KUALA LUMPUR: Proses
menyediakan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani
masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah mengambil masa kerana
perlu mengambil kira rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata atas sebab yang sama,
kerajaan juga memerlukan lebih masa menamakan panel yang menganggotai
suruhanjaya berkenaan.
"Mengambil kira masalah
yang ditimbulkan itulah kita ambil masa untuk pastikan terma rujukan dan juga
untuk perhalusi mereka yang layak untuk jadi panel," katanya pada sesi
soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian
ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang
meminta terma rujukan suruhanjaya itu benar-benar diperhalusi agar tidak
menganiaya rakyat Malaysia di Sabah yang tidak mempunyai identiti pengenalan
diri seperti Mykad dan sijil kelahiran.
Menjawab soalan asal Datuk
Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengenai status terkini cadangan
penubuhan suruhanjaya siasatan itu, Mohamed Nazri berkata proses penyediaan
terma rujukan kini berada di peringkat akhir.
"Bagi memastikan tujuan
suruhanjaya ini ditubuh dicapai sepenuhnya kerajaan perlu pastikan terma
rujukan adalah menyeluruh supaya masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah
dapat diselesaikan secara komprehensif.
"Anggota juga dipilih
dalam kalangan mereka yang berpengalaman luas dan mempunyai kefahaman yang
mendalam berhubung pendatang asing di Sabah untuk pastikan syor yang
dikemukakan boleh dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
Menjawab soalan tambahan
Anwar sama ada kerajaan bercadang menggunakan suruhanjaya yang sama bagi
menangani masalah pendatang asing tanpa izin di negeri-negeri lain di
Semenanjung termasuk kemungkinan berlaku penipuan dalam senarai daftar pemilih
pilihan raya, Mohamed Nazri berkata suruhanjaya itu hanya untuk menangani
masalah di Sabah. (BERNAMA)
Maknanya kena tunggu lagilah beberapa tempoh masa barulah RCI dilaksanakan kalau begini. sempatkah sebelum tiba pilihanraya?
ReplyDeleteKenapa tidak tubuhkan RCI sekali untuk seluruh negara??
ReplyDeleteIts better one state a time or else it would be difficult to completing solving the illegal immigrant issue in SABAH
Deleteterma rujukan RCI mmg perlu diperhalusi dan diteliti, ia penting bagi memastikan RCI yagn ditubuhkan nnti berjalan dgn baik.
ReplyDeleteharap panel terpilih yang akan menganggotai suruhanjaya berkenaan adalah dari golongan rakyat Sabahan sendiri
ReplyDeletenot only should the panel members are sabahans but they must be someone who is clean from corruption and could be trusted to fulfil their responsibilities.
Deletememang sudah dijangka proses menyediakan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini akan mengambil masa..
ReplyDeleteyang penting, TOR tetap akan disediakan oleh pihak Najib/JPN
ReplyDeletesemoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita
ReplyDeletePM will surely implement RCI but when will it be implemented is the question. Hopefully it would be implemented before election comes.
Deleteharap masalah PTI dapat ditangani dengan lebih berkesan di Sabah selepas perlaksanaan RCI ini
ReplyDeleteHope that the RCI will include all the factors necessary to ensure the illegal immigrants and project IC issues can be targeted properly.
ReplyDeleteDatuk Najib said once the Terms of Reference have been finalized, the RCI will be implemented officially. Hope that the government will do their best to finalize the TOR as soon as possible.
ReplyDeleteI hope it wouldn't take long for RCI to be implemented in sabah.
ReplyDeletePersekutuan harus mempercepatkan process menubuhkan RCI.
ReplyDeleteTOR satu isu? Panel satu isu? Siasatan satu isu? keputusan siasatan satu isu? Tindakan satu lagi isu? Kesemua ini memerlukan masa yang panjang.
ReplyDeleteIsu PATI tidak harus dilenggah-lenggahkan lagi.
ReplyDeletePATI bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh negara, maka, RCI harus dibuat secara keseluruhan.
ReplyDeletepati banyak memberikan masalah, sebab itu semua berharap ianya cepat selesai.
DeletePemilihan Panel amat penting. Apakah syarat untuk memenuhi panel tersebut?
ReplyDeleteMengenai RCI itu rasanya kerajaan perlu meneliti sebaiknya bagi memastikan siasatan yang dibuat akan mendapat kejayaan yang terbaik.
ReplyDeleteJika itu yang kerajaan katakan rasanya rakyat faham akan perkara itu. Tapi yang pasti kerajaan harus melaksanakan RCI ini secepat yang mungkin.
ReplyDeleteya, kalau cepat dibuat harap masalah pati juga cepat selesai.
Deletepenyediaan TOR sudah berada di peringkat akhir, harap akan dapat disiapkan dengan seera.
ReplyDeleteLet a Sabahan leads the RCI members.
ReplyDeletepenubuhan RCI memerlukan dana awam yang banyak.. oleh sebab itu, penubuhan RCI tidak boleh dibuat secara tergesa2.. lagi bagus jika kelewatan penubuhan RCI ini bersangkut paut dengan persediaan dihendak dilakukan oleh kerajaan.. itu tandanya kerajaan berhati2, teliti dan bersungguh2 mahu menyelesaikan masalah ini..
ReplyDelete