Wednesday, 20 June 2012

KASTAM RAMPAS 90 SET PARABOLA DI KENINGAU




KENINGAU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 90 set parabola dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Masak, dekat sini baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah, Hamzah Sundang berkata hasil maklumat orang awam, sepasukan pegawai penguat kuasa kastam Keningau yang diketuai Micheal Asik menyerbu rumah berkenaan pada 11.30 pagi.

"Hasil serbuan, pihak kastam merampas cakera parabola itu dengan anggaran harga termasuk cukai RM150,000, dan mengikut harga pasaran set parabola yang dirampas itu boleh mencecah RM225,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamzah berkata cakera parabola tergolong sebagai barangan larangan seperti yang terkandung dalam Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 dan memerlukan permit import daripada Sirim Berhad.

Beliau berkata pihak kastam menahan seorang warga tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan yang merupakan rampasan kedua dalam tempoh seminggu.

Bagi kesalahan itu suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. (Bernama)

9 comments:

  1. penggunaan parabola masih diharamkan di Sabah? ia seharusnya dibenarkan.

    ReplyDelete
  2. Mesti ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Astro sebab itulah guna parabola.lagipun kawasan2 pedalaman memang susah dapat siaran tv.

    ReplyDelete
  3. PATI yang berlambak depan mata tidak boleh ditangkap?

    ReplyDelete
  4. Parabola diharamkan kenapa dan berikan sebab pengharaman?? Kenapa ariel ikan tidak diharamkan juga. Adakah ini berkaitan dengan Astro??

    ReplyDelete
  5. Penjelasan diperlukan atas rampasan Parabola tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemasangan parabola dulu tidak menjadi isu. Pasti pihak astro mereport ni. Pelanggan berkurangan.

      Delete
  6. Parabola perlu diluluskan di Sabah sebab siaran lebih bagus dan banyak channel. Lebih bagus dari Astro.

    ReplyDelete
  7. bagus kastam fokus dengan rokok, arak dan barang2 yang tidak menguntungkan negeri ini..

    ReplyDelete
  8. rakyat Sabah sebenarnya mempunyai alasan kukuh yang mewajarkan mereka menggunakan parabola.. perkhidmatan Astro bukannya baik sangat, malah membebankan rakyat dari segi bayaran langganan bulanan..

    ReplyDelete