Saudara Pengarang,
LAHAD DATU yang dijenamakan sebagai
Bandar Palma sudah menjadi seperti Semporna kerana dipenuhi kanak-kanak jalanan
yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Palau'; sekalipun hasil siasatan Krew
AMK Parti Keadilan Rakyat mendapati ramai daripada mereka adalah kanak-kanak
'Suluk Filipina'; bukannya 'Palau'.
Sewaktu mengikuti program AMK
di Bandar Wilayah Lahad Datu petang kelmarin, saya terkejut melihat pemandangan
luar biasa kerana ramai kanak-kanak meminta wang daripada orang ramai yang
berlalu lalang, terutamanya pelancong yang melalui kawasan berkenaan.
Dataran Palma yang selama
ini dibanggakan terutama berhampiran Pusat Membeli Belah Dynajaya kini menjadi
Dataran Palau kerana dipenuhi Palau atau yang seangkatan dengannya.
Anehnya penduduk Lahad Datu
tidak melihat senario ini sebagai satu masalah kepada mereka, malah merasakan
insiden peminta sedekah ini amat unik kerana Kumpulan Palau ini tidak tidur di
atas perahu, sebaliknya tidur di kaki lima kedai.
Lebih mengejutkan, mitos
Palau takut kucing tidak lagi berlaku kerana ramai kanak-kanak Palau ini
memberi makan atau makan bersama kucing yang berkeliaran; membuktikan bahawa
mereka bukan spesis 'Palau Tulen'.
"Kami memang orang
Suluk (Filipina) tapi kami tinggal bersama Palau kerana mereka tidak pernah dichecking
(periksa). Kami memang tiada pas dan baru datang dari Filipina," ujar
seorang Ketua Kumpulan 'Palau' dalam bahasa pelat Filipina ketika ditanya
kenapa mereka tidak tidur di perahu sebagaimana kumpulan 'Sea Gypsy' di seluruh
dunia.
Sebagai warganegara
Malaysia, saya amat kesal kenapa perkara ini masih berlaku terutama pencabulan
kedaulatan Sabah oleh warga asing. Malangnya menurut maklumat umum, mereka ini
tidak dilarang oleh Ahli Parlimen Silam dan Adun Lahad Datu; malah diberikan
bantuan ehsan termasuk makanan setiap hari.
Jika perkara ini berterusan,
bagaimana mungkin RCI menjadi realiti? Pelancong akan melihat rakyat Sabah sebagai
peminta sedekah dan Sabah akan terus menjadi 'negara' yang termiskin di dunia?
Salam Hormat,
CITRA MASADI
Ketua Penerangan AMK PKR
Sabah.
begitu ramai peminta sedekah di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan, kehadiran mereka ni byk menyusahkan dan menganggu kita, patut mereka ni dibanteras.
ReplyDeletepihak berkuasa harus bertindak lebih tegas lagi dengan mengusir mereka..
DeletePerlu ambik tindakan segera berkenaan dengan masalah ini. Sungguh menakutkan bilangan mereka banyak.
DeleteTindakan wajar diambil segera untuk menanggani masalah yang timbul sementara masih dalam kawalan.
DeleteTidak hairan ni kalau di daerah2 Lahad Datu, Tawau dan Semporna.memang ramai pendatang.
ReplyDeletekawasan tersebut memang ramai pendatang, sebab itulah ramai pengemis.
DeleteKadang2 menyampah@geram bila nampak peminta sedekah jalanan. bukan tidak lengkap fizikal pun.
ReplyDeleteharaplah tu RCI dipercepatkan..
ReplyDeleteThey are nuisance!
ReplyDeleteMasalah sebegini harus ditangani.
ReplyDeletepenguatkuasaan perlu dibuat dengan kerap untuk mengambil tindakan terhadap golongan ini.
ReplyDeletePihak berkuasa perlu memikirkan cara penyelesaian bagi masalah ni.
DeleteSemakin ramai PATI di Sabah semakin ramai anak2 PATI kalau tidak dikawal pasti akan menimbul masalah sosial.
ReplyDeletepegawai2 MDLD, Polis dan Imigresen cawangan Lahad Datu perlu ditukar..
ReplyDeletesaya pernah tinggal di bandar ini untuk beberapa tahun.. saya akui memang tidak selamat untuk bersiar2 samada siang mahupun malam..
ReplyDelete