Saturday 30 June 2012

PARAM KINI DIRAJA TAMBAH NILAI




Oleh : SAJAD HUSSEIN

KOTA KINABALU : Usaha gigih dalam mengharungi segala halangan akhirnya menjulang N. Parameswaran ke tangga kejayaan.

Parameswaran, 42, sudah melakar nama di Sabah dan kini merupakan "Raja" dalam perniagaan tambah nilai untuk telefon mudah alih.

Beliau ialah peniaga eksklusif untuk mesin tambah nilai automatik "Woopit" yang mesra pelanggan dan meliputi semua operator syarikat telekomunikasi utama seperti Maxis, Celcom dan Digi.

Mesin itu berbentuk seperti pondok telefon dan boleh digantung di dinding dan beroperasi 24 jam.

Bagi Param dari Seremban, Negeri Sembilan, yang berjaya melakar nama dalam perniagaan khusus ini, kejayaan itu datang selepas mengharungi cabaran hebat.

Sebelum meneroka perniagaan ini, Param yang lebih dikenali sebagai "Randy" dalam kalangan rakan perniagaannya, menjual buku dan mempromosi program bahasa.

"Saya mengharungi banyak halangan dan kerjaya perniagaan saya hampir berakhir. Namun, saya teruskan juga, berusaha mengatasi halangan dan akhirnya berjaya," katanya.

Nasib beliau berubah apabila diperkenal kepada mesin Woopit pada November tahun lepas. Beliau mengambil risiko dengan melaburkan simpanannya sebanyak $17,000 dalam perniagaan itu dan berpindah ke Sabah untuk mencuba nasib.

Bagi dua bulan pertama, pendapatannya tidak begitu terjamin namun beliau tidak putus harapan, malah bekerja lebih keras.

Akhirnya pada 23 Dis, beliau mendapat semula modal dan dalam tempoh enam bulan, berjaya menjual 100 mesin Woopit untuk membuat untung bersih, yang digunakan untuk meluaskan perniagaannya ke Indonesia, India dan Filipina.

Param berkata perniagaan Woopit bagus untuk pesara dan mereka yang mahukan pendapatan kukuh dengan risiko yang kecil.

Beliau sedia mengajar mereka yang berminat dalam perniagaan itu dan boleh dihubungi di 016 2122196. (Bernama)

9 comments:

  1. Congratulations to Param for his success in the Woopit machine.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. This innovative concept makes it easy for consumers to reload their mobile credits.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. jadikan kejayaannya sebagai contoh dan motivasi untuk kita.

    ReplyDelete
  4. Bagi para pesara, bolehlah mencuba perniagaan ni. pengalaman Parameswaran jadikan teladan.

    ReplyDelete
  5. Setiap kejayaan adalah hasil daripada usaha yang gigih

    ReplyDelete
  6. Tahniah atas kejayaan tersebut. Belajarlah dari mereka yang telah berjaya ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. mudah2an hasil ciptaan tu dapat memberi manfaat kepada rakyat.

      Delete
  7. cuba jelaskan secara detail bagaimana perniagaan woopit mampu memberikan pulangan yang lumayan dan rendah risiko..

    ReplyDelete