KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin pada Isnin menafikan laporan sebuah portal
berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang
di Sabah.
Anggota Parlimen Beaufort
itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan
pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi
membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.
"Saya bercakap begitu
(berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan
dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach
dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen di sini.
Pada Isnin, Malaysiakini
melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat
(PKR), sekali gus menyertai pembangkang.
Lajim berkata melalui
perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan
kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui. (Bernama)
semua yang dikatakan akan keluar dari BN tidak akan keluar, mereka akan terus bersama BN.
ReplyDeleteianya adalah khabar angin yang disebarkan oleh pembangkang..mungkin sudah terdesak sangat ni pembangkang.
DeleteGood luck to Lajim, hope he can do more for the people in UMNO.
DeletePKR pasti dah terdesak sampai sebarkan cerita mcm ini.
ReplyDeleteSetakat ni, lebih dari dua kali sudah Lajim buat penafian.
ReplyDeleteWalau apapun keputusan Lajim, harus juga dihormati.
DeleteKalau benar hati Lajim masih bersama BN, harap dia dapat buktikannya.
ReplyDeletetill now the rumours about Lajim quitting umno to join opposition is still circulating around even though Lajim denies the rumours.
ReplyDeletefrom where exactly did this rumours come from?
ReplyDeleteLajim tidak akan keluar dari Umno.
ReplyDeleteIni hanya khabr angin yang di keluarkan oeh pembangkang untuk mengelirukan rakyat.
ReplyDeletepenjelasan sudah pun diberikan oleh lajim...demikian juga oleh wilfred...
ReplyDeleteKita perlu berhati-hati dengan apa yang kita lihat/dengar dalam media
ReplyDeletetidak hairanlah jika PRU semakin dekat, macam-macam Khabar angin akan didengari
ReplyDeletejanganlah menyebarkan khabar angin yang tidak benar
ReplyDeleteAdakah beliau perlu meninggalkan parti? biarlah dia sendiri yang menentukannya..
ReplyDeleteLajim harus mengesah di mana beliau harus berada supaya rakyat masih bersama beliau.
Deletelagipun, itu haknya sendiri untuk membuat keputusannya
ReplyDeleteNow, Lajim already make himself clear, stop make more assumption.
ReplyDeleteAda juag pihak memainkan isu ini untuk kepentingan sendiri.
ReplyDeleteisu dimainkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
DeleteKebajikan untuk rakyat harus diutamakan.
ReplyDeleteLajim harus memberi kenyataan bahawa beliau masih bersama BN.
ReplyDeleteLajim masih berkekalan perjuangannya bersama UMNO.
ReplyDeleteApakah kesan jika benarnya LAjim keluar dari UMNO?
ReplyDeleteWalaupun Lajim telah menyatakan beliau masih bersama BN, tetapo juga ada pihak memainkan isu ini lagi.
ReplyDeleteSaya sendiri tidak percaya yang Datuk Lajim akan keluar UMNO. cuma khabar angin ini direka oleh pihak lain.
ReplyDeleteKita tunggu dan dengar sendiri mengenai perkara ini jika benar-benar inginkan kepastian.
ReplyDeleteternyata apa yang didengar kebelakangan ini hanya khabar angin semata-mata.
ReplyDeleteDalam politik memang sukar diramal
Deletekesimpulannya, jangan mudah percaya dengan khabar angin yang dimainkan.
ReplyDeletePerkara ini semakin menjadi-jadi dan panas. Semakin Lajim menafikan semakin kerap isu ini dimainkan
ReplyDeleteawal tahun ni pun sudah keluar ba khabar angin ni.. sudah pun dinafikan oleh Lajim.. tapi masih juga ada pihak yang tidak henti2 menyebarkan khabar angin ini.. kalau tidak ada isu, cari la ba isu yang realistik sikit..
ReplyDeletekalau Lajim mahu keuar pun, itu hak dia la.. terpulang la dengan dia mahu buat keputusan.. itu masa depan politik dia.. kalau kena label sebagai pemimpin tamak atau katak, biar dia sendiri saja yang tanggung..
ReplyDeleteyang pasti, walaupun Lajim kerap membuat kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan pucuk pimpinan, beliau tetap masih berada dalam umno.. tidak seperti komponen Pakatan.. mana2 pemimpin2 yang buat kenyataan bertentangan dengan kemahuan parti, pasti kena pecat atau dilucutkan jawatan..
ReplyDelete