Oleh : MUSTAPA LAKAWA
WAJAH.....NAJIB
(tengah) bersama Rosmah sambil ditemani Musa (dua dari kanan) melihat ilustrasi
wajah mereka di atas rekaan batik pada Majlis Perasmian Pusat Kraftangan Sabah
di Keningau semalam.
KENINGAU : Kerajaan
Persekutuan meluluskan pinjaman berjumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri
Sabah bagi membina sebuah loji rawatan air bersih di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, berita gembira itu
adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat terutama di
kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas yang terbaik.
Katanya, pembinaan loji itu
apabila siap kelak bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna di
daerah itu.
"Kehadiran saya di sini
bukanlah semata-mata kehadiran kosong tetapi saya ingin mengumumkan berita
gembira buat rakyat Keningau iaitu kelulusan pembinaan sebuah loji rawatan air
bersih di sini," katanya ketika merasmikan Pusat Kraftangan Sabah di sini
semalam.
wang tersebut gunakanlah ia dgn baik untuk membina loji rawatan air.
ReplyDeleteSepatutnya peruntukan ni tapi apapun, bersyukurlah sebab tidak lama lagi penduduk Keningau boleh menikmati air bersih.
ReplyDeleteSemoga peruntukkan akan banyak diberikan kepada kerajaan Negeri untuk pembangunan rakyat.
ReplyDeleteHarap ada penjelasan tentang pinjaman ini. Mengapa bukan peruntukan?
ReplyDeleteGunakan pinjaman tersebut untuk menyelesaikan masalah mengenai bekalan air ini dikawasan tersebut.
ReplyDeletePinjaman yang diluluskan oleh persekutuan adalah untuk pembangunan juga.
DeleteKerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.
ReplyDeletemakin banyak lawatan Najib ke negeri ini makin banyak peruntukkan diumumkan oleh beliau untuk negeri ini.. syabas..
ReplyDelete