Tuesday 26 June 2012

177 PROJEK PERUMAHAN SWASTA TERBENGKALAI




KUALA LUMPUR : Sebanyak 177 projek perumahan yang dibangunkan oleh pemaju swasta terbengkalai sehingga 31 Mei lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Selasa.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata daripada jumlah itu, 103 projek siap diduduki, 58 projek dalam proses pemulihan manakala bakinya masih di peringkat perancangan pemulihan.

"Kerajaan memandang serius permasalahan yang dihadapi pembeli projek perumahan terbengkalai dan komited dalam menyelesaikan projek-projek perumahan swasta terbengkalai.

"Kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha dan tindakan bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) yang ingin tahu bilangan projek perumahan swasta terbengkalai dan langkah kerajaan memulihkan projek itu.

Lajim berkata antara tindakan dan usaha kementerian bagi mengatasi masalah tersebut ialah mengenal pasti pemaju berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih projek itu, melaksana pemulihan projek itu terutamanya kategori kos rendah dan sederhana. (Bernama)

12 comments:

  1. Berikan projek kepada pemaju yang berkebolehan untuk elak pembaziran masa dan wang.

    ReplyDelete
  2. Inilah yang berlaku bila projek jatuh di tangan pemaju yang tidak bertanggungjawab. duit dah habis, kerja pula tak siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemaju yang tidak dpt laksanakan tanggungjwabnya dgn baik harus dikenakan tindakan.

      Delete
    2. blacklist sajalah kan..baru dorang sedar.

      Delete
  3. Hopefully these 117 private housing development projects that was abandoned will be continued as planned. It is unfair to the house buyers.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. The developers should be approached for explanation regarding the delay or abandonment of the projects. They have the responsibility to carry through the projects as agreed with the house buyers.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. semua projek terbangkalai haruslah disiapkan segera.

    ReplyDelete
  6. Perkara sebeginilah yang kita tidak mahu berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu hanya merugikan dan menjejas imej.

      Delete
  7. Inilah yang merugikan pembangunan di Negara kita jika banyak projek yang terbengkalai.

    ReplyDelete
  8. Projek yang sakit perlu dirawat

    ReplyDelete
  9. kalau susah sangat dengan pemaju tempatan, lantik saja pemaju dari luar negara..

    ReplyDelete