Oleh : LAHIRUL LATIGU
POLITEKNIK Kota Kinabalu
yang siap dibina pada tahun 2003 itu dikatakan mengalami keretakan yang agak
kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak
bermutu.
Pemuda PAS difahamkan bahawa
Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF)
daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun apa yang menjadi tanda tanya
ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian
Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menawarkan pengajian
peringkat Diploma selama 3 tahun ini boleh 'terlepas' dan beroperasi selama
hampir 9 tahun. Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan
telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.
Daripada tinjauan yang telah
dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya.
Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku
keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang
sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius
serius.
Berikutan permasalahan
berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak
lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012. Hal ini menimbulkan
keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada
ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar
anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan
perbelanjaan yang agak tinggi.
Apa yang dikesalkan ialah,
isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan
seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa
ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian.
Pemuda PAS turut menggesa
pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah
segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan
terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut.
Pemuda PAS turut menyelar
pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas
mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak
mencerminkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Kalau tidak selamat, bangunan tu perlu diperbaiki semula hingga mencapai piawaian keselamatan yang ditetapkan. Berhubung dengan ketiadaan sijil CF, pihak berkenaan perlu bagi penjelasan.
ReplyDeletebangunan yang tidak selamat harus diperbaikim jgn risikokan nyawa pelajar.
ReplyDeleteAny unsafe buildings should be give due attention as this involves thousands of Politeknik student's safety.
ReplyDeleteHope that the authorities will inspect the building and see what can be done.
ReplyDeleteSemoga ada penyelesaian yang dapat dilakukan bagi memastikan keselamatan pelajar politeknik tersebut.
ReplyDeleteMungkin kerana pembangunan dibuat dikawasan lembap menyebabkan perkara ini berlaku.
ReplyDeleteGet a formal report to know the real status of the building safety and whether it has been awarded with OC or not.
ReplyDeletesemua bangunan tidak selamat atau hanya sebahagian saja?
ReplyDeletekerajaan patut senarai hitamkan kontraktor yang bertanggungjawab membina bangunan politeknik ini.. dan dalam masa yang sama meminta syarikat itu menanggung kos pembaikkan semula bagi mana2 bangunan yang mengalami kerosakkan..
ReplyDeletekepada pihak2 yang berkenaan .. tolong pindah kan pelajar2 politeknik ini ke tempat yang lebih selamat . pindah kan pelajar2 ini ke politeknik yang lain . kos tidak perlu kita berkir., dalam situasi sebegini , nyawa adalah lebih penting daripada wang ringgit . tq ..
ReplyDelete9/10 bangunan di Politeknik ini mengalami kerosakan dan dikhabarkan ada di antaranya yang hanya menunggu masa. Memandangkan tiada lagi pengambilan sesi Jun 2012,pelajar yang masih tinggal akan tetap terus terpaksa menggunakan bangunan-bangunan di sana dan ada juga di cawangan Telipok. Semoga tiada apa yang berlaku selama ianya masih digunakan. (pelajar politeknik semester 5 Disember 2012)
ReplyDeleteUrus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik
ReplyDeleteDalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.
Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.
Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.