Wednesday 30 May 2012

'KITA TAK AMBIL DUIT DARI KERAJAAN'




TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.
   
Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.
   
Baginda berkata demikian dalam Twitternya semalam sebagai menjawab kritikan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.
   
Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.
   
"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
   
"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.
   
"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda. (Bernama)

6 comments:

  1. nampaknya kerabat diraja pun dijadikan sasaran pembangkang.

    ReplyDelete
  2. kerabat diraja pun ada isu juga dekat2 PRU ni.

    ReplyDelete
  3. Betul..Sebelum membuka mulut selidik sebaiknya mengenai perkara ini sebelum berkata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh...silap2 haribulan kena tangkap polis.

      Delete
  4. Semakin berpendidikan tinggi semakin berani mempersoalkan segala keraguan.

    ReplyDelete
  5. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bukan sebarang pemimpin. dia ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak. sebagai pemimpin parti ‘Islam’ Nizar sewajarnya berkelakuan dan bertindak seperti orang Islam. sikap dan gelagat Nizar ini mencerminkan apa bentuk parti yang dikatakan Islam. dia bukan sahaja tidak menghormati sama rakyat tetapi berani 'menghina' Sultan Melayu yang disokong rakyat!

    ReplyDelete