KUALA LUMPUR : Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka
Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan
Bersih 3.0.
Tulisan terbaru Marina di
kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling
salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.
“Tapi keganasan itu,
terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan,
apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut
terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak
berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.
“Dan jika Menteri Dalam
Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak
ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi
yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini
memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.
Marina berkata insiden
tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya
penyiasatan yang bebas.
“Ramai yang tercedera bukan
disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai
yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku,” selar
Mahathir yang dipetik The Star.
Mahathir turut mendakwa Unit
Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan
keganasan” turut terlibat.
Mahathir turut berkata
bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0
kerana beliau mengikut “arahan”.
“Ini kerana beliau tidak
cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila
tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan
cedera,” hujah Mahathir lagi.
Marina, kata ayahnya, sudah
pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan
“kereta polis diterbalikkan”.
Membela pihak polis yang
terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih
3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan
ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.”
If both participants and authorities are willing to cooperate, this sort of violent outbreaks can be prevented.
ReplyDeleteSome participants are too emotional during the rally till they act irrationally including assaulting the authorities and innocent by passers.
ReplyDeleteMasalah tidak akan selesai melalui keganasanan.
DeleteLebih baik Bersh 3.0 tidak ddibuat. Tengok la apa yang sudah terjadi.
ReplyDeletedari bersih 1.0 hingga 3.0, kekeccohan pasti berlaku, cukuplah setakat ini, jgn anjurkan bersih lagi.
ReplyDeleteSepatutnya perlulah sedar dengan diri sendiri yang menyertai perhimpunan haram maka perlu tahu yang akan berlaku pelbagai masalah. Maka terima apa yang berlaku itu sebagai pengajaran dan bukannya mahu menyalahkan orang lain pula.
ReplyDeletesetiap tindakan ada akibatnya
DeleteSemua perhimpunan bersih tiada la yang mencapai objektif
ReplyDeletekalau tidak ada perhimpunan Bersih, tidak akan ada keganasan..
ReplyDeletetakkan mahu tunggu semua polis masuk hospital barulah pemimpin2 pembangkang percaya bahawa keganasan ini dilakukan oleh peserta2 perhimpunan.. sepatutnya mereka menyalahkan diri mereka sendiri kerana gagal mengawal perhimpunan dan gagal mematuhi akta perhimpunan aman..
ReplyDelete