PELANCARAN...
Bumburing (kelima dari kanan) semasa pelancaran AMANAH Sabah di Sekolah Kian
Kok, Kota Kinabalu.
OLEH: KREW SABAHKINI.NET
TAMPARULI : Angkatan Amanah
Merdeka Malaysia (AMANAH) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kini telah
melebarkan sayapnya ke seluruh Sabah akan menjadi wadah memperjuangkan hak-hak
yang sepatutnya dimiliki sepenuhnya oleh rakyat bumiputera pelbagai kaum di
negeri ini agar setaraf dengan rakyat negeri-negeri lain di negara ini.
Pengerusi AMANAH Negeri
Sabah, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tuaran
menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sepetang bersama AMANAH di
Dewan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) Kampung Molisau Tenghilan dekat sini baru-baru
ini.
Majlis tersebut yang
dianjurkan oleh AMANAH Ranting Tamparuli turut dihadiri oleh Pengerusi AMANAH
Kota Kinabalu, Datuk Herman Tiongsoh; Pengerusi AMANAH Ranting Sulaman, Haji
Ghulabdin Enjih; Ketua Penerangan AMANAH Kawasan Tuaran, Haji Awang Puasa
Jambul; Ahli Majlis Daerah Tuaran, Denis Gimpah, Pegawai Perhubungan Ahli
Parlimen Tuaran, Jumin Parit dan Pengerusi AMANAH Ranting Tamparuli, Thony
Julian
Bumburing menyatakan
perjuangan AMANAH adalah murni untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum di negeri
ini mencakupi beberapa perkara berkaitan hak-hak rakyat tempatan negeri ini
yang sehingga kini belum lagi terbela termasuklah dalam soal tanah adat (NCR),isu
kewarganegaraan dan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan pelbagai lagi
masaalah ritin seperti perumahan dan kebajikan.
"Meskipun sekian lama saya telah berjuang dalam kancah politik
dan juga merupakan Ahli Parlimen di Tuaran yang sering menyuarakan permasalahan
rakyat untuk perhatian kerajaan, namun selantang mana suara yang disampaikan
kepada pihak berwajib ia akan mempunyai batas-batas tertentu kerana sebagai
ahli dalam pertubuhan politik saya akan dibayangi oleh tatatertib parti dan terpaksa atur dengan peraturan tersebut.
"Setelah
mempertimbangkan sedalam-dalamnya, maka saya mengambil keputusan untuk
menyertai Badan Bukan Kerajaan seperti AMANAH agar kebebasan menyuarakan
kepentingan rakyat akan dapat dilakukan untuk menentukan masa hadapan rakyat
bumiputera di negeri ini dapat diperjuangkan supaya perhatian dan tindakan
pihak berwajib dapat dilaksanakan," kata Bumburing.
Beliau menyatakan AMANAH
yang kini semakin mendapat sambutan rakyat akan berusaha untuk menubuhkan
cabang dan rantingnya di semua kawasan di negeri ini bagi mengumpul lebih ramai
ahlinya agar ia menjadi sebuah NGO yang mantap dan kuat untuk memperjuangkan
kepentingan rakyat.
Bumburing juga memberitahu
bahawa AMANAH bercadang untuk menjayakan dua projek ia itu menubuhkan Tabung
Kebajikan dan Tabung Pendidikan yangmana kedua-dua tabung ini akan diuruskan
sepenuhnya oleh sebuah bank dan diharap perlaksanaan kedua-dua projek ini akan
memberikan kemudahan kepada ahli-ahlinya
terutama untuk persiapan menghadapi masa tua dan untuk membiayai
pendidikan anak-anak mereka,
Sementara itu Pengerusi
AMANAH Ranting Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih yang turut memberikan ucapannya
menyatakan perjuangan Bumburing sebagai Ahli Parlimen Tuaran dan juga dalam
AMANAH sewajarnya mendapat sokongan padu dari rakyat pelbagai lapisan di negeri
ini kerana ia sanggup menyuarkan permasalahan rakyat tanpa menghiraukan kedudukannya
sebagai seorang pemimpin dalam kerajaan yang mempunyai banyak saluran lain
untuk tujuan itu.
"Saya memang telah
mengenali Bumburing sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dan
berwibawa, pengalaman beliau menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan
termasuklah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sudah cukup membuktikan bahawa
beliau merupakan seorang pejuang tulen yang sanggup membela dan berjuang
bersama rakyat dari dahulu sehungga kini. Sehubungan dengan kesediaan Bumburing
mendambakan dirinya kepada rakyat
maka kita harus berdiri teguh di
belakangnya agar perjuangan untuk rakyat akan diambil tindakan oleh kerajaan
yang ada pada hari ini," kata Haji Ghulabdin yang juga mantan Ketua
Penerangan UMNO Bahagian Tuaran.
Dalam pada itu Ketua
Penerangan AMANAH Cabang Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul menyambut baik
kenyataan yang menyebut AMANAH akan menjayakan penubuhan Tabung Kebajikan dan
Tabung Pendidikan yang mana menunjukkan betapa seriusnya pimpinan badan NGO itu
yang inginkan rakyat pelbagai kaum di negeri ini mendapat pembelaan sewajarnya.
"Selain memperjuangkan
nasib dan hak-hak rakyat bumiputera yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan,
AMANAH yang baru sahaja dilancarkan secara rasminya di negeri ini cuba
memfokuskan perhatian lebih serius kepada pembelajaran anak-anak terutamanya di
kalangan bumiputera di Sabah, kerana kita sedar bahawa persaingan sengit untuk
mencari peluang di negeri ini akan berlaku apabila kebanjiran pendatang tanpa
izin semakin meruncing dan boleh mendatangkan kesan kepada generasi kita pada
masa hadapan di negeri ini," kata Haji Awang Puasa.
Beliau memberitahu AMANAH
Tuaran akan mengadakan sesi penerangan kepada penduduk di daerah ini untuk
menarik lebih ramai penduduk tempatan menyertai dan menyokong perjuangan AMANAH
demi membela kepentingan dan hak dalam pelbagai permasalahan yang masih dihadapi
rakyat.
Pada Program Sepetang
Bersama Pengerusi AMANAH Sabah yang turut dihadiri oleh kira-kira 200 orang
penduduk kampung dan kawasan berhampiran, kaunter pendaftaran sebagai ahli
AMANAH yang diadakan telah berjaya mendaftar sebanyak 87 ahli baru dan AMANAH
Ranting Tamparuli kini mempunyai ahli yang dianggarkan seramai 1000 orang.
moga Amanah dpt mempertahankan hak2 dan kepentingan penduduk Sabah.
ReplyDeleteLebih baik kalau Amanah ni tidak diterajui oleh orang-orang politik.
ReplyDeleteSekarang, apa status Wilfred Bumburing dalam UPKO?
ReplyDeletepastikan AMANAH benar2 satu badan bebas yang tidak pro kepada mana2 parti politik..
ReplyDeleteBetul, pastikan benar2 bebas daripada pengaruh politik.
DeleteDengan kehadiran Amanah ini harap dapat membantu menyuarakan sedikit masalah yang dihadapi oleh penduduk.
ReplyDeletePerjuangan Amanah ini mendapat sambutan di Sabah.
ReplyDeleteAmanah harus bergerak sesuai dengan objektif penubuhannya
ReplyDelete