Friday 29 June 2012

GURU PENGERAK TRANSFORMASI NEGARA




RAIKAN...Japlin (Tiga dari kiri) bersama-sama guru guru yang menerima pelbagai anugreh sempana majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KOTA BELUD : Golongan guru sebagai penjana transformasi pendidikan negara perlu memikul tanggungjawab agar segala perancangan pendidikan kerajaan bagi menjadikan dasar dan  perubahan pendidikan yang ditetapkan akan dapat dicapai.

Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Japlin Haji Akim berkata, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sempurna supaya makna tersirat ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’ akan tercapai.

Beliau berkata, pelaksanaan Kurikulum Standard disemua sekolah perlu mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, manakala penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dikuasai oleh para guru bagi memudahkan transformasi pendidikan itu.

Justeru katanya, jati diri para pendidik perlu tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan.

“Saya yakin dengan komitmen para guru ,mereka telah bersedia dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan itu,” katanye ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan SMK Arshad dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu Japlin yang juga Wakil Rakyat kawasan usukan turut mengingatkan agar para guru khususnya di daerah itu tidak leka dengan kejayaan dan pencapaian yang telah dicipta sebelum ini sebaliknya sentiasa menanamkan tekad untuk lebih cemerang dalam mempastikan kecermalangan pendidikan di daerah itu terus berada ditahap yang memuaskan

“Kejayaan yang dicapai sebelum ini tidak bermakna untuk kita selesa dan berpeluk tubuh agar kejayaan itu berulang dengan sendirinya pada masa hadapan,” katanya.

Menurut beliau lagi pada hakikatnya para guru  sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya sentiasa meneroka pendekatan terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Beliau berkata, jasa dan pengorbanan guru sukar untuk dibalas lebih-lebih lagi guru-guru memain peranan besar dalam mendidik anak-anak kita bukan sahaja di sekolah bahkan di tadika.

“Kerjaya sebagai guru merupakan pekerjaan yang mulia dan segala penat lelah tidak harus dijadikan sebagai tekanan hidup kerana guru merupakan pendidik anak bangsa,” katanya.

Sambil melahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru , beliau yakin dengan segala kemudahan yang kondunsif yang disediakan oleh kerajaan terhadap golongan pendidik di negara ini hasrat untuk meletakkan agenda membangunkan negara bangsa melalui transformasi pendidikan akan dapat dicapai khususnya bagi menjayakan Wawasan 2020  untuk menjadikan Malaysia negara maju dan terus membangun.

28 comments:

  1. guru memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pendidikan negara dalam keadaan terbaik.

    ReplyDelete
  2. tanpa guru takkan wujud anak2 kita yang berjaya dan berilmu.

    ReplyDelete
  3. Bersyukurlah yang bergelar cikgu tu. teruskan komitment.

    ReplyDelete
  4. Yang guru2 terlibat dalam politik tu, janganlah sampai terbawa2 ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. Congratulations to the teachers who are given the recognition they deserves. Hope they will continue to do their best in serving the country.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Education is the most important elements in a country's development, teachers played an important role to shape students into useful individuals for the future.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Education department also focused on the initiatives such as capacity building, excellence in democratisation, vocational transformation plan, caring teacher, uphold the implementation of the Bahasa Malaysia language and strengthen the English language and school-based assessment programme

      Delete
  7. KDM college, to be located in the Kaingaran Scheme here, is also a symbol of pride for the community, especially in terms of progress and development of culture and education of the native people in the state.

    ReplyDelete
  8. Semoga guru-guru terus memberikan pendidikan yang baik kepada para pelajar.

    ReplyDelete
  9. Jika perlu ambil perhatian yang lebih pada guru-guru yang berada dikawasan pendalaman. Kerana kawasan tersebut yang memerlukan guru yang berkebolehan untuk meningkatkan pendidikan mereka.

    ReplyDelete
  10. makin popular la guru2 ni.. Jamawi pun ada bagi pujian dan penghargaan kepada guru2.. sekarang si Japlin pula..

    ReplyDelete
  11. para pemimpin2 kerajaan juga patut berusaha dalam mendapatkan pujian dan penghargaan dari guru2, ibubapa dan juga pelajar2 terutamanya di kawasan2 pedalaman dengan melengkapkan prasarana pendidikan di kawasan itu..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. The State Education Department has set eight strategic focuses as its Key Performance Indicator (KPI) in improving the education level in Sabah. Among these include the improvement of management leadership at school level.

    ReplyDelete
  16. Close cooperation between various parties, such as parents, the community, private sector and local leaders is essential in ensuring excellent education services.

    ReplyDelete
  17. This is in line with the ‘education for all’ and ‘all for education’ concepts towards producing a quality human capital, and of course this requires an effective mechanism to be set in place.

    ReplyDelete
  18. For this purpose, the department of education was committed to implement quality management system based on MS ISO 9001:2008 while at the same time adopting the 5S concept, besides Star Rating system as required by MAMPU.

    ReplyDelete
  19. Other focuses include improving the overall performance of public examinations, namely UPSR, PMR, SPM and STPM.

    ReplyDelete
  20. The development and upgrading of school infrastructures and facilities, compliance of the financial procedures at all levels and implementation of the Standard Primary School Curriculum (KSSR).

    ReplyDelete
  21. The Education department would also give attention to reducing the backlog of disciplinary cases, reducing absenteeism among students and achieving the sub-NKRA (National Key Results Area) that had been adopted by the Ministry of Education.

    ReplyDelete
  22. There were 499,684 students with 40,276 teachers and 6,654 supporting staff at 1,070 primary and 213 secondary schools in Sabah.

    ReplyDelete
  23. The element of recognition at workplace was becoming more important nowadays as shown by studies on the contributing factors to individual motivation and work performance.

    ReplyDelete
  24. Besides salary and incentives, workers also desire respect, to be entrusted to have autonomy in carrying out their duties as well as social and moral support.

    ReplyDelete
  25. In this respect, recognition such as the APC could help in bringing out the best in the individual worker.

    ReplyDelete
  26. The ministry had high hopes on education practitioners in Sabah to play their part as a medium for generating development in the country through education in the various fields.

    ReplyDelete
  27. Teachers, therefore must possess not only sound knowledge in education but also charismatic and able to be a role model that help mould the next generation.

    ReplyDelete