Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada posting di Sabahkini.net
bertarikh 7 Jun 2012 dengan tajuk 'Projek NKRA Tingkayu Memalukan'. Antara
aduan yang diketengahkan bagi Projek Sistem Bekalan Air Kg Tingkayu adalah
catuan bekalan air atau bekalan air yang terputus, masalah meter air palsu,
kontraktor atau sub kontraktor tidak bertauliah atau berkelayakan, penggunaan
tenaga kerja PATI dan kegagalan menutup semula Iubang di permukaan tanah yang
digali bagi pemasangan rangkaian paip air (reservior).
Hasil siasatan oIeh KKLW
mendapati bahawa:
i. Catuan bekalan air
terpaksa dibuat kerana Jabatan Air Kunak menghadapi masalah kekurangan bekalan
air bersih dan bukannya disebabkan oIeh projek sistem bekalan air. Projek sistem
bekalan air dijangka akan menyelesaikan isu catuan bekalan air apabila siap
sepenuhnya.
ii. Dakwaan meter air palsu
tidak berasas sama sekali memandangkan sehingga kini belum ada Iagi kerja-kerja
pemasangan meter dan stand metre di kawasan projek.
iii. Dakwaan kontraktor/
subkontraktor tidak bertauliah atau berkelayakan juga tidak berasas berdasarkan
strategi perancangan kerja standard dan pemantauan kontraktor/ projek juga
sering dibuat.
iv. Siasatan turut mendapati
hanya seorang pekerja bukan warganegara yang terlibat dalam projek di mana
pekerja berkenaan mempunyai dokumentasi yang sah untuk membolehkannya diambil
bekerja.
v. Sehingga kini hanya jalan
milik Pejabat Daerah Kunak di Kg Asli sahaja yang teriibat dengan pemotongan
jalan. Berdasarkan visual Sabahkini.net menunjukkan kerja pengorekan dan
penanaman paip di mana kontraktor telah menutup semula apabila selesai skop
kerjandengan menggunakan batu baur halus. KKLW tidak menolak sebab- sebab jalan
berkenaan menjadi rosak berdasarkan kadar Ialu Iintas yang tinggi/kerap oleh
Iori-Iori besar kelapa sawit, ketiadaan Iongkang/saliran air hujan menyebabkan
jalan mudah becak dan bertakung air.
KKLW telah mengadakan
perbincangan dengan pihak yang terlibat di mana pihak kontraktor bersetuju
untuk membuat pembaikan semula dengan meletakkan batu baur di kawasan berlubang
dan sekitarnya setelah semua kerja pengorekan selesai.
Kami merakamkan ucapan
berterima kasih kepada Sabahkini.net mahupun media massa yang Iain kerana membangkitkan
perkara ini yang menunjukkan keprihatinan media terhadap permasalahan rakyat.
Secara tidak Iangsung menjadi salah satu saluran maklumat kepada KKLW untuk
bertindak dengan Iebih proaktif menyelesaikan sesuatu masalah khususnya dalam
memajukan komuniti luar bandar.
Salam Hormat,
SYAJARATUL NADIA BT. SAKIRAN
Unit Komunikasi Korporat
KKLW, PUTRAJAYA
Good for KKLW for clarifying the issue so that the people can gain the necessary information regarding the Water supply system complaints.
ReplyDeleteNevertheless, hopefully the related contractors in this project will try to repair the damaged roads soon.
ReplyDeleteLain kali buat dakwaan tu kena berpada-pada. silap2 haribulan boleh kena saman.
ReplyDeleteYang penting sekarang, semua sudah diperjelaskan dan projek dapat dijalankan dengan baik.
ReplyDeleteBetul, perkara sudah jelas dan tidak perlu di perbesarkan lagi.
Deletesemua dah diperjelaskan dan masalah yang timbul harus segera diselesaikan.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya tindakan dan aduan telah diperjelaskan.
Deleterespon yang diberikan dapat menjwab persoalan yang timbul.
DeleteJangan membuat aduan jika perkara itu tidak benar, menyusahkan banyak pihak sahaja.
ReplyDeletepihak yang membuat aduan yang tidak benar adalah amat tidak bertanggungjawab.
DeletePiahk berkuasa harus menyelesaikan masalah yang berlaku.
ReplyDeleteSemua kontraktor harus bertanggung jawab jiak berlakunya kerosakan semasa projek yang dijalankan.
DeleteKontraktor akan menyelesaikan masalah yang timbul.
ReplyDeleteAduan boleh dibuat, yang penting isu dapat diambil perhatian yang wajar.
ReplyDeleteSemua aduan harus diambil berat agar tidak memberi isyarat negatif kepada orang awam.
DeleteSyabas KKLW mengambil langkah untuk membincang dengan pihak kontraktor.
ReplyDeleteya, langkah yang dibuat memang wajar dan baik.
Deletememang bagus KKLW memberikan penjelasan mengenai pekara ini.
ReplyDeleteKerosakan harus diambil langkah yang wajar.
ReplyDeletepenjelasan telaah dibuat, semoga pihak yang membuat aduan faham keadaan yang berlaku dan boleh terima penjelasan yang dibuat.
ReplyDeleteHarapkan kontraktor akan selesaikan masalah dan cuba elakkan perkara yang sama berulangi.
ReplyDeleteBaguslah kalau siasatan dibuat mengenai perkara ini. Harap tidak ada pihak yang cuba memberikan pelbagai berita yang bukan-bukan tanpa usul periksa.
ReplyDeleteThose who wants to complain better get the facts right first.
ReplyDeletepihak yang membuat aduan yang tidak benar adalah sengaja mencari kesalahan semata-mata.
ReplyDeletenah, ada sudah penjelasan dari pihak KKLW.. amacam? puas hati ka tidak?
ReplyDeletesaya harap pihak KKLW bukan sahaja tampil menjelaskan isu ini, malah tampil membetulkan masalah2 yang dibangkitkan pada kadar yang segera..
ReplyDelete