TERSERGAM...Bangunan
Pusat Kraftangan Sabah di Keningau yang menelen kos lebih RM30 Juta dirasmikan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abdul Razak hari ini.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID
KENINGAU: Pembinaan Pusat
Kraftangan Sabah yang terletak di daerah ini diyakini mampu merubah landskap
taraf siso ekonomi masyarakat luar
bandar terutamanya di kawasan Pedalaman.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Tenom, Jamawi Jaafar berkata, inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri
melalui Kumpulan Yayasan Sabah ini
diyakini boleh mencapai hala tuju
pembangunannya disasarkan kepada industri pelancongan sebagai satu sumber yang
boleh menjana pembangunan ekonomi negeri.
Pusat yang menelan kos
sekitar RM 30 juta itu kini siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Abdul Razak pada hari ini (Sabtu).
Sambil mengalu-alukan
kehadiran Najib untuk merasmikan pusat tersebut serta merakamkan penghargaan
atas kesediaan beliau melakukan upacara perasmiannya, Jamawi berkata,pemilihan
daerah Keningau sebagai lokasi pembinaan bangunan Pusat Kraftangan Sabah amat
sesuai berdasarkan aktiviti yang melibatkan produk kraf banyak terdapat di
daerah itu; di samping sumber bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan produk
juga banyak terdapat di sekitar dan daerah-daerah berdekatannya.
"Kraftangan merupakan
sebahagian daripada budaya kehidupan masyarakat pelbagai kaum khususnya di
kawasan Pedalaman
"Dari segi rangkuman
dengan Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom usaha menjana sektor pelancongan
di Pedalaman akan bergerak seiring dan akan mendorong pelancong dari dalam
dan luar negeri untuk berkunjung ke daerah Pedalaman; sekali
gus boleh meningkatkan taraf sosio
ekonomi rakyat melalui produk budaya termasuklah kraftangannya,"
jelas Jamawi, ketika ditemui di sini dan
diminta mengulas pembinaan Pusat
Kraftangan Sabah yang dirasmikan hari ini.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan
dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, hasrat kerajaan Negeri dan
Persekutuan dalam menjana proses
tranformasi telah direalisasikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui pelaksanaan
pelbagai program termasuklah pembangunan Sosio Budaya dan Pembangunan Sosio
Ekonomi bagi kepentingan penduduk di
negeri ini.
Sementara itu bagi Ketua
Pergerakan Pemuda Umno bahagian Keningau, Azman Haji Roslan berpendapat
pembinaan Pusat Kraftangan Sabah di
daerah itu turut membuka ruang dan peluang kepada rakyat khususnya golongan
belia untuk meneroka dan mempelajari ilmu serta kemahiran dalam penghasilan
kraftangan.
Katanya, Idea Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman
selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang telah mencetuskan
idea untuk membina satu pusat kraftangan di negeri ini sebagai menyokong dan
membangunkan industri kraftangan ke peringkat global; bertepatan dengan
halatuju kerajaan negeri yang menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu
sektor yang mampu menjana ekonomi rakyat dan negeri.
Menurut Azman dengan
pelbagai kemudahan di Pusat Kraftangan Sabah, seperti program latihan percuma, mesin dan peralatan
memproses bahan mentah, ruang latihan yang besar lengkap dengan pelbagai
kemudahan, jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman, mampu melahirkan
pelajar mahir dalam bidang kraftangan
"Dengan melahirkan
tenaga mahir dalam industri kraftangan dan
pengusaha produk kraf yang mahir dan berilmu, peluang pekerjaan sentiasa
terbuka luas kepada mereka dan ini sekali gus boleh mengurangkan kadar
pengangguran di kalangan belia," katanya.
Tambah Azman, Kesungguhan
Kerajaan Negeri dan Pusat khususnya Kumpulan Yayasan Sabah untuk memastikan
industri kraf terus unggul, berkembang maju, berdaya saing dan mempunyai mutu
komersil telah diterjemahkan menerusi peruntukan yang besar bagi membina pusat
tersebut.
Sehubungan dengan itu kata
Azman rakyat khususnya golongan muda khususnya di daerah ini perlu merebut
peluang dan ruang yang disediakan untuk
menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kraftangan seterusnya menjadi pengusaha
kraf, ini kerana ia bukan sahaja meneruskan kesinambungan budaya generasi
terdahulu malah dilihat sebagai penggerak sosio ekonomi rakyat .
Ada program latihan percuma. ambil peluang ni sebaiknya.
ReplyDeleteThis is a good initiative to continue the heritage of handicrafts.
ReplyDeleteSemoga dengan adanya bangunan kraftangan Sabah ini akan mampu memberikan yang terbaik kepada kraftangan di Keningau ini.
ReplyDeletedengan terbinanya bangunan pusat kraftangan Sabah ini, tidak ada lagi alasan untuk mana2 seni budaya keraftangan Sabah pupus di telan zaman..
ReplyDelete