Saturday, 19 May 2012

WUJUDKAN PRODUK SABAH UNTUK DIFRANCAIS




KOTA KINABALU : Usahawan di negeri ini disaran untuk membangunkan dan mengeluarkan produk istimewa Sabah berasaskan makanan tempatan yang boleh difrancaiskan menerusi Program Francais Komuniti ke seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perniagaan francais komuniti berpotensi untuk diceburi terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan.

"Di Sabah, untuk (Pakej Francais) Mikro belum ada lagi sebab kita baru bawa dan kita harap lepas ini, francais mikro berkembang di Sabah."

"Apa yang saya minta ialah mereka (peniaga) cuba cipta sendiri produk tempatan untuk difrancais secara tempatan dahulu sebelum ke seluruh negara. Ini kerana francais yang dibawa dari Semenanjung kadang-kadang tidak menguntungkan francaisor...itu yang menyebabkan ia tidak berkembang," katanya Jumaat selepas melancarkan program francais Komuniti di Taman Putra Jaya, Telipok di sini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas tahap penyertaan usahawan atau peniaga Sabah terhadap Program Francais Komuniti. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.

Sambil memberi contoh produk 'burger Sabah' dan makanan sup Sabah, beliau berkata produk seumpama itu boleh diketengahkan untuk tujuan perniagaan jenis itu.

Bagi maksud itu, katanya kerajaan memperuntukkan RM8 juta bagi Skim Pinjaman Kecil Francis (SPKF) bagi membantu bakal usahawan untuk menceburi peluang perniagaan francais secara mikro.

Ismail Sabri berkata sehingga 14 Mei tahun ini, 144 permohonan diluluskan di bawah SPKF dengan jumlah pembiayaan yang diluluskan sekitar RM3.2 juta.

Sehubungan itu, Beliau meminta usahawan di negeri ini supaya merebut peluang perniagaan itu dengan memohon pinjaman mudah tanpa cagaran itu sehingga RM50,000 dengan kadar yuran perkhidmatan 3.0 peratus setahun yang boleh dibayar dalam tempoh lima tahun.

Ismail Sabri berkata bermula 9 Oktober sehingga 14 Mei tahun ini, sembilan program francais komuniti diwujudkan dengan potensi nilai pelaburan francaisi menjangkau RM66.3 juta dengan jumlah potensi bilangan francaisi sekitar 619.

5 comments:

  1. pembangunan produk sendiri harus dilakukan, ia pasti dpt berkembang dgn pesat.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya peluang untuk penduduk Sabah terbuka besar sekarang untuk memperkenalkan makanan mereka.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan negeri harus membantu para pengusaha untuk menceburi dalam bidang francais. Produk2 Sabah juga perlu diketengahkan.

    ReplyDelete
  4. ba jangan sia2kan bantuan yang telah disediakan.. syabas kepada kerajaan kerana terus tampil dengan initiatif2 bantuan untuk rakyat.

    ReplyDelete