Wednesday, 13 June 2012

GANI BOCORKAN DOKUMEN SULIT PADA ANWAR



           
Oleh : HAFIZ YATIM
             
ADAKAH Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri Rafidah Aziz 15 tahun lalu?

Terdapat kemungkinan besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Terdapat khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai 'rahsia' kepada Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mat Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai Ketua CID KL selepas daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.

Laporan itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Peguam Negara Mohtar Abdullah dan Gani sendiri.

Laporan itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.

Anwar dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.

9 comments:

  1. Pemimpin yang terlibat dengan kes rasuah dan salahguna rasuah seperti ni perlu dikenakan hukuman. Jangan biar mereka terus jadi duri dalam daging.

    ReplyDelete
  2. mana2 pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  3. I suspect Michael Chia is the one who tries to leak out these information to get back at the Sabah CM for cancelling the agreement to give his family the logging projects.

    ReplyDelete
  4. Datuk Musa Aman did the right thing for stopping the logging project to the Chia family as we need to have better control over the logging activities in the state.

    ReplyDelete
  5. Besides, no one really knew who exactly leaked out the information since Sarawak Report needs to protect their source. But it also mean their source can come from everywhere and cannot prove whether the source are trustworthy?

    ReplyDelete
  6. Anwar bukanya orang yang boleh dipercaya tambahan lagi Anwar sendiri pun bermasalah dengan kes Rasuah.

    ReplyDelete
  7. Semakin hari semakin banyak dokumen sulit dibocorkan. Tapi tidak pastilah setakat mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  8. Don't know until when all these politicians want to live in denial.

    ReplyDelete
  9. semua pemimpin2 politik yang pernah menjawat apa2 jawatan dalam kerajaan atau kabinet, pasti ada rahsia berkenaan dengan salahguna kuasa.. cuma belum didedahkan lagi.. susah betul mahu cari pemimpin yang 100% bersih hari ini..

    ReplyDelete