Saturday, 5 May 2012

FOTO POLIS KASARI ORANG AWAM DISIAR



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin menyiarkan dalam Facebook Polis Kuala Lumpur rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari orang awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil memberi kerjasama dan bukti.

"Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu, tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada  untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur undang-undang negara ini," katanya.

Selain itu, pihak polis juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran  Merdeka pada 28 April lalu.

"Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.

"Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohmad.

Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz, pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan 019-3872344.

Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan Mohmad berkata berikutan penyiaran gambar mereka yang terlibat, hanya seorang yang tampil setakat ini untuk membantu siasatan.

Katanya, lelaki berkenaan yang berumur 39 tahun, datang sendiri ke ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang tadi.

"Sementara itu, seorang siswa berumur 22 tahun telah berjanji akan serah diri bersama peguamnya pagi esok," katanya.

8 comments:

  1. peserta bersih yang bertindak liar hingga polis terpaksa berkasar.

    ReplyDelete
  2. Macam2 boleh berlaku kalau keadaan sudah jadi kecoh dan tidak terkawal.

    ReplyDelete
  3. Harap siasatan selanjutnya akan dapat dibuat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya Suhakam menyiasat pasti dapat diketahui pihak mana yang mengganas

      Delete
  4. Jika ada bukti mengenai kekasaran yang dibuat oleh polis cuba tunjukkan bukti tersebut supaya polis dapat membuat siasatan mengenai perkara itu.

    ReplyDelete
  5. Kejadian sebenarnya perlu diketahui bukan hanya melalui gambar.

    ReplyDelete
  6. siapa yang ganas sebenarnya?? siapa yang berani melanggar akta perhimpunan aman?? siapa yang enggan menuruti amaran pihak berkuasa?? siapa yang menyerbu benteng polis??

    ReplyDelete
  7. yang herannya, mana Ambiga ketika keganasan ini berlaku?? bagaimana dia boleh berada di 'zon' selamat ketika peserta2 perhimpunan yang lain sedang bertempur dengan pihak polis?? sepatutnya Ambiga la yang layak dikasari oleh anggota polis, bukannya peserta2 perhimpunan..

    ReplyDelete