Friday, 22 June 2012

RAFIZI LETAK JAWATAN C.E.O




Oleh : AIDILA RAZAK

PENGARAH Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat. Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor, "tiada sebarang dimensi politik".

"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.

"Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.

Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan".

Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.

Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandanga bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.

Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap perletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. (MKINI)

11 comments:

  1. biarlah dia letak jawatan, dia nak berehat kunun.

    ReplyDelete
  2. Nobody forces him to resign. Why bother?

    ReplyDelete
  3. Baguslah..berundur sebelum diundurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucu. ya betul. sebelum diundurkan lebih berundur sendiri. kurang sikit malu.

      Delete
  4. Betulkah Rafizi meletak jawatan. Pasti ada sebab lain ini kenapa perkara ini berlaku. Tidakkan Rafizi takut disiasat oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena juga pemimpin pembangkang ni. dulu, sibuk2 dengan isu NFC,pertunangan anak perempuan Najib. sekarang kena diri sendiri.

      Delete
  5. Nampaknya rafizi ada racangan lain mungkin dan sebab itulah dia meletak jawatan. Jika meletak jawatan sebagai CEO maka rafizi mahu mendapat duit dari mana selepas ini.

    ReplyDelete
  6. Bagus la tu. semua pun tidak menjadi.

    ReplyDelete
  7. perlu berehat?? tua sangat sudah ka dia ni?

    ReplyDelete
  8. mengumumkan untuk meletak jawatan ketika umur masih muda memang sangat2 meragukan.. saya rasa memang ada sesuatu yang tidak kena dengan PKR..

    ReplyDelete
  9. https://play.google.com/store/apps/developer?id=Google+Inc.&hl=ms

    ReplyDelete