Monday 25 June 2012

DAYA TRANSFORMASI BERFIKIR DAN BERUSAHA




TAHNIAH...Jamawi ketika menyampaikan bantuan peralatan andaman kepada salah seorang peserta di majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KOTA KINABALU: Harapan kerajaan bagi membawa proses transformasi ke arah menjadikan rakyatnya sebagai golongan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tidak akan terlaksana sepenuhnya jika rakyat masih bersikap dingin dan tidak berusaha untuk sama-sama melakukan transformasi terhadap kehidupan mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, Jamawi Jafar berkata, apa juga usahakan yang dilakukan oleh kerajaan dengan peluang, bantuan dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ke arah melonjakkan taraf siso ekonomi rakyat tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak melakukan anjakan paradigma mengerakkan fikiran yang positif dan gerak kerja yang kreatif serta berinovatif bagi merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan

"Proses transformasi ini perlu bergerak seiring dimana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan rakyat pula perlu merebut peluang yang disediakan untuk memajukan diri mereka sendiri terutamanya peluang peluang untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka untuk keluar dari garis kemiskinan," katanya ketika berucap merasmikan kursus Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) Bagu kawasan Parlimen Tenom di Air Port View Hotel pada malam sabtu.

Katanya, antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah memperkenalkan program 1 Azam dengan memberi latihan kemahiran dan bantuan peralatan bagi membantu rakyat menceburi bidang perniagaan termasuklah bidang industri kecil dan sederhana.

"Program 1 Azam dilaksanakan oleh kerajaan khusus untuk memberikan lonjakan bagi rakyat merebut peluang untuk memertingkatkan taraf siso ekonomi mereka terutamanya bagi rakyat di kawasan luar bandar," katanya.

Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata, melalui program 1Azam peserta perlu menjadikan kemahiran serta bantuan yang diberikan untuk memulakan azam bagi menceburi bidang perniagaan walaupun ianya dimulakan secara kecil-kecilan.

"Soal model pusingan para peserta tidak perlu risau jika mereka ingin memulakan perniagaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyediakan bentuk pinjaman kewangan seperti Mara, Tekun, Yayasan Usaha Maju dan Amanah Ikthiar Malaysia yang sedia membantu memberikan pinjaman," katanya.

Dalam pada itu Jamawi berkata Pergerakan Pemuda Umno Tenom akan memantau serta membuat langkah susulan bagi mempastikan peserta 1 Azam khsusnya dari daerah Tenom dapat memulakan langkah yang positif dan proaktif bagi memulakan perniagaan mereka selepas peserta dari daerah ini menamatkan kursus mereka.

"Kita tidak mahu selepas kursus berakhir tidak ada usaha dilakukan, kita akan turun padang memantau kemajuan peserta selepas menyertai kursus ini, kita mensasarkan paling kurang separuh dari peserta dapat memulakan usaha mereka, membantu menguruskan pinjaman kepada pihak berkaitan jika mereka menghadapi masalah model pusingan untuk memulakan pernigaan," tambah Jamawi.

Menurutnya, pendekatan ini dilakukan bagi mempastikan program 1 Azam benar benar boleh mengubah masa depan peserta dimana menurut beliau pergerakan pemuda tidak mahu program tersebut hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Kursus tersebut telah disertai sebanyak 150 peserta yang datangnya dari pelbagai buah kampung di daerah Tenom kerana pada majlis tersebut juga Jamawi turut menyampaikan bantuan peralatan berupa alat pembakar kuih, peralatan andaman dan peralatan jahitan .

45 comments:

  1. Kerajaan bagi bantuan dan kemahiran kepada rakyat dan yang selebihnya bergantung pada diri sendiri, bagaimana untuk mengaplikasi dan mengembangkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat kena mendapatkan peluang ini.

      Delete
    2. rakyat tidak harus bergantung dengan kerajaan sepenuhnya. Adalah penting untuk rakyat berusaha sendiri juga untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

      Delete
  2. byk peluang dan bantuan diberikan kerajaan untuk kita maju dan tingkatkan taraf hidup, kita hnya perlu memanfaatkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem penyampaian maklumat juga harus diperbaiki agar rakyat tahu mengenai peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat..

      Delete
    2. Rakyat harus diutamakan.

      Delete
  3. Kita harus berasa syukur kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. program 1Azam ini harus direbut oleh rakyat bagi meningkatkan kemahiran diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang dah diberikan oleh kerajaan. Sekarang ia terpulang kepada rakyat sama ada mereka hendak merebut peluang yang disediakan untuk memajukan diri mereka sendiri .

      Delete
    2. program mcm ini harus dimanfaatkan.

      Delete
    3. Belia harus menghargai peluang yang diberi oleh kerajaan supaya berkeupayaan bersaing.

      Delete
  5. rakyat juga haruslah berfikiran positif dan berkeinginan untuk maju...kerajaan hanya membantu menyediakan platfom untuk mengembangkan potensi diri..selebihnya terpulang kepada diri sendiri.

    ReplyDelete
  6. transformasi terhadap kehidupan rakyat takan berlaku jika tiada kerjasama dari rakyat. Rakyat kenalah berusaha juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan telah membuka ruang, rakyat perlu juga berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

      Delete
    2. Persefahaman dan kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan.

      Delete
  7. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk rakyatmeningkatkan taraf siso ekonomi mereka untuk keluar dari garis kemiskinan. Oleh itu, ia terpulang untuk rakyat cepat-cepat merebutkan peluang tersebut.

    ReplyDelete
  8. Cooperation and support between the government and people are much needed to achieve a high income state by 2012.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Many programs in various fields such as agriculture, fishery, plantation, construction and more are launched by the government, the people should take the opportunity to get involved.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Practice equality and everyone will have their chance.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan telah memberi banyak peluang untuk rakyat menaikkan taraf hidup mereka, jadi rebut peluang ini.

    ReplyDelete
  12. Sikap teramat bergantung kepada kerajaan amat membebankan.

    ReplyDelete
  13. SDC project would be the best to boost local economy and provide more working opportunity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang pekerjaan harus dihargai agar taraf hidup juga boleh diperbaiki lagi.

      Delete
  14. Berusaha bersama-sama untuk membaiki taraf kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua perlu berusaha untuk mencapai kejayaan yang diinginkan.

      Delete
  15. Jika kita lihat sekarang ini pelbagai program yang dianjurkan oleh Kerajaan bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk berjaya dan dapat menampung kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  16. Kerjasama daripada masyarakat adalah tanda kejayaan bersama. Tanpa masyarakat maka apa yang kerajaan tidak akan berjaya dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  17. Peluang harus dihargai dan direbut. Jangan tersia-siakan usaha kerajaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  18. rakyat sendiri juga harus berusaha untuk membaiki taraf & status kemiskinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala usaha kerajaan dalam membantu dan membela nasib rakyat, rakyat juga perlu berusaha untuk memperbaiki taraf hidup.

      Delete
  19. kemiskinan juga masalah rakyat sendiri. Tidak dapat kerajaan untuk membantu kesemua golongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan hanya membantu, pada akhir usaha sendiri penting untuk mencapai kejayaan.

      Delete
  20. tingkatkan usaha untuk majukan diri sendiri.

    ReplyDelete
  21. Program 1Azam telah membantu rakyat yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  22. penerima bantuan harus gunakan batuan tersebut untuk majukan potensi diri.

    ReplyDelete
  23. pelbagai bantuan telah disediakan oleh kerajaan.. namun semua bantuan itu hanya sia2 jika rakyat sendiri enggan memanfaatkannya atau mengabaikan bantuan2 itu..

    ReplyDelete
  24. rakyat perlu lebih dulu maju sebelum memajukan negara ini.. jangan terlalu mengharapkan atau menunggu bantuan.. sama2 la berusaha..

    ReplyDelete
  25. A total of 42 cooperatives in Sabah that participated in the Retail Shop Transformation Project (TUKAR) have managed togenerate a turnover of RM7.9 million in the first six months of this year.

    ReplyDelete
  26. Deputy Chief Minister, Datuk Seri Yahya Hussin, said two cooperatives, which acted as distribution centres, posted a turnover of RM275,000 for March-June, 2012.

    ReplyDelete
  27. Yahya, who is also State Agriculture and Food Industry Minister, said four cooperatives, which functioned as small distribution centres, recorded a turnover of close to RM115,000 during the same period.

    ReplyDelete
  28. Also present were Deputy State Secretary Datuk Maznah Ghani and Cooperative Commission of Malaysia''s (SKM) Sabah director, Umar Sarim Saidin.

    ReplyDelete
  29. The TUKAR programme, distribution and small distribution centres have helped the small cooperatives in the rural areas of the state to increase their turnover.

    ReplyDelete
  30. Yahya said SKM planned to increase the number of Coop 1Malaysia shops in Sabah, especially in Karambunai and Putatan.

    ReplyDelete
  31. He said SKM has promoted Coop 1Malaysia products which had not only benefited the cooperatives but also the consumers.

    ReplyDelete
  32. Yahya said Sabah has 902 cooperatives as at May 31, 2012 with 280,313.

    ReplyDelete