Wednesday 27 June 2012

KASTAM PUNGUT HASIL RM15 BILION




PUTRAJAYA : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yakin sasaran kutipan hasil RM33 bilion tahun ini akan dapat dicapai berdasarkan jumlah kutipan sehingga semalam yang mencecah RM15 bilion.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Khazali Ahmad berkata jumlah itu adalah peningkatan RM716 juta berbanding RM14.38 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

"Bahagian penguatkuasaan JKDM juga menunjukkan prestasi semasa yang cemerlang dengan nilai rampasan sebanyak RM270 juta, melibatkan duti sebanyak RM196 juta," katanya kepada pemberita, pada hari Selasa.

Nilai rampasan bagi tempoh yang sama tahun lalu adalah RM262 juta.

Daripada segi kes tatatertib, Khazali berkata sebanyak 25 kes direkodkan untuk tahun ini sehingga Mei lalu, dan daripada jumlah itu hanya 19 kes disabitkan bersalah. (Bernama)

10 comments:

  1. Lebih banyak tangkapan dibuat, lebih banyaklah pungutan hasil yang diperolehi. semoga pihak kastam akan terus mempergiatkan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil kastam bukan sahaja dari hasil rampasan, tapi jg dari hasil cukai yang mereka kenakan pada barangan import.

      Delete
    2. orang2 yang cuba menyeludup perlu ditangkap.

      Delete
  2. Keep up the good job.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Banyaknya sampai RM15 billion.

    ReplyDelete
  4. moga hasil pungutan kastam akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  5. Kaya sudah Kastam kalau macam itu.

    ReplyDelete
  6. Bagus. Kerapkan lagi operasi.

    ReplyDelete
  7. peningkatan jumlah rampasan itu bukan berita baik.. tidak perlu dibanggakan.. peningkatan jumlah rampasan menunjukkan semakin banyak jenayah penyeludupan berlaku di negara ini..

    ReplyDelete
  8. kesimpulannya, peningkatan jumlah rampasan itu samalah dengan peningkatan jumlah kes jenayah penyeludupan..

    ReplyDelete