RASMI.....Azizah
merasmikan Serambi Pintas sambil disaksikan pemimpin masyarakat setempat.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT:Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyeru penduduk
agar mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi dalam memerangi jenayah dadah.
Beliau berkata gejala dadah
merupakan jenayah merentasi sempadan utama yang perlu diperangi dan
melaksanakan pembasmian permasalahan dadah melalui gelombang kesukarelaan di
dalam masyarakat.
“Saya mengharapkan penduduk,
khususnya di Beaufort ini agar mempunyai Semangat sukarelawan yang tinggi dan
saya percaya ia memerlukan lebih dari sekadar minat dan pengetahuan untuk
menjadi seorang sukarelawan anti dadah. Ia memerlukan minat, semangat,
keprihatinan dan kesabaran. Ia memerlukan suatu motivasi yang tidak bersifat
material, tetapi kepuasan bahawa setiap yang menjadi mangsa penagihan adalah
penting untuk dipulihkan dan we can make a difference,” katanya.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata demikian ketika berucap merasmikan
Program Sukarelawan Anti Dadah (Skuad) 1Malaysia anjuran Agensi Anti Dadah
Kebangsaan di Kg Pintas di sini, baru-baru ini.
Sempena program itu beliau
mengajak agar rakyat sama-sama duduk sebagai satu pasukan Sukarelawan
Anti-Dadah (SKUAD) 1Malaysia.
”Mudah-mudahan melalui
gabungan seperti ini, kita akan dapat bersama-sama bergerak dalam satu barisan
sebagai satu pasukan untuk bersama memerangi penyalahgunaan dan pengedaran
dadah.
”Saya berharap mulai hari
ini, melalui gelombang yang dimulakan ini, AADK akan dapat menggerakkan satu
gelombang yang lebih besar dan gelombang inilah yang akan kita manfaatkan
sepenuhnya untuk membawa kebaikan kepada negara dan bangsa; menjadikan negara
bebas dari masalah penagihan dadah,” katanya.
Azizah yg juga Presiden
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sabah itu berkata lebih daripada
150,000 sukarelawan.yang berdaftar di bawah AADK, 147,034 daripadanya di dalam
Rakan Anti Dadah (RADA); 5,837 orang di dalam Masyarakat Wanita Antidadah
(MAWADAH); 1,639 orang di dalam Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD)
dan bakinya di dalam Persatuan Alumni AADK (PENDAMAI), Persatuan Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) dan Ahli Lembaga Pelawat. Saya juga difahamkan setiap tahun
AADK mensasarkan setiap daerah ada 1000 ahli yang berdaftar sebagai sukarelawan
AADK.
”Di luar AADK pula terdapat
pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dan kemudahan
dalam rawatan dan pemulihan dadah dan NGO-NGO yang sudi menghulurkan tangan
biarpun tidak mempunyai kepakaran dan kemudahan rawatan dan pemulihan. Ini
tidak termasuk komuniti di kalangan penduduk sesuatu kawasan, pemimpin
masyarakat setempat dan individu-individu yang turut membantu di atas sifat
kemanusiaan dan keprihatinan. Kita perlu mendampingi setiap mereka ini dan kita
perlu membawa mereka untuk bersama-sama menangani dan membasmi permasalahan
dadah,” katanya.
Beliau juga berharap pihak
AADK menggandakan usaha secara berterusan bagi melaksanakan inovasi dalam
rawatan dan pemulihan disamping perlaksanaan program pencegahan dadah yang
lebih mantap dan berkesan kepada seluruh rakyat Malaysia.
”Masa depan Malaysia adalah
tanggugjawab setiap satu dari kita. Maka tekadkanlah usaha dan keazaman untuk
menyahut seruan Transformasi kerajaan. Bersama- sama kita membentuk masa depan
Malaysia yang lebih baik untuk anak-anak kita dan kesejahteraan keseluruhan
masyarakat khasnya,” katanya.
Sempena program itu Azizah
merasmikan premis perniagaan Serambi Pintas dan rumah komuniti di Kg Pintas
yang menjadi satu pusat aktiviti gerakan masyarakat dalam usaha untuk menentang
masalah penyalahgunaan dadah,khususnya bagi membantu bekas penagih dadah dan
keluarga mereka supaya menjadi ahli masyarakat yang produktif dan proaktif.
Pada majlis itu Azizah
menyampaikan bantuan barang-barang kelengkapan masjid bagi Kg Klias baru dan
sumbangan 10 kompang untuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Mempagar.
Pelbagai aktiviti turut
diadakan pada program bersama rakyat itu antarany pemeran oleh Jabatan
Pengankutan Jalan (JPJ), Jabatan Tenaga kerja (JTK) dan kaunter Clinic Cure
& Care.
Selain itu pertandingan
mmenggubah bunga hidup, gubahan manik sukaneka dan cabutan tiket bertuah turut
diadakan.
AZIZAH ketika melawat
kaunter pameran pada program Sukarelawan Anti Dadah (Skuad) 1Malaysia di Kg
Pintas Beaufort.
kita semua harus bekerjasama dalam memerangi dadah.
ReplyDeletedadah merosakkan kita, jgnlah kita terlibat dgn dadah.
ReplyDeleteRamai golongan belia yang terlibat dalam kes berkaitan dengan dadah.kesedaran perlu didedahkan kepada mereka supaya tidak cuba berjinak2 dengan dadah.
ReplyDeleteDadah musuh negara. Dadah boleh menghancurkan masyarakat kita. Jauhi dadah!
ReplyDeleteJauhi dadah dari masyarakat.
ReplyDeletekalau semua masyarakat negeri ini mampu bekerjasama, gejala pengedaran dan penagihan dadah pasti mampu diselesaikan.. mudah saja untuk bekerjasama.. laporkan saja jika ada kes2 dadah dikawasan sekitar..
ReplyDeleteThe drug menace is becoming more serious with the advent of sophisticated technology, which now makes it even more difficult to detect the entry of drugs.
ReplyDeleteAs a concerned and responsible society, we must act fast to prevent traffickers from taking advantage to expand their illegal activities in the State, particularly in Papar district, said Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Shirlin Haji Abdul Rashid.
ReplyDeleteShe believes the fight against drug is endless for as long as there is a demand, the supply and purchase will be there and this is why people today need to mobilise their resources to eradicate the drug menace that can destroy our race, religion and country.
ReplyDeleteThe Papar Member of Parliament said this when opening the “Tekad” programme organised by Pemadam Papar at the district rest house recently.
ReplyDeleteShe said the “Tekad” programme is implemented to encourage participation of the general public, especially among the fisherman community, in government campaigns to eradicate the dadah menace.
ReplyDeleteAccording to Rosnah, the government had tried to get rid of this menace for a long time already with various campaigns and activities, but these efforts have yet to achieve success as expected, she said.
ReplyDeleteShe said it had been acknowledged that dadah is the number one enemy of the nation.
ReplyDeleteThe government has also set a goal that by 2015, our country is to be dadah-free and had also allocated millions of ringgit for implementation of anti-dadah campaigns and eradication programmes so that the people are aware of the danger of drug abuse.
ReplyDeleteDadah, she said, is not only harmful to the human body but it can also destroy the faith of a person. This is because when a person is taking drugs, he will become hallucinated.
ReplyDeleteSome drug addicts would even hurt members of their families, just for the money to buy drugs.
ReplyDelete“Sometimes we also hear of the collapse of the family institution caused by drug addiction of one member of their family,” she explained.
ReplyDelete“Sometimes we also hear of the collapse of the family institution caused by drug addiction of one member of their family,” she explained.
ReplyDeleteShe advises the people to look at this problem seriously by helping to educate and motivate the fishermen to work together to ensure that drug abuse would be reduced in time in the State.
ReplyDelete