kanak-kanak tersebut di sebuah
hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai 2010.
Bagaimanapun, pendakwa telah
merayu kepada mahkamah tinggi pada 20 September tahun lalu untuk penjara
mandatori minimum lima tahun, dibawah kesalahan merogol dalam Kanun Keseksaan.
Menurut kes tersebut
berdasarkan penghakiman bertulis mahkamah rayuan hari ini, Noor Afizal telah
menempah hotel di Melaka pada 5 Julai, 2010 bersama gadis yang pada ketika itu
berusia 13 tahun empat bulan.
Keduanya berkata bahawa seks
itu adalah seks sukarela. Keesokan paginya, Noor Afizal menghantar gadis itu ke
rumah.
Gadis tersebut tidak
bercakap apa-apa, dan insiden itu hanya diketahui bila ayahnya membaca
diarinya.
Raus juga berpendapatan
bahawa ikat jamin Noor Afizal ini adalah adil kerana dia mempunyai rekod
sebagai seorang perogol.
No comments:
Post a Comment