Tuesday 26 June 2012

BN UGUT ORANG AWAM DENGAN TEMA MERDEKA




Oleh : SHANNON TEOH

KUALA LUMPUR : Pihak pembangkang telah menuduh Barisan Nasional (BN) sedang mengugut rakyat dengan tema Janji Ditepati untuk perayaan Merdeka tahun ini.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa tema itu bercanggah dengan idea kebebasan yang dikaitkan dengan kemerdekaan dan berkata Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan perayaan hari cuti nasional untuk 'propoganda politik yang sempit'.

"Beliau tidak peduli lagi," Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, merujuk kepada Perdana Menteri.

Pemimpin de fakto PKR itu berkata bahawa "sebalik dari mesej kebebasan yang dapat diterima oleh semua", BN telah memilih tema yang "bercanggah dengan kemerdekaan dan sebaliknya menggugut dan mengfragmentasi rakyat Malaysia."

Naib pengerusi DAP Tan Kok Wai juga berkata "sesiapa pun boleh melihat ini adalah slogan pilihan raya" yang "gagal untuk memberi inspirasi kepada rakyat untuk bersatu."

"Ia sepatutnya melangkaui politik parti dan bukan satu slogan BN yang cuba untuk memerangkap kamu dalam satu jaring," kata ahli Parlimen Cheras itu.

Kerajaan telah kelmarin mengumumkan tema untuk Hari Malaysia dan perayaan Hari Kemerdekaan pada 16 September dan 31 Ogos, di mana Najib akan bertemu dengan orang ramai di satu acara malam di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Presiden Umno itu telah berkempen di seluruh negara dengan lawatan Jelajah Janji Ditepati untuk bulan lalu di mana beliau telah menuduh pihak pembangkang merupakan kerajaan yang tidak boleh diharapkan dan tidak menunaikan janji mereka.

Strategi ini kelihatan bertujuan memenangi sokongan untuk BN, yang popularitinya jauh ketinggalan di belakang populariti perdana menteri.

Ahli parlimen Pekan itu telah mendapat sokongan 65 peratus dalam satu tinjauan pendapat Merdeka Center bulan lalu tetapi kerajaannya cuma mendapat sokongan 48 peratus dalam tinjaun pendapat yang dibuat selepas perhimpunan Bersih pada 28 April.

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah menunjukkan hakikat itu dengan pengumumannya bahawa "sudah pasti bahawa pilihan raya tidak akan berlaku sebelum 16 September."

"Propaganda ini dimulakan Ketua Setiausha Negara yang baru, yang memberitahu kakitangan kerajaan supaya tidak percaya janji-janji kosong pihak pembangkang," beliau berkata, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa kepada 1.4 milion kakitangan kerajaan pada Ahad yang lalu.

"Merdeka sepatutnya tentang kebebasan minda, dan kebebasan dari ketakutan perubahan. Sebaliknya, kerajaan sedang berkata, kalau kamu ubah, kamu akan kehilangan ini dan itu," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

12 comments:

  1. Hanya dengan melalui politik bersih saja dapat tentukan siapa pemenang sebenar di hati rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar pelaksanaan PRU-13 juga dapat dijalankan dengan telus dan bersih.

      Delete
  2. It's up to the voters themselves how they perceive what the Prime Minister said. Different people have different views.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. In the end, the people are the ones who will cast the votes.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. tema pun nak dijadikan isu oleh pembangkang.. ada2 ja mereka nak mainkan.

    ReplyDelete
  5. Rakyat sudah matang dalam menilai pihak mana yang layak untuk disokong dan diundi pada PRU nanti.

    ReplyDelete
  6. rakyat sendiri menilai samada Najib PM yang baik atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yakin rakyat tahu menilai yang buruk dan baik

      Delete
  7. Berhati-hati dengan kata-kata kerana pembangkang sekarang hanya dapat mencari kesalahan kerajaan dengan pelbagai isu.

    ReplyDelete
  8. Pembangkang memang pandai dalam putar belit

    ReplyDelete
  9. mana unsur2 mengugut dalam tema "janji ditepati"??

    ReplyDelete
  10. rakyat perlu menilai sikap pemimpin2 pembangkang yang tidak henti2 memutarbelikan sesuatu isu.. bagi saya mereka lebih banyak mengugut dengan menimbulkan isu kebankrapan negara, racist dan sebagainya walhal mereka juga lebih teruk dari itu..

    ReplyDelete