KOTA KINABALU: Masyarakat
Cina Sabah berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kerana
telah menyalurkan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kepada sekolah-sekolah
Cina dan gereja Kristian di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk
Dr.Yee Moh Chai berkata, ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di
bawah pimpinan Ketua Menteri (Datuk Seri Musa) adalah adil dan saksama kepada
semua lapisan masyarakat.
“Oleh itu saya menyeru semua
masyarakat Cina agar menyokong Barisan Nasional kerana hanya Barisan Nasional
sahaja yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada semua rakyat di negeri
ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika
berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Kad Hari Guru
Peringkat Negeri di Magellan Sutera, di sini, kelmarin.
Majlis itu disempurnakan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said,
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk
Seri Panglima Yahya Hussin, Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr.Muhiddin Yusin
dan menteri-menteri kabinet negeri, guru-guru dan para pelajar.
Yee yang juga Menteri
Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata, rakyat Sabah di
bawah kepimpinan Musa dan BN dapat berkongsi rahmat tidak kira bangsa,
keturunan mahupun agama.
Katanya, ini kerana setiap
tahun Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan banyak untuk meningkatkan kualiti
pendidikan dan taraf infrastruktur di negeri ini tidak kira sama ada di kawasan
bandar mahupun luar bandar.
Beliau turut berterima kasih
kepada Datin Rosmah Mansor atas inisiatif sebagai penggerak utama pelaksana
projek perintis Permata yang memberi penekanan bahawa pembentukan insan
cemerlang seharusnya dipupuk pada usia kanak-kanak.
“Inilah yang telah membawa
kepada lahirnya sebuah konsep menganggap setiap anak yang dilahirkan adalah
sebutir permata untuk negara.
“Saya amat kagum dengan
usaha beliau yang tidak kenal penat dan jemu dalam menangani isu-isu sosial dan
menggalakkan pembangunan optimum berhubung potensi belia dan kanak-kanak di
negara ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi
Penganjur merangkap Pengerusi Persatuan Guru-Guru Cina Sabah Datuk Eng Thiam
Leong, berkata pertandingan seumpama itu diilhamkan oleh Datuk Dr.Yee dan
dilaksanakan sejak tahun 2005.
“Semua karya pemenang telah
dicetak menjadi Kad Ucapan Hari Guru dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina yang diedarkan ke semua sekolah iaitu sekolah
rendah dan menengah seluruh Sabah,” katanya.
Katanya lagi, tahun ini
sebanyak 200,00 keping Kad Ucapan Hari Guru telah dicetak atas tajaan Eduspec
Holding Berhad.
“Kita sebagai rakyat negara
ini amat bertuah kerana Malaysia mempunyai kekuatan fizikal, ekonomi dan
pemimpin yang berani lagi berpandangan jauh.
“Semuanya terjamin kerana
Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu berwibawa serta prihatin
terhadap rakyatnya,” katanya.
Eng turut merakamkan ucapan
terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas komitmen terhadap pendidikan dan
meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira agama dan keturunan.
The Chinese community are all for CM, since so many development have been done.
ReplyDeleteLet's be united and stand as one nation.
DeleteKerajaan tidak akan pinggirkan mana2 kaum di negeri ni. semuanya dilayan sama rata.
ReplyDeleteKita harus bersyukur kerana kerajaan tidak berat sebelah dan bantuan yang di beri kepada semua rakyat.
Deletekepimpinan Musa tidak pernah mengabaikan kaum Cina. byk bantuan diberikan dalam membangunkam kaum cina.
ReplyDeletetiada kaum yang dipinggirkan...kerajaan layan sama adil dan saksama..
Deletesemua kaum dilayan sama rata oleh kerajaan.
ReplyDeleteJadi jangan kata kerajaan tidak menolong rakyat.
ReplyDeleteKita memang selalu ditolonglah, hanya kata adakah kita pandai menghargai.
DeleteThe State Government has always supporting the Chinese community.
ReplyDeleteSo never ever complaint. Lots of temples have been built .
ReplyDeleteLets give them credit.
ReplyDeleteBanyak bah CM lakukan untuk Sabah. Dan bagus jugalah kalau ada yang pandai menghargainya.
ReplyDeleteAll the best kepada Musa Aman dan teruskan perjuangan untk rakyat Sabah.
ReplyDeleteHarap Datuk Musa akan sentiasa membantu menaikkan taraf penduduk sabah.Good luck Datuk.
Deletekerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan pembangunan pendidikan di negeri ini..
ReplyDeletetak kira bangsa dan kaum, semuanya sama.
DeleteBanga & kaum bukan unsur utama yang harus diambil berat, yang penting perancangan yang positif yang memanfaatkan semua golongan.
Deletekerajaan Barisan Nasional sememamngnya adalah adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat...peruntukkan yang banyak disalurkan kepada sekolah2 cina dan kristian membuktikannya..
ReplyDeleteBeliau memenag berjasa kepada rakyat dan negara.
ReplyDeleteKita tidak pernah ditinggalkan ketua sendiri, kenalah menghargai jasa mereka.
ReplyDeletepemimpin yang mengutamakan rakyat akan sentiasa disokong.
DeleteChinese in Sabah are not neglictated
ReplyDeleteKepimpinan Datuk Musa sudah terbukti antara yang terbaik.
ReplyDeleteAda yang positif ada yang negatif juga. Harus berusaha lagi.
DeleteTengok sendiri ada pihak yang cuba memainkan isu yang mana menuduh kerajaan tidak pernah mempedulikan sekolah cina dalam peruntukkan. Tapi ini bukti yang kukuh peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kepada sekolah-sekolah Cina dan gereja Kristian di negeri ini.
ReplyDeleteBangsa Cina bergantung kepada diri sendiri untuk membaiki kehidupna.
ReplyDeleteBanyak lagi harus ditumpukan perhatian khas Sabah masih dalam kemiskinan dan sistem pendidikan yang kurang wajar.
ReplyDeleteIf not Musa, who can be the next that can bring Sabah to higher level?
ReplyDeletepemimpin yang adil pasti akan disokong oleh rakyat.
ReplyDeleteteruskan usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteini mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan.
ReplyDeleteUsaha kerajaan yang berterusan pasti membuahkan hasil
DeleteKerajaan BN membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa
ReplyDeletememang benar bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum cina di negeri ini.. lihat saja perpaduan kaum di negeri ini.. tidak seperti di negeri2 lain, masyarakat Sabah boleh duduk semeja walaupun berlainan agama dan bangsa..
ReplyDeleteChinese youth support for the Barisan Nasional (BN) Government has now surpassed 50 per cent, as compared to the last general election.
ReplyDeleteYouth and Sports Minister Ahmad Shabery Cheek said the improving support of Chinese youths could be seen through group response to major youth programmes, such as the 'One Million Youth Gathering' in Putrajaya last month.
ReplyDeleteIn 2008, there was a slight decline in support over several sentiments not favouring BN. Nonetheless, The BN led governement is confident that with teh changes taking place now, have led Chinese youths to understand the real issues in the national political landscape.
ReplyDeleteThe minister said the Chinese community should also appreciate the concerns of the government on their welfare, irrespective of their cultural and religious differences.
ReplyDelete