Wednesday 27 June 2012

KERAJAAN PUSAT PILIH KASIH?




Oleh: JACKSON LU

TENOM: Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah, Mutang Dawat @ Sylvester menegaskan bahawa, pemberian peruntukkan sejumlah RM235 juta oleh kerajaan pusat sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak di Keningau baru-baru ini untuk membina loji baru bekalan air tidak perlu dibanggakan sangat kerana ia berbentuk 'pinjaman' dan bukannya geran.

Beliau berkata, beliau terkejut apabila status peruntukan itu berbentuk 'pinjaman' yang sepatutnya pemberian itu berbentuk geran kerana melibatkan perkara asas yang telah pun tergolong dibawah program NKRA untuk seluruh negara, terutamannya DI kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Apabila sesuatu pemberian itu berstatus pinjaman maka sudah pasti kerajaan Negeri kena bayar. Anehnya, negeri ini kaya dengan sumber galian dan sebagainya tetapi terpaksa meminjam dana daripada pusat kerana hasil masyhul kekayaan negeri ini tidak terurus dengan betul,” kata beliau ketika memberitahu masyarakat Kg Pamaluiyan dalam satu perjumpaan parti itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut tertanya-tanya kemana kerajaan salurkan peruntukkan berbillion ringgit seperti yang telah dibentangkan dalam bajet lebih dua tahun lalu bagi menjana pelaksanaan program NKRA di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), khusus untuk menaiktaraf infrastruktur luar bandar.

Malangnya, apa yang sering dilihat pada ketika ini rakyat dikawasan luar bandar khususnya di kawasan Rundum, rakyat masih merungut kerana infrastruktur jalanraya masih dalam serba kedaifan, termasuklah sekolah kerajaan khususnya di SK Kolorok dan perumahan guru guru masih berkeadaan daif.

“Kita minta pihak tertentu kena jelaskan kepada rakyat dengan tepat kerana rakyat sedia maklum dalam laporan media ada mengatakan jutaan ringgit disalurkan kepada kawasan ini, tapi kesannya macam tidak nampak pun,” tegasnya.

Kata Mutang, Kita tidak berniat untuk memburuk-burukkan kerajaan, tetapi Kita berhak bertanya dengan kerajaan di mana sebenarnya wang begitu banyak dibelanjakan konon untuk pembangunan. Mungkin dalam laporan media sesiapa juga ada terbaca bagaimana seorang ketua cawangan merungut dan marah kerana peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk Parlimen Tenom tetapi pelaksanaan kerja projek itu diberikan kepada usahawan luar daerah...begitu sekali jijiknya,” tegas Mutang.

Mutang yang juga merupakan Pengerusi Penyelaras Parti Kita kawasan Parlimen Tenom seterusnya menjelaskan objektif NKRA dimana ianya diletakkan dibawah KKLW yang dikhususkan untuk merancakkan pembangunan dikawasan luar bandar di Pedalaman Sabah dan Sarawak berhubung masalah infrastruktur jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air bersih, infratruktur pendidikan, PPRT dan masalah kemiskinan.

28 comments:

  1. mmg kita harap diberikan peruntukan bukan pinjaman, tapi sekurangnya ada jg dana untuk atasi masalah air di keningau.

    ReplyDelete
  2. dan wang itu gunakanlah dgn baik.

    ReplyDelete
  3. Well, there's must be reason why it is a loan instead of an allocation.

    ReplyDelete
  4. Jika kerajaan bagi penjelasan pun, semua akan terima kah? Atau buat lagi spekulasi baru?

    ReplyDelete
  5. Penduduk keningau harus berterima kasih sebab dalam satu masa saja banyak khabar baik yang telah diumumkan oleh PM.

    ReplyDelete
  6. Mungkin dalam bajet yang seterusnya ada peruntukan juga tu. bukan senang mau atur perbelanjaan untuk negara, jadi terimalah dulu pinjaman ni.

    ReplyDelete
  7. Nevertheless, the Water Treatment Plant project will be resolving the water woes in Keningau and a few other parts of Sabah.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. The loans agreement should be discussed between the Sabah and Federal government.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. the BN was concerned, every promise made to the people would be fulfilled

      Delete
  9. Apa pun selesaikan sebaiknya masalah yang perlu.

    ReplyDelete
  10. Masalah luar bandar masih tidak begitu memuaskan. KKLW perlulah memastikan pembangunan dikawasan tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  11. I believe the people in Sabah know that unlike the opposition, BN makes and keeps their promises

    ReplyDelete
  12. bolehkah Mutang nafikan bahawa negeri2 lain termasuk negeri2 Pakatan tidak meminjam daripada kerajaan persekutuan?? kenapa Mutang melihat pinjaman kerajaan negeri ini sesuatu yang luarbiasa di negeri ini sedangkan di negeri2 lain juga melakukan perkara yang sama untuk memenuhi tuntutan pembangunan negeri itu??

    ReplyDelete
  13. saya andaikan Mutang juga pilih kasih dalam membangkitkan sesuatu isu seolah2 di Malaysia cuma ada kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan Saja..

    ReplyDelete
  14. The State government pledges to continue championing the rights of the people with the assurance that it will honour all its promises.

    ReplyDelete
  15. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said with sincerity, political commitment and full support of the people, the government will be able to fulfil its promise to bring greater development.

    ReplyDelete
  16. He said the theme for the Merdeka Month this year, “1Malaysia, 55 Years of Independence, Promises Fulfilled”, was a celebration of 55 years of development which the government had promised 55 years ago.

    ReplyDelete
  17. He was speaking at the launch of the State-level Merdeka Month and Raise the Flag Campaign at the City Square last night.

    ReplyDelete
  18. Minister of Rural & Regional Development Datuk Shafie Apdal was present on behalf of the Federal government.

    ReplyDelete
  19. The Chief Minister therefore urged all Malaysians in Sabah to proudly display the Jalur Gemilang in residential areas, business premises, offices and even on their vehicles during the Merdeka Month.

    ReplyDelete
  20. “I ask the public and private sectors as well as the nongovernment organisations to raise the national flag to show their love and loyalty to our country,” he said.

    ReplyDelete
  21. Musa also reminded Malaysians to reflect on the significance of Merdeka and to be appreciative that as a multiracial society, Malaysia remains peaceful and the people live in harmony.

    ReplyDelete
  22. In Sabah, he said the State had enjoyed various development programmes since achieving independence through the formation of Malaysia on September 16, 1963.

    ReplyDelete
  23. He said it was the State government’s objective to carry out holistic and continuous development to enable people from all corners to gain benefit.

    ReplyDelete
  24. We are committed to these efforts under the Halatuju Master Plan on the Progress & Development of Sabah, Sabah Development Corridor and transformation programmes inspired by the Prime Minister.

    ReplyDelete
  25. “However, our struggles require strong teamwork between the State and Federal governments,” he added.

    ReplyDelete
  26. Musa said as a result of that healthy relationship, Sabah had gained and continued to benefit from large allocations for development given by the Federal government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  27. Among many others, these included Gagasan 1Malaysia, the 1Malaysia Clinic, 1Malaysia People’s Assistance and Kedai Rakyat 1Malaysia.

    ReplyDelete