Monday, 11 June 2012

GERAN TANAH KEPADA 776 PESERTA FELDA UMAS-UMAS




TAWAU : Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran memberi jaminan kerajaan akan menepati janji untuk menyerahkan geran milikan tanah kepada 776 peneroka Felda Umas-Umas.

Nasir yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Felda Wilayah Sabahat, berkata pada masa ini kerajaan dan Felda masih dalam proses melaksanakan pemberian geran tanah itu.

"Kita (Felda) dalam proses menyediakan perkara-perkara perlu sama ada yang berkaitan dengan Felda sendiri atau Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah bagi melaksanakan penyerahan geran kepada peneroka berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Usahawan dan Koperasi Peneroka Felda 2012, di sini Ahad.

Sehubungan itu, Nasir menasihati peneroka Felda Umas-Umas agar bersabar dan memberi ruang kepada Felda dan pihak berkuasa berkaitan menguruskan perkara terbabit kerana pada akhirnya geran itu tetap menjadi hak mereka.

Peneroka tidak perlu mendengar khabar angin yang cuba disebar pihak tertentu berkaitan geran berkenaan kerana kerajaan tetap akan menunaikan janji, katanya. (Bernama)

22 comments:

  1. Hope that the 776 Felda Settlers will get their land as promised by Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

    ReplyDelete
  2. The Umas-Umas Felda Settlers should be patient while Felda and the authorities take action on this issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 sebelum pilihanraya dijalankan, peneroka sudah mendapat apa yang sudah dijanjikan.

      Delete
    2. jaminan yang diberikan pasti sedikit melegakan peneroka.

      Delete
  3. Semoga kerajaan menepati janji yang diberikan. peneroka memang wajar dapat geran milikan tanah. Pastikan hanya warga tempatan saja yang dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...mereka yang daripada projek IC tidak harus mendapat geran milikan tanah tersebut..tapisan haruslah dilakukan dengan teliti..

      Delete
    2. Jangan pula diberi kepada warganegara yang tidak sah.

      Delete
    3. How to ensure the land given to the right people?

      Delete
  4. harap janji tersebut akan ditunaikan segera, peneroka pasti menantikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasir sudah memberikan jaminan dari pihak kerajaan janji tersebut akan ditunaikan dengan segera.

      Delete
  5. harap proses tersebut tidak akan memakan masa yang lama..

    ReplyDelete
  6. Felda will take prompt and smart action to resolve the issue.

    ReplyDelete
  7. Mogakan proses pemberian geran tanah dapat dibuat dalam masa yang singkat.

    ReplyDelete
  8. Tanah tersebut harus diusahakan untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk membaiki taraf kehidupan.

    ReplyDelete
  9. janji memang harus ditepati, itu adalah tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  10. pelbagai bantuan yang diterima peneroka pastiya amat dihargai.

    ReplyDelete
  11. Jangan memberikan janji kosong pula nanti. Pastikan janji itu perlu ditepati.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas usaha yang dibuat oleh kerajaan harapan agar apa yang dikatakan itu akan dikotakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  13. Semoga masalah tanah yang berlaku di Sabah ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhakam memberi cadangan untuk mengkaji semula geran komunal.

      Delete
  14. Kerajaan berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  15. jangan lupa peneroka di Felda sahabat Lahad Datu..

    ReplyDelete