Saturday 30 June 2012

POLIS KESAN TIGA SUSPEK ROMPAKAN DUA KEDAI




RAKAM.....Imej salah seorang suspek yang dirakam CCTV di premis terbabit.

By :  YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis di sini sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai merompak dua kedai serbaneka 24 jam, dalam kejadian berasingan di sini. Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata, dalam kedua-dua kejadian itu, ketiga-tiga suspek berpura-pura dengan menyamar sebagai pelanggan.

“Dalam kejadian pertama di Kedai 99, Bandar Utama, Batu 6 dekat sini, pada 23 Jun lepas kira-kira jam 3.45 pagi, ketiga-tiga suspek telah masuk ke dalam kedai terbabit dan bertindak mengacu parang kepada pekerja kedai.

“Mereka kemudian melarikan wang tunai dari kaunter serta beberapa kotak rokok pelbagai jenama,” katanya sambil menambah, ketiga-tiga suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit pekerja kedai terbabit. Anggaran kerugian lebih kurang RM3,000

Sementara dalam kejadian kedua, pada 27 Jun lepas kira-kira jam 4 pagi bertempat di Kedai 99, Bandar Indah, Batu 4 dekat sini, ketiga-tiga suspek masuk dalam kedai terbabit, serta turut mengacukan parang kepada pekerja kedai berkenaan.

Rowell berkata, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dari kaunter serta beberapa kotak rokok dan botol arak pelbagai jenama, termasuk merampas dompet dan telefon bimbit milik pekerja kedai. Anggaran kerugian lebih kurang RM3,000.

Namun demikian, Rowell mendedahkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian itu berjaya merakam imej seorang lelaki yang merupakan salah seorang suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan itu.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran ataupun pegawai penyiasat kes, Inspektor Saline Ahmad di talian 019-8646536/014-6741082. (UB)

9 comments:

  1. harap perompak2 tersebut berjaya di tahan.

    ReplyDelete
  2. Kecekapan pihak polis pasti akan dapat menyelesaikan kes rompakan ni dengan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak polis harus lebih kerja keras supaya dapat ditangkap perompok tu.

      Delete
  3. Hope that the public will be able to identify the suspect and help the police arrest this guy.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. They pose a threat to the local community if allowed to roam free, the police must track them down before they commit more robberies.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Macam mana mahu cam muka pencuri ni?

    ReplyDelete
  6. tiada gambar lagi jelas ka??? kalau ada mesti mudah dikesan.

    ReplyDelete
  7. Jangan biarkan perkara ini terus berlaku. Harap polis akan membuat pelbagai operasi bagi menyelesaikan kes Jenayah yang berlaku.

    ReplyDelete
  8. saya cadangkan setiap bangunan kedai perlu ada 2 atau 3 pengawal keselamatan yang bersenjata.. samada kedai2 di bangunan itu kecil atau besar, mereka tetap terdedah dengan risiko kecurian atau rompakan..

    ReplyDelete