Tuesday 26 June 2012

PERKASA SERAH MEMO KEPADA SINGAPURA




Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di keduataan mereka ekoran isu tiga diplomat Singapura dari negara ini yang didakwa menyertai perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Kumpulan berkenaan yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, hari ini telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini, bersama-sama sekitar 300 penyokong badan bukan kerajaan Melayu itu.

Mereka turut dilihat melaungkan slogan menentang Singapura dan tiga diplomat mereka, sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Protes yang berlangsung sekitar jam 1.20 petang itu turut melihatkan kehadiran Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin.

Sebelum ini, satu demonstrasi yang dirancang di hadapan bangunan pesuruhjaya negara republik tersebut gagal setelah tiada seorang daripada peserta demonstrasi tersebut hadir.

Protes yang tidak mendapat sambutan, yang dipercayai anjuran blogger Umno itu juga sepatutnya bermula sekitar jam 2.30 petang sejurus selesai Solat Jumaat dengan berarak daripada Masjid KLCC berhampiran Menara Berkembar Petronas, dan berakhir di Kedutaan Singapura pada 22 Jun lalu.

Blogger pro Umno 'mymassa' telah menuduh tiga diplomat Singapura mengadakan ceramah yang menggesa supaya rakyat Singapura menyertai pilihan raya umum ke-13, berdasarkan pendedahan gambar pertemuan berkenaan yang didakwa diambil di Bandaraya Singa tersebut baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang dihubungi The Malaysian Insider telah menafikan penglibatannya pihaknya dalam protes yang dirancang pada Jumaat lalu, sebaliknya menegaskan, “Perkasa tidak merancang untuk melakukan protes. Kami tidak terlibat.”

Sementara itu, Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, republik itu tidak pernah terlibat dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 hujung April lalu sebaliknya menjelaskan, tiga diplomat mereka berada di lokasi perhimpunan duduk bantah itu adalah sekadar menjadi pemerhati dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Dipetik laman Berita Harian Singapura versi online, Cyberita, ketiga-tiga diplomat yang dikatakan oleh blogger Malaysia, “mymassa” menyertai perhimpunan duduk bantah dengan memakai baju-T kuning juga adalah tidak benar.

“Ini sebahagian daripada tugas profesional diplomatik biasa. Mereka secara khusus tidak mengenakan pakaian berwarna kuning bagi mengelak disalah anggap sebagai penyokong perhimpunan itu.

“Mereka pemerhati. Mereka juga menjauhi Dataran Merdeka, yang diisytihar pihak berkuasa Malaysia sebagai kawasan larangan,” kata MFA dipetik laman tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFA itu lagi,  ada keperluan untuk meletakkan diplomatnya di Kuala Lumpur ketika perhimpunan tersebut belangsung kerana ramai rakyat negara republik berkenaan di Kuala Lumpur ingin mendapatkan nasihat.

“Malah, pegawai yang berada di kawasan itu dapat membantu Pesuruhjaya Tinggi dalam menyalurkan nasihat dan bantuan konsular dengan lebih berkesan,” ujar MFA.

13 comments:

  1. Perkasa pun mahu busy body juga, ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkasa is too free in the hands as always.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
  2. The Singapore diplomats have explain that their participation in the Bersih rally is a part of their diplomatic duties.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang,ketiga2 diplomat tu diminta untuk hentikan khidmat mereka di kedutaan Singapura di Malaysia dan diminta memohon maaf kepa kerajaan dan rakyat Malaysia.

      Delete
  3. Memang tidak ketinggalanlah Ibrahim Ali kalau perkara2 macam ni.

    ReplyDelete
  4. Perkasa kan badan bebas, jadi semua dia nak masuk campur.

    ReplyDelete
  5. Mereka bukannya menyertai perhimpunan tersebut. Tapi menjadi pemerhati untuk perhimpunan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul? Jadi kenapa Perkasa ni emo saja.

      Delete
  6. PERKASA jangan pula menjadi seperti Indonesia yang menyerang kedutaan Malaysia di Negara mereka. Jangan contohi budaya seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah ikut mcm tu.. kita bukan mcm negara Indonesia.

      Delete
  7. Apa hal la Singapura masih campur dalam isu M'sia.

    ReplyDelete
  8. kenapa juga si Ibrahim mahu masuk campur ni?? sibuk saja la orang tua ni.. itu urusan kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura la, bukan urusan antara parti politik..

    ReplyDelete
  9. silap2 situasi yang semakin baik boleh jadi bertambah2 buruk jika Perkasa terus dibiarkan membuat kenyataan provokatif terhadap negara jiran..

    ReplyDelete