Tuesday 28 August 2012

PENERBANGAN TERUS CHINA AIRLINES KE SABAH





KOTA KINABALU  : China Southern Airlines akan melakukan penerbangan terus ke Kota Kinabalu dari Guangzhou mulai 31 Ogos, 2012, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata rundingan dengan syarikat penerbangan itu bermula dua tahun lepas, dan baru-baru ini ia memperoleh kelulusan untuk beroperasi dua kali seminggu di laluan itu.

"Ia sebelum ini mengadakan operasi penerbangan sewa khas ke Kota Kinabalu. Syarikat penerbangan itu yang bermula dengan jumlah penumpang yang kecil, membuka tempahan untuk penerbangan 31 Ogos," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rafflesia Spa Essentials, sebuah premis menjual produk spa, di sini, Isnin.

Masidi berkata kerajaan negeri sudah memulakan rundingan dengan China Eastern Airlines mengenai kemungkinan melakukan penerbangan terus ke Kota Kinabalu.

Syarikat itu melakukan beberapa penerbangan sewa khas ke bandar itu bulan lepas, katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment