Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
TINDAKAN Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru
Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor menyebabkan
beberapa pelajar merancang dan terpaksa berhenti belajar kerana tidak mendapat
pinjaman.
Tindakan itu juga
menyebabkan pelajar baru di universiti tersebut terbeban dan terpaksa
bergantung dengan keluarga untuk mendapatkan wang.
Seorang pelajar daripada
Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau
mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan apabila tidak mendapat bantuan
kewangan.
Pelajar yang berasal
daripada Kuala Terengganu, Terengganu itu juga melahirkan rasa kesal dan
bercadang untuk pindah ke institusi pengajian tinggi lain sekiranya masih tidak
mendapat pinjaman PTPTN.
"Ada dua tiga orang
kawan saya yang dah pindah belajar tempat lain sebab tak dapat PTPTN. Sekarang
ni pun ada kawan-kawan lain rancang nak tukar juga.
"Macam saya pun bukan
daripada keluarga senang. Saya ada tujuh orang adik beradik. Bila tak dapat
PTPTN ni saya bimbanglah. Saya pun ada fikir nak pindah tempat lain kalau masih
tak dapat pinjaman," kata Edy, 18, ketika ditemui Malaysiakini semalam.
'Rasa memang susah'
Semalam, Menteri Pengajian
Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman
kepada mahasiswa baru Unisel.
Pembekuan itu bertujuan
untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan
pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Selain itu,menurut seorang
pelajar semester pertama Fakulti Komunikasi dan media yang mahu dikenali
sebagai bob, ketika mula memasuki Unisel, mereka ada diberi taklimat mengenai
prosedur memohon PTPTN.
Bagaimanapun, beliau yang
merupakan anak kepada pekerja penyelenggaraan berkata, sehingga hari ini,
beliau mendengar khabar bahawa pihak Unisel tidak tahu kenapa pinjaman mereka
dibekukan.
"Rasa memang susah
kalau tak dapat PTPTN. Rasa macam nak berhenti belajar pun ada.
"Kami diberitahu bahawa
pihak atas tak tahu kenapa dibekukan pinjaman. Saya juga difahamkan pihak
Unisel juga sekarang sedang berbincang dengan PTPTN. Apa pun, saya nak tunggu
apa keputusan sebelum lihat pilihan lain," kata bob, 18, yang berasal dari
Johor.
Bob turut merayu kepada
pihak PTPTN agar memberikan pinjaman kepada pelajar baru yang dibekukan
pinjaman.
'Saya dengan sebab politik'
"Saya harap PTPTN bagi
je pada kita. Memang rasa susah. Tugasan semua gunakan duit. Banyak pelajar
sini sewa rumah, ada yang sampai saya dengar cerita cari kerja
(sambilan)," katanya lagi.
Sementara itu, bagi Aqila,
18, yang berasal daripada Rawang pula mendapat khabar bahawa pembekuan pinjaman
adalah disebabkan politik.
Anak sulung dari tiga
beradik ini berkata lagi, dengan kehidupannya yang tidak mewah, beliau amat
memerlukan wang daripada pinjaman PTPTN.
"Saya memang
perlukannya untuk biaya pelajaran saya. Sebelum tak macam ni (beku pinjaman).
Saya dengar semua ni sebab politik.
"Yuran nak kata murah
pun tak boleh. Keluarga saya tak kaya sangat. Duit belanja pun tak banyak, tak
cukup. Saya harap PTPTN tak jadi bekukan (pinjaman)," kata pelajar
semester pertama Fakulti Seni dan Rekaan itu lagi.
Seorang pelajar daripada
Fakulti Komunikasi dan media, Kabil,19, berkata beliau memerlukan wang daripada
pinjaman PTPTN untuk membayar yuran pengajian.
Katanya lagi, beliau bersama
rakan lain amat terkejut dengan tindakan PTPTN yang membekukan pinjaman kepada
pelajar Unisel.
"Kami semua terkejut.
Dalam kelas pun dah tak tumpu perhatian bila semua cakap mengenai PTPTN... Jika
tak ada duit daripada PTPTN, kami terpaksa berhenti belajar.
"Ada juga senior yang
kata suruh sabar dan kata jangan bimbang dan semuanya akan baik seperti
biasa... Tapi tak ada duit bagaimana nak sambung belajar.
"Dalam keluarga bapa
saya seorang sahaja yang mencari nafkah dan dia bakal bersara tak lama
lagi," kata Kabil yang merupakan anak
bongsu kepada seorang kakitangan TNB.
Dari sini pun kita nampak sudah PTPTN tu sebenarnya sangat diperlukan. Rasanya lebih dari 80% rakyat Malaysia ni yang guna PTPTN. yang tuntut PTPTN dimansuhkan hari tu semua kaya ka sampai tidak perlu lagi PTPTN??
ReplyDeleteya. baru ia dibekukan, ramai tk dpt belajar, kalau ia dimansuhkan. lagi teruk.
DeleteSekarang, yang perlukan PTPTN yang jadi mangsa. Jadi, Anwar tunaikanlah janji manis tu kepada mahasiswa Unisel.
ReplyDeleteinilah masanya pembangkang tunaian janji mereka nak beri pendidikan percuma. mulakan di selangor.
ReplyDeleteInnocent people become the victim of political rivals.
ReplyDeletePTPTN had disbursed loans of RM2.6 billion last year and was confident of maintaining the amount this year for the benefit of 200,000 students.There are some 260,000 places in public and private institutions of higher learning (IPT), polytechnics, community colleges and so on, excluding those taking diploma, certificate and first degree
DeleteKita tengok apa yang Kerajaan akan lakukan seterusnya mengenai PTPTN ini.
ReplyDeletePTPTN allocates RM5 billion for study loans this year as part of the government's agenda to empower national education. RM3.37 billion are given to existing PTPTN loan reciepients, the rest are given to new recipients. PTPTN has disbursed to 1.95 million students totalling RM43.60 billion.
ReplyDeleteba mana sudah Anwar? bukan pemimpin2 Pakatan cakap mahu hapuskan PTPTN??
ReplyDeletekerajaan Pakatan boleh bagi rm50 ribu untuk membiayai kos guaman adun seri muda, malah sanggup memperuntukkan rm10 juta untuk mensubsidikan gaji minimum di negeri itu, tapi malangnya tidak mampu melaksanakan pendidikan percuma untuk pelajar2 di selangor..
ReplyDeleteHalo semua,
ReplyDeleteNama saya Tuan Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya orang yang bahagia hari ini? dan saya memberi tahu diri saya bahwa pemberi pinjaman mana pun yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari situasi miskin kami, saya akan merujuk siapa pun yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya membutuhkan pinjaman € 300,000.00 untuk memulai hidup saya dari awal karena saya seorang Ayah tunggal dengan 2 anak, saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur dan takut akan Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman €300,000.00, dia adalah pria yang takut akan Allah, jika Anda membutuhkan pinjaman dan Anda akan membayar kembali pinjamannya, silakan hubungi dia, beri tahu dia bahwa (Tuan, Rugare Sim) merujuk Anda kepadanya. Hubungi Bapak, Mohamed Careen melalui email: (arabloanfirmserves@gmail.com)
FORMULIR INFORMASI APLIKASI PINJAMAN
Nama depan......
Nama tengah.....
2) Jenis Kelamin: ........
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........
4) Durasi Pinjaman: ........
5) Negara: ........
6) Alamat Rumah : ........
7) Nomor Ponsel: ........
8) Alamat email ..........
9) Pendapatan Bulanan: ........................
10) Pekerjaan : ..................................
11) Situs mana yang Anda kunjungi di sini tentang kami ........................
Terima kasih dan Salam Hormat.
Email arabloanfirmserves@gmail.com