Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
PKR mendesak Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan menjelaskan segera dakwaan seramai
1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) masih tidak mendapat status warganegara.
Naib Presidennya N Surendran
(bawah) berkata, jika tiada tindakan diambil, PKR akan terus memberikan tekanan
kepada kerajaan.
"Saya mahu menteri
dalam negeri segera jelaskan kenapa perkara ini boleh berlaku... Perkara ini
tugas dan tanggungjawab KDN dan kerajaan untuk selesaikan. PKR tak ada kuasa
dan kemudahan untuk selesaikan.
"Kita hanya dapat beri
tekanan untuk pastikan agar kerajaan mengambil tindakan ke atas isu ini,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
NGO yang memantau masalah
itu Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) pada 31 Mei lalu mendakwa
masalah itu berlaku apabila JKM tidak menjalankan tanggungjawab sehingga
anak-anak bekas jagaan jabatan itu hanya mendapat status pemastautin sementara.
Malaysiakini sudah
menghubungi bahagian komunikasi korporat JKM tetapi jabatan bawah kementerian
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu masih belum mahu mengulasnya.
Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, kenyataan Perbak itu turut
membuktikan bahawa dakwaannya berhubung jumlah besar masyarakat India tidak
mempunyai kad pengenalan adalah berasas.
"Kenyataan NGO itu
membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh saya sebelum ini benar. Sebab
mereka tak ada ibu-bapa, anak yatim piatu. Jumlah 1,758 membuktikan ia serius.
"Jika yang didaftarkan dibawah
NGO itu 1,758, sudah tentu ada ribuan lagi di seluruh negara yang tak ada
MyKad," katanya lagi.
Surendran sebelum ini
mendakwa, sekurang-kurangnya 300,000 kaum India hanya memiliki kad pengenalan
merah, hijau atau tiada langsung dokumen pengenalan diri.
JKM seharusnya menguruskan kewarganegaraan anak2 jagaan mereka lebih awal, jadi isu ini takkan timbul.
ReplyDeleteBenarkah apa yang dikatakan ini. Ini akan menyebabkan anak-anak tersebut akan menhadapi kesukaran pada akan datang.
ReplyDeletekenapa JKM tidak berusaha membantu mereka ketika mereka2 ini masih dibawah jagaan JKM?
ReplyDelete