Oleh : CHUNG SHAK HUNG
PERMINTAAN kepada Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) pada 3 Mei 2012 bagi mengatasi masalah lampu jalan
bermula dari SK St Monica, Batu 5 sehingga bulatan Lintas Sibuga, adalah
mendukacitakan memandangkan telah lebih daripada sebulan berlalu tidak ada
sebarang tindakan diambil.
Permohonan untuk menukar
lampu jalan dari mentol warna putih kepada mentol warna kuning yang dibuat oleh
pengguna jalan, terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan lebat, tidak
langsung dilayan sehingga menyebabkan pemandu sentiasa diintai bahaya kerana
penglihatan pemandu amat terhad sehingga menyukarkan dan membahayakan kerana
yang berliku-liku serta sempit.
Secara logiknya, mungkin
ramai yang beranggapan mentol warna putih untuk lampu jalan adalah lebih
terang, namun ia adalah sebaliknya memandangkan pemandu langsung tidak dapat
melihat dengan jelas apabila waktu malam terutamanya ketika hujan turun dengan
lebat.
Sungguhpun aduan kali kedua
telahpun dibuat beberapa hari yang lepas dan mendapat maklum-balas daripada MPS
bahawa permasalahan ini perlu mengambil masa memandangkan perlu memohon
peruntukan.
Namun sampai bila kita perlu
berhadapan dengan layanan yang sebegini rupa sedangkan keadaan lampu jalan
tersebut amat membahayakan pemandu yang menggunakan jalan berkenaan. Mungkinkah
Jurutera MPS buta warna?
Bukan itu sahaja, bilangan
lampu jalan yang begitu kurang sekali di sepanjang jalan tersebut, juga telah
diajukan. Walaupun untuk memasang lampu jalan tambahan mengambil masa yang lama
memandangkan perlu memohon peruntukan dan kerja-kerja menganalisa, namun
penukaran mentol lampu jalan dari warna putih kepada warna kuning, sepatutnya
tidak menjadi permasalahan untuk dilaksanakan.
Perlu diingat nyawa pemandu
sentiasa terancam dengan keadaan lampu jalan yang tidak sesuai dan kita tidak
faham kenapa MPS lalai dan tidak komited terhadap semua aduan yang telah
diajukan?
The MPS should give attention to the complaints regarding the damaged street lights in Lintas Sibuga. Hopefully repair works will be done soon.
ReplyDeleteIt could be dangerous for the drivers if the lighting is insufficient especially during the night or rainy days. Hope that the MPS will take actions soon before any incidents happened.
ReplyDeleteInilah masalahnya kalau tunggu kelulusan dan peruntukan lagi. apapun, harap2 dapat disegerakan sebelum ada kejadian buruk berlaku. nanti tambah dipersalahkan lagi.
ReplyDeletemmg bahaya jalan seperti itu tiada lampu jalan. jadi sediakan ia segera.
ReplyDeleteSemoga masalah ini akan dapat dibincangkan dan berikan maklumbalas mengenai perkara ini.
ReplyDeletebagus cabut saja la semua lampu tepi jalan.. guna lampu kenderaan masing2 saja la..
ReplyDeletebagaimana pula dengan sikap pemilik kenderaan yang sengaja menggunakan lampu putih yang terang sehingga mengganggu penglihatan pemandu2 lain??
ReplyDelete