Friday 29 June 2012

PRA-SEKOLAH ASAS PENTING NKRA PENDIDIKAN




OLEH : RIDZAL ABDULLAH

LAHAD DATU : Pendidikan prasekolah sesuatu yang sangat penting dan ia perlu diterapkan pada peringkat awal kanak-kanak sebelum mereka masuk ke peringkat lebih formal.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, pendidikan merupakan salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberi keutamaan oleh Kerajaan kerana kajiselidik serta tinjauan yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak swasta dan kerajaan mendapati pendidikan merupakan perkara yang amat dekat di hati rakyat.

“Harapan kerajaan ialah melihat NKRA Pendidikan ini akan berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang bagi pembangunan tenaga kerja bagi memacu ekonomi negara mencapai Model Baru Ekonomi, seterusnya mencapai Wawasan 2020 seperti yang dihasratkan,” ucap beliau sempena lawatan ke Tadika Tazkiq Al-Quran dan Sunnah Kg.Bugis,Lahad Datu,di sini baru-baru ini.



“Pendidikan merupakan harta paling berharga peninggalan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Maka saya menyeru kepada golongan ibu bapa agar tidak memandang enteng aspek pendidikan dan berlengah untuk menghantar anak-anak ke pra-sekolah atau tadika kerana ia sangatlah penting,” katanya.

Dalam lawatan singkat tersebut, Datu Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15,000 bagi membaik pulih struktur bangunan tadika tersebut.

Pengetua tadika, Fatmawati Yulis menyifatkan pemberian peruntukan ini amat bermakna bukan kerana nilainya yang besar tetapi adalah menunjukkan keprihatinan seorang pemimpin kepada keperluan rakyat.

“Kami amat gembira dan terharu kerana beliau (Datu Nasrun) sudi melawat tadika ini dan menghulurkan bantuan yang kami tidak sangkakan, tiada kata dapat gambarkan perasaan kami seluruh penduduk kampung. Hanya ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana sentiasa mendengar keluh kesah rakyat di sini,” katanya.

Turut mengiringi lawatan Datu Nasrun, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Aljen Johnny; Pegawai Pembangunan Masyarakat, Amat Paduka Kawoh; Penyelia Masyarakat, Saidin Seperudin dan Pegawai-pegawai Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat(UPKR) Lahad Datu.

12 comments:

  1. anak2 harus kita didik lagi peringkat awal lagi, samada dari tadika atau prasekolah.

    ReplyDelete
  2. pendidikan amat penting dalam melahirkan generasi berilmu.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah mendengar ibu bapa berkata, "kami tiada harta. hanya menyekolahkan kamu yang mampu kami berikan". besar maksud tersiratnya.

    ReplyDelete
  4. Pendidikan sebenarnya salah satu juga bentuk pelaburan. setuju??

    ReplyDelete
  5. Pre-school education is indeed important to set a foundation for the building blocks of future education. Integration between parents and teachers are needed to guide the children in their early learning abilities.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. It's good to know that the government gives attention to early education through the NKRA program. Hope that the studies made on the subject will make improvement on the current education system for the country's future.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Pre-education is beginning of all of us, so I think that is important.

    ReplyDelete
  8. Itulah peribahasa orang dulu-dulu lentur buluh biar dari rebungnya. Maka begitu jugalah untuk kita mendidik generasi kita. Didiklah dari kecil.

    ReplyDelete
  9. Betul..Didiklah dari mula kerana ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih berguna.

    ReplyDelete
  10. wahh.. ramai pula pemimpin2 yang perihatin terhadap warga sekolah sekarang ni..

    ReplyDelete
  11. lagi bagus jika wakil2 rakyat dan pemimpin2 kerajaan dapat turun ke kawasan2 pedalaman untuk mengenalpasti mana2 sekolah yang mana keadaan prasarana pendidikannya serba serbi kekurangan..

    ReplyDelete