Saturday 30 June 2012

“JANGAN GANGGU TAGAL KAMI”




CEROBOH....Sopikit menunjukkan antara kesan aktiviti menggali batu dan pasir di kawasan Sungai Kogopon.

Oleh : RUZAINI ZULKIFLI

PAPAR: Pendedahan mengenai isu pencerobohan kawasan tagal Sungai Kampung Kogopon, di sini terus mendapat reaksi di kalangan penduduk yang meminta agar kawasan berkenaan tidak diganggu lagi.

Ketua Kampung Kogopon, Sopikit Lianjun, 52, berkata kedegilan pihak pemaju yang masih meneruskan aktiviti menggali batu dan pasir di sungai berkenaan menyebabkan mereka berasa terkilan.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili suara penduduk Kampung Kogopon mahu aktiviti itu dihentikan bagi menjaga sistem tagal serta tidak merosakkan kawasan sekeliling.

“Apa yang menyedihkan semenjak isu ini dibongkar, aktiviti menggali masih diteruskan. Kawasan ini dahulunya amat terjaga dengan keindahan alam semulajadinya, namun kini ia telah dirosakkan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo kelmarin.

Selain sistem tagal terjejas, Sopikit turut mendakwa aktiviti itu juga mengakibatkan hakisan tanah di sekeliling sungai selain aliran sungai kini dialihkan beberapa ratus meter berikutan proses tambakan batu.

“Aliran sungai telah berubah dan kami bimbang berlaku insiden buruk seperti hakisan tanah serta banjir jika ia dibiar berterusan,” katanya.

Menurutnya, tanda amaran yang tertera di kawasan itu yang menyatakan bahawa sesiapa melanggar peraturan tagal boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 tidak diendahkan. Sungai Papar ditagal sejak 2008 membabitkan enam kampung, termasuk Kogopon, Kundasang, Mandalipau, Bolotikon, Kaiduan dan Bisuang.

Mengulas tindakan sogit seperti diarahkan Jabatan Perikanan Sabah kepada penduduk, Sopikit menjelaskan mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa sehari dua ini.

“Kami akan mengumpulkan orang kampung bagi membincang perkara ini seperti diarahkan, dan barulah dirujuk kepada Mahkamah Anak Negeri,” katanya, sambil menjelaskan mengikut adat resam mereka, secara kebiasaan sogit yang dikenakan adalah seekor lembu. (UB)

13 comments:

  1. Hope that the authorities will give attention to this illegal sand mining activity in the Kogopon area.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Native court will be able to fight for the people's rights in this.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. patut kenakan tindakan pada mereka yang melanggar sistem tagal tersebut.

    ReplyDelete
  4. kegiatan ini telah mencemarkan alam, baik bawa hal ini ke pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  5. Kalau dibawa ke mahkamah, pasti pihak yang terbabit akan dikenakan tindakan yang lebih berat.

    ReplyDelete
  6. Siapa pihak yang berada di sebalik aktiviti ni?jangan pula ada pihak berkuasa yang melindungi kegiatan ni.

    ReplyDelete
  7. Susah sangatkah pihak pemaju mahu beri kerjasama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan kawasan tu.

      Delete
  8. Janganlah menganggu adat orang dikawasan tersebut. Tindakkan ini perlu diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawap.

    ReplyDelete
  9. Sekiranya mahu membantu, bantu la dengan lebih sungguh.

    ReplyDelete
  10. memandangkan mereka telah melanggar peraturan tagal, kenapa tidak bawa saja kes ini kemahkamah bagi membolehkan penduduk kampung menuntut dena rm50k??

    ReplyDelete
  11. penduduk kampung patut menggunakan peraturan tagal ini untuk menyekat mana2 pihak yang cuba merosakkan tagal mereka.. melainkan peraturan itu tidak diiktiraf di mana2 mahkamah di negeri ini..

    ReplyDelete
  12. Amanah, suhakam dan parti2 politik pembangkang patut berada di kampung ini untuk menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan kampung ini dari terus menjadi mangsa pihak tertentu yang hanya pentingkan keuntungan wang ringgit..

    ReplyDelete