TERTARIK.......Saidin
(dua kanan), Yassin (dua kiri) dan Nordin (kanan) tertarik dengan hasil tangan
peserta Kursus Kemahiran Seni Kreatif Kraftangan Tradisional Program 1Azam di
Beaufort.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT:Kerajaan sentiasa
komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bagi kemakmuran dan
kesejahteraan rakyat keseluruhannya termasuklah usaha-usaha pembasmian
kemiskinan dan kemiskinan tegar khususnya kepada masyarakat di kawasan luar
bandar.
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj
Mohd Dun berkata, pelbagai bentuk program yang dilaksanakan oleh agensi dan
Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan amatlah dialu-alukan demi
merealisasikan matlamat kemiskinan tegar sifar, seperti yang dihasratkan oleh
kerajaan.
“Saya berharap agar semua
jabatan dan agensi kerajaan serta NGO yang dilantik akan menjalankan
tanggungjawab dengan penuh amanah dan keikhlasan supaya matlamat yang
dihasratkan daripada program murni ini akan dapat dicapai dengan jayanya agar
isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini menikmati faedah daripada program
ini, sekaligus berupaya mendorong mereka untuk lebih berdikari dan menjana
pendapatan sendiri,” katanya.
Azizah berkata demikian
ketika merasmikan majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Kemahiran Seni
Kreatif Kraftangan Tradisional Program 1Azam di Pejabat Kementerian Belia dan
Sukan Negeri Sabah, Beaufort di sini baru-baru ini.
Teks ucapan beliau dibacakan
oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Saidin Musih.
Hadir sama Pegawai
Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Bahagian Beaufort, Yassin Omar dan
Pegawai KBSS Daerah Beaufort, Nordin Ismail an Pegawai Belia dan Sukan
Persekutuan, Safwan.
Seramai 20 peserta yang
mengikuti kursus lima hari anjuran KBSS itu menerima sijil yang disampaikan
Saidin.
Azizah yang juga Adun klias
itu berkata peruntukan RM40 juta yang disalurkan untuk menjayakan program 1
Azam di Negeri Sabah, memberi banyak peluang serta potensi besar yang akan
menanti kumpulan isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini.
“Kepada rakyat yang akan
menikmati program ini, pergunakanlah peluang yang telah disediakan oleh
kerajaan ini dengan sebaik mungkin untuk membantu diri sendiri dan juga
keluarga meningkatkan taraf hidup sedia ada.
“Ini kerana kerajaan tidak
akan selamanya dapat membantu rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik
sekiranya rakyat sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang yang disediakan
oleh kerajaan, terutamanya peluang-peluang berupa peningkatan pendapatan
seperti Program 1 Azam ini,” katanya.
Beliau juga mahu semua pihak
yang terlibat sama ada dalam Program 1 Azam mahupun program-program peningkatan
pendapatan yang lain haruslah bergerak bersama-sama serta saling bantu-membantu
demi memastikan usaha kerajaan membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk
seluruh lapisan rakyat di negeri dan negara ini mencapai matlamatnya.
“Kerajaan akan terus
bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semua program
peningkatan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah di negeri ini.
“Kerajaan Negeri Sabah juga
akan terus berusaha memastikan semua kelompok masyarakat di negeri ini dapat
mengecapi nikmat pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan,” katanya.
penduduk harus gunakan peluang yang ada untuk tingkatkan tahap hidup mereka.
ReplyDeleteJangan sesekali biarkan diri dibelenggu fitnah.
DeleteRakyat sendiri juga harus berusaha.
DeleteKerajaan bagi program dan latihan, yang selebihnya terserah pada rakyat. jangan tunggu 'nasi disuapkan ke mulut'.
ReplyDeletekerajaan telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat...selebihnya rakyat yang perlu berusaha..
DeleteRakyat harus bersyukur dengan bantuan yang di beri oleh kerajaan.
Delete1Azam has helped thousands of villagers in achieving a better life.
ReplyDeleteSetuju.
DeleteThanks the government for such an opportunity.
ReplyDelete1Azam ni memang bertujuan untuk membantu rakyat dalam meningkatkan kualiti hidup.
ReplyDeleteBagus jugalah. Dengan adanya usaha sebegini dapat juga basmi kemiskinan di Sabah.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan meneruskan lagi usaha untuk menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat:)
ReplyDeletekerajaan pasti akan meneruskan usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat..
Deleterakyat haruslah mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kemahiran diri dan mengubah taraf kehidupan mereka..
ReplyDeleteUsaha masing-masing amat diperlukan. Tidak mungkin perubahan akan terjadi tanpa usaha.
DeleteEven though they get 1Azam's help, they need to have their own initiative to improve their standard of living.
ReplyDeleteKerajaan akan sentiasa memastikan rakyat tidak terbiar dan program sebegini pasti akand apat menbantu rakyat.
ReplyDeletePelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan penduduk mendapat kepentingan daripada usaha yang dibuat oleh kerajaan tersebut.
ReplyDeleteSyukurlah kerajaan memberi perhatian kepada rakyat.
ReplyDeleteRakyat sendiri juga harus berusaha dan tidak teramat bergantung kepada kerajaan.
ReplyDeleteMereka yang berhasrat untuk membaiki kehidupan, harus juga menyerti program kerajaan yang sering mengutamakan rakyat.
ReplyDeleteprogram yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan memang baik dan haus diteruskan.
ReplyDeleteindividu sendiri juga perlu sentiasa berusaha untuk majukan diri sendiri.
ReplyDeletesetuju, selain daripada usaha kerajaan, individu juga perlu berusaha gigih untuk berjaya.
Deletekesungguhan semua pihak dapat membantu untuk membasmi kemiskinan.
ReplyDeletememang benar kerajaan telah menyediakan banyak peluang untuk rakyat meningkatkan taraf hidup mereka, namun masih ramai lagi rakyat yang tidak mengetahui wujudnya program2 bantuan kerajaan seperti 1AZAM ini.. oleh itu, lebih baik kerajaan melalui wakil rakyat dan juga pemimpin2 diperingkat kampung berusaha menyampaikan segala maklumat berkenaan dengan bantuan2 yang disediakan oleh kerajaan kepada penduduk kampung..
ReplyDelete