WUJUD.....Sistem pemerintahan yang wujud di Sabah adalah realiti 20 Perkara yang telah diasimilasi dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sabah.
Oleh : DATUK SERI MOHD
SALLEH TUN SAID
PADA 25 Mei lepas, saya
diundang merasmikan Bengkel Cyber Troopers Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah
di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Seperti biasa, saya berucap tanpa menggunakan
teks. Topik bengkel berkaitan langkah menangani cabaran dunia siber. Luas dan
umum sifatnya.
Dalam ucapan selama
kira-kira 30 minit itu, saya menyentuh banyak perkara. Antaranya, Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing. Slogan `Sabah for Sabahan'
yang dicanangkan pembangkang. Perjanjian 20 Perkara. Juga saya sentuh mengenai
pembangunan.
Saya katakan, semua isu itu
perlu diberi perhatian oleh generasi muda. Lebih penting, ia perlu
diperjelaskan kepada rakyat. Supaya rakyat tidak keliru atau dikelirukan oleh
pihak pembangkang.
Esoknya, sebuah akhbar
tempatan berbahasa Inggeris mengambil isu 20 Perkara sebagai tajuk utama di
muka hadapan. Terkejut juga saya bila melihatnya. Sebab seingat saya, saya cuma
menyentuh hal itu secara sepintas lalu, kira-kira lima minit. Saya mendapatkan
akhbar lain. Ternyata tiada satu pun tulis mengenai 20 Perkara. Akhbar lain
mengambil topik politik biasa dan isu pembangunan.
Di situlah bermulanya
polemik dan kontroversi. Akhbar yang sama menyiarkan reaksi dan susulan, komen
dan ulasan pelbagai pihak. Semuanya menghentam saya secara peribadi.
Saya mengingati kembali
ucapan saya. Saya langsung tidak menyentuh soal `kesahihan' 20 Perkara
sebagaimana yang tergambar dalam laporan akhbar itu. Saya berucap dalam Bahasa
Melayu, tetapi apabila ditulis dalam Bahasa Inggeris, ia barangkali dibuat
berasaskan persepsi wartawan yang menulis, yang kemudian dirumuskan mengikut
kefahaman editor ketika membuat tajuknya. Sebab itulah, tajuk yang dibuat tidak
sama dengan isi yang ditulis dalam laporan tersebut.
Saya memahami kebebasan
media dalam konteks sistem demokrasi. Sebab itu, saya tidak membuat penafian
atau menyalahkan sesiapa. Dua hari selepas itu, saya sekadar membuat penjelasan
menerusi Bernama mengenai kedudukan dokumen 20 Perkara itu, setelah membaca
bermacam-macam komen negatif mengenainya, yang semuanya bersifat emosi dan
peribadi.
Di dalam penjelasan itu,
saya nyatakan bahawa penjelasan sebenar berhubung dokumen 20 Perkara bagi
melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia perlu dibuat bagi mengelak
parti pembangkang memperalatkannya untuk kepentingan politik.
Soal kesahihan sebenarnya
tidak berbangkit kerana pada hakikatnya, 20 Perkara itu hanya memorandum dan
bukan perjanjian yang ditandatangani. Dan ada antara perkara tersebut yang
telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan
Negara.
Secara peribadi, saya
menerima dan menghormati segala pandangan dan komen yang diberikan. Tapi apa
yang boleh saya katakan bahawa sebahagian besar komen tersebut bersifat
emosional dan peribadi, bukan bersandarkan fakta atau prinsip perundangan.
Dalam isu serius seperti 20 Perkara ini, kita tidak seharusnya tenggelam dalam
emosi sehingga lupa apa sebenarnya yang diungkapkan.
Saya berasa agak sedih juga
sebab ulasan-ulasan yang diberikan kebelakangan ini sudah terkeluar daripada
topik asal, sehinggakan ada yang meminta saya memohon maaf, malah ada yang
mendesak saya meletakkan jawatan. Itu semua tidak masuk akal, dan didorong
elemen politik.
Jika diamati penjelasan yang
saya telah berikan bahawa soal kesahihan 20 Perkara tidak pernah berbangkit,
maka komen atau ulasan hendaknya tidak berulang-ulang mengenai `kesahihan'
lagi. Lebih penting, komen seharusnya lebih fokus dan mereka yang mengulas
hendaklah memahami bahawa dokumen 20 Perkara itu bukannya perjanjian, cuma
memorandum.
Di sini elok barangkali saya
ringkaskan terjemahan saya mengenai apa yang disebut dalam dokumen 20
Perkara.Terjemahan saya ini mungkin dipersetujui ataupun tidak oleh pembaca.
Ini adalah perkara biasa dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan kebebasan
memberi pandangan sesuai dengan sistem demokrasi. Saya hormati sebarang
terjemahan dan mungkin kita boleh "bersetuju untuk tidak bersetuju."
Pada saya secara umum,
Perkara 20 merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan parti-parti
politik utama Sabah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental
Committee) yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merangka draf
Perlembagaan baru untuk Persekutuan Malaysia yang baru dengan mengambil kira
perlindungan dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak.
Memorandum 20 Perkara ini
merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima yang Pakatan parti-parti
politik Sabah mahukan. Wakil-wakil Sarawak juga telah bentangkan Perkara 18
mereka untuk tujuan yang sama.
Saya mendapati Jawatankuasa
IGC sudah menggabungkan atau memasukkan perlindungan-perlindungan Perkara 20
dan 18 ini bila mereka membuat pindaan-pindaan relevan terhadap Perlembagaan
Malaya ketika itu. Semua pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di
dalam Bab 3 Laporan Jawatankuasa IGC ini.
Dari sisi undang-undang,
saya rasakan Perkara 20 sebagai memorandum perkara-perkara minima untuk
perlindungan khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah dokumen undang-undang
yang boleh mengikat atau berkuasa. Ianya cuma relevan untuk menjadi bahan
rujukan apabila Mahkamah tidak boleh menafsirkan Perlembagaan Malaysia ataupun
Perjanjian Malaysia secara tepat.
Artikel 8 dalam Perjanjian
Malaysia pula teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan Malaya, Sabah dan
Sarawak untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun eksekutif untuk
merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B) sekiranya ia
tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia.
Oleh itu, sekiranya salah
satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di
dalam pengesyoran Bab 3 Laporan IGC, maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke
tahap itu. Hak-hak yang termaktub di dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan
IGC yang menjadi sumber asas untuk Perjanjian Malaysia dan seterusnya
Perlembagaan Malaysia.
Sebagai contoh, salah satu
Perkara 20 yang tidak direkodkan ke dalam Laporan IGC merupakan Perkara No. 3
yang mengharuskan setiap pindaan terhadap Perlembagaan Sabah perlu mendapat
persetujuan rakyat (melalui referendum). Namun ini tidak dilihat di dalam
Laporan IGC. Maka dengan itu, Perkara 3 ini tidak lagi relevan untuk masa sekarang.
Kita seharusnya mengkaji Bab
3 dari Laporan IGC untuk mengenal pasti pengesyoran mana yang belum lagi
dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dan
bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana ia bukannya dokumen undang-undang
yang relevan untuk masa kini.
Salleh dah perjelaskan, harap penjelasan dia diterima. perkara 20 adalah perkara pentign bagi Sabah.
ReplyDeleteRupanya kesilapan tafsiran wartawan sendiri, atau memang disengajakan?? Salleh tidak pun menyentuh soal kesahihan 20 Perkara.
ReplyDeleteKerajaan harus memperjuangkan hak milik penduduk.
ReplyDeleteHarapkan RCI dapat mencari punca masalah pendatang asing.
ReplyDeleteSalleh tidak harus memberi hujah yang menyinggung perasaan tidak puas hati.
ReplyDeletePerjuangan 20 perkara harus diteruskan.
ReplyDeletekerajaan negeri harus ikhlas terhadap menunaikan perjanjian 20 perkara.
ReplyDeleteMengenai 20 perkara ini rasanya penduduk Sabah akan tetap memperjuangkan mengenainya.
ReplyDelete20 Points must be seen from its spirit, the message written between the lines, and the spirit shall prevail and respected by all as long as Malaysia exists
Deletepada masa akan datang, Salleh harus berhati-hati apabila keluarkan kenyataan.
ReplyDelete20 Points is proof that our former leaders and forefathers through the referendum, namely the Cobbold Commission, only agreed to form Malaysia together with Malaya, Sarawak and Singapore with conditions that Sabah’s interests be safeguarded.
ReplyDeleteterlalu ramai pihak yang cuba menjadi hero perjanjian 20 perkara Sabah, tapi keberanian mereka hanya setakat di media. tidak seperti 2 rakyat biasa Sabah sebelum ini yang sanggup dan berani mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah berkenaan dengan isu borneoinisasi..
ReplyDeletekepada pihak2 yang mahu jadi hero 20 perkara, baik tunjukkan kesungguhan kamu dalam memperjuangkan isu ini dengan membawa perkara ini ke mahkamah.. saman saja Salleh atau kerajaan persekutuan jika yakin kedua2 pihak ini telah melakukan kesalahan atau melanggar perjanjian Malaysia..
ReplyDelete