Saudara Pengarang,
AKHIR-AKHIR ini kelihatan
kelibat pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia agak RAJIN melawat ke
Sabah. Lawatan yang agak kerap ini menimbulkan seribu pertanyaan. Apakah tujuan
mereka turun? Dari pegawai yang berpangkat PSU, KPSU, TSUB, SUB, TKSU bahkan
KSU dan Timbalan Menteri sendiri selalu melawat Sabah.
Walaupun agak kerap turun,
namun masalah projek sakit, lewat jadual bahkan hidup segan mati tidak mahu
tidak juga berkurang. Adakah mereka datang untuk menyelesaikan masalah atau pun
ada perkara lain seperti kata pepatah 'ada udang di sebalik batu'?
Saya sebagai rakyat jati
bumiputera Sabah, orang kata, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan".
Tetapi jangan silap maksud. Ini hanyalah kepada mereka yang benar-benar ikhlas
berniat membantu pelajar/rakyat Sabah.
Jika tujuan turun ke Sabah
untuk menunjukkan belang, "Akulah Bos Dari KPM" bagus janganlah.
Bagus kamu pulang baik sebelum kena halau. Jika datang mencari jodoh pun kita
tidak larang. Tapi jangan pula jodoh 'spare part'.
Bukannya apa, sekiranya
kerajinan mereka turun melawat ke Sabah dapat membuat projek berjalan lebih
laju dan lancar, silakanlah. Tapi 'kalau' datang mau kutip ufti...ehem! ehem!...bagus
saya tapis-tapis sedekit agar tidak dikatakan fitnah; saya kata 'kalau'.
Bukannya tuduh. Tanya-tanya sahaja. Lagi memeningkan kepada pegawai yang turun
selalu bertukar-tukar. Apakah motif di sebalik perkara ini?
Mahu dikatakan 're-shuffle',
mustahil pula tiga bulan sekali. Tidaklah produktif kalau sampai ke tahap macam
itu. TSUB sekejap lelaki, sekejap perempuan. Sekejap kurus, sekejap gemuk.
Sekejap tinggi, sekejap rendah. Siapabah sebenarnya Pegawai KPM ini?.
Kenapa tidak wakilkan sahaja
kepada pegawai pendidikan negeri yang mengurus aset pendidikan negeri Sabah.
Tidak layakkah pegawai di Jabatan Pendidikan Sabah mentadbir urus 'rumahtangga'
mereka sendiri?
Bukankah lawatan yang agak
kerap secara langsung memberi kos perbelanjaan kepada kerajaan? Mungkin
mesyuarat di Kuala Lumpur tidak seronok kerana tidak ada 'sumandak' barangkali?
Salam Hormat,
INSAN KERDIL
apa2 lawatan yang dibuat tu biarkan memberi manfaat, jgn hnya lawatan kosong.
ReplyDeleteMungkin ada niat tersirat. siapa tahu:)
DeletePenulis tertanya2, jadi harap2 lepas ni dia dapat jawapan.
ReplyDeleteAdalah itu kalau kerap sudah datang Sabah.
ReplyDeleteJalan2 cari makan
DeleteMungkin ka hanya trip saja untuk melancong
ReplyDeletekira bagus la ba pegawai2 KPM turun padang lihat sendiri situasi di negeri ini.. tidak juga kena label makan gaji buta.. jangan la harap mereka datang hari ini, masalah pun selesai hari ini.. kalau ada bangunan yang tidak siap, penulis ni assume yang pegawai2 ni datang untuk kasi siap itu bangunan sebelum balik ke semenanjung ka?? mestilah mereka mahu kaji apa masalah sebenarnya.. apa la..
ReplyDeletekenapa tidak pertikaikan sekali pemimpin2 pembangkang di semenanjung yang datang ke Sabah?? kalau setakat datang mau jadi hero baik tidak payah.. kalau mereka datang selesaikan masalah sekelip mata barulah layak terima pujian dan undi..
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Fikir dulu sebelum menyiarkan apa2 propaganda. Nanti jgn sampai org kata, DAH LA BODOH, BANGANG PLK TU!
ReplyDelete