Wednesday, 9 May 2012

KENAPA BIARKAN MPS MENZALIMI RAKYAT?





Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

TINDAKAN kejam yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menghiris hati sanubari peniaga kerana gerai tempat mereka berniaga dan menyara kehidupan di Flat Taman Indah Jaya, Sandakan telah ranap diroboh MPS.

Tindakan MPS tersebut disifatkan sekejam regim Israel menghalau rakyat Palestin kerana tidak mempunyai peri kemanusiaan dengan menzalimi peniaga yang sudah berniaga di situ sejak 2006 lagi.

Seorang penduduk Flat Taman Indah Jaya, Blok 13, Awang Abdullah, 64, yang berniaga pisang goreng untuk menampung kehidupannya, ketika ditemubual mendakwa bahawa tindakan kejam MPS memperlakukan para pengundi seperti haiwan liar amat mengecewekan mereka yang berlindung di bawah tampuk pemerintahan Barisan Nasional.

"Kami bukan membuat rusuhan seperti Bersih 3.0, tetapi kami telah berniaga sejak sekian lama. Timbang rasalah sedikit. Sediakanlah tempat berniaga yang sesuai dan dilengkapi dengan prasarana sebelum roboh gerai kami," kata Awang yang terkilan kerana tidak ada Wakil Rakyat tampil membela mereka yang dizalimi MPS.

Kata Awang lagi, walaupun sesetengah gerai didirikan di kawasan tepi pagar dan tidak mengganggu lalu lintas, turut juga menjadi mangsa tanpa belas ehsan sehingga meragut peluang mereka menambah pendapatan.

“Kami tidak marah kalau kami dilarang berniaga, tetapi jangan roboh atau rosakkan gerai kami. Berikan tempat baru untuk kami mencari rezeki," ulang Awang yang menyifatkan tindakan MPS telah mencetuskan kemarahan penduduk Flat ini yang majoritinya adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dan 80 peratus daripada mereka adalah ahli UMNO.

Katanya lagi, jika MPS terus mengganas, maka mereka sudah sepakat tidak ada gunanya memberikan undi mereka kepada calon BN yang menyalahgunakan amanah dan kepercayaan untuk menzalimi mereka sekali lagi.

“Kenapa MPS sering menyakiti hati para penyokong UMNO dan BN di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum ke 13 ini? Adakah Presiden MPS, Datuk IR James Wong boneka kepada parti-parti pembangkang yang sengaja menimbulkan kebencian rakyat terhadao kerajaan BN?" tanya Awang.

Sebagai penyokong setia kerajaan BN/UMNO, kata Awang, mereka meminta Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Datuk Seri Hj Ampong Hj Puyun; Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong; ADUN Elopura Au Kam Wah; ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya; ADUN Tg Papat Datuk Raymond Tan; Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen, termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman campur tangan dan memberikan amaran keras kepada Presiden MPS dan pegawai-pegawainya yang melakukan kekejaman yang boleh menjejaskan nama baik BN/UMNO.

"Saya tidak rela kerusi-kerusi BN/UMNO jatuh ke tangan pembangkang. Namun jika sekiranya BN kalah, termasuk kerusi Parlimen Sandakan terlepas ke tangan DAP, maka BN harus melihat kekalahan ini berpunca daripada penindasan yang dilakukan MPS," kata Awang yang jengkel dengan sikap telinga kuali Presiden MPS.

 

BAU BUSUK...Marsiah menunjukkan timbunan sampah yang terlonggok di dalam tong tidak dikutip oleh pekerja MPS.

Dalam pada itu, kegagalan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengutip sampah sarap di kawasan perumahan Flat Taman Indah Jaya, Sandakan secara berjadual telah menjadi penyebab utama bau busuk di kawasan flat berkenaan.

Seorang peniaga Kedai Runcit Blok 13, Flat tersebut, Marsiah Balaka mendakwa setiap hari terhidu bau busuk yang bukan alang kepalang, tetapi pihak MPS tidak mengutip sampah-sampah yang sudah penuh terlonggok di dalam tong-tong sampah yang disediakan.

"Kalau meroboh gerai mereka memang pantas macam kilat, tetapi kalau kebersihan tetap diabaikan," katanya kepada Sabahkini.Net yang secara kebetulan berada di hadapan kedainya, kelmarin.

Kata Marsiah, senario ini menunjukkan provokasi kakitangan MPS yang sering membuat masyarakat dan rakyat jelata marah kerana kerja tidak bersungguh-sungguh, tetapi gemar menyakiti hati rakyat dengan mengamalkan hukum rimba.

Katanya, kalau keadaan ini terus berlarutan tanpa dimbil sebarang tindakan, nescaya para pengundi di flat berkenaan akan berpaling tadah kerana tidak ada gunanya mengekalkan kerajaan yang hanya tahu menzalimi rakyat tetapi tidak tahu mengenang budi.

"Nasib ada Sabahkini.Net tempat kami mengadu kerana wartawan lain di Sandakan enggan ambil tahu masalah rakyat. Matikah, kebulurankah mana mereka peduli. Macam-macam alasan mereka kalau kami panggil," kata Marsiah lagi.

15 comments:

  1. takkan MPS terus merobohkan sahaja, pasti MPS ada beri amaran sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjaja harus tahu juga peraturan yang ada.

      Delete
  2. MPS perlu lebih aktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka terutama tentang kebersihan.

    ReplyDelete
  3. Minta penjelasan daripda MPS juga, barulah berita ini tidak berat sebelah.

    ReplyDelete
  4. Diharap MPS bersikap lebih adil. Jangan pula PATI yang terang2 buat kesalahan, dibiarkan.

    ReplyDelete
  5. MPS boleh menyediakan lebih banyak tapak untuk golongan ini berniaga.

    ReplyDelete
  6. Agree, notice and warning should be given.

    ReplyDelete
  7. Isu ini tidak harus diperbesarkan.

    ReplyDelete
  8. Penjelasan harus diberi untuk mengelakkan andaian negatif terhadap MPS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Penjelasan perlu ada untuk mengelakan tanggapan negatif

      Delete
  9. MPS perlulah ada perasaan jika benar ingin merobohkan tempat mereka ini sebaiknya berikan notis dan menyediakan tempat yang sesuai untuk mereka berniaga. Biar kedua-dua dapat yang terbaik dan bukannya satu pihak saja.

    ReplyDelete
  10. Mungkin ada peraturan yang diberikan di kawasan tu.

    ReplyDelete
  11. kenapa mahu salahkan MPS.. orang lain pun berniaga juga, tapi tidak la berniaga ikut suka hati.. ada peraturan, ikut la peraturan.. kejam sangat ka MPS hinggakan yang dihalau itu diibaratkan seperti haiwan liar??

    ReplyDelete
  12. kalau ikutkan hati, semua orang pun mahu berniaga depan rumah, mahu cari makan depan rumah.. bukankah lebih baik, sebelum mendirikan gerai, berbincang dahulu dengan pihak MPS?? minta lesen atau cadangkan kepada mereka untuk menyediakan satu tempat berniaga??

    ReplyDelete
  13. kira beruntung la peniaga ini sudah berniaga di tempat itu sejak 2006 tanpa dikenakan apa2 bayaran.. mungkin juga ada pihak yang membuat aduan kepada pihak MPS supaya gerai2 yang beroperasi secara tidak sah ini dirobohkan..

    ReplyDelete