Friday 29 June 2012

RCI AKAN BAWA NASIB 'MALANG' KEPADA SABAH?




Oleh : NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI

BERITA BAIK bagi orang Sabah apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI pada 1 Jun 2012 bagi menangani masalah pendatang tanpa izin diberikan hak kerakyatan di negeri ini.

Diharapkan masalah ini akan dapat diselesaikan sebelum pilihan raya dijalankan kerana isu ini sangat berkait rapat dengan pilihan raya akan datang. Diramalkan sebanyak 500,000 orang pendatang asing di Sabah tetapi sesetengah pihak menjangkakan hampir separuh penduduk Sabah adalah terdiri daripada pendatang tampa izin atau atau keturunan pendatang haram.

Jika RCI yang ditubuhkan mendapati isu pendatang tanpa izin ini wujud dan telah diberikan hak kerakyatan Malaysia, apakah implikasinya terhadap orang Sabah? Pendatang asing yang mendapat warganegara sonsang dan keturunan pendatang asing generasi pertama dan malah ada kemungkinan telah mencapai generasi ke tiga kerana isu ini telah berlarutan sekian lama.

Perbincangan di kedai kopi dan kawasan tumpuan umum di Sabah sangat jelas melihatkan kemarahan rakyat tempatan Sabah terhadap isu ini. Jika dilihat melalui laman sosial seperti FB, Twitter dan Blog-blog anti dan pro kerajaan, lebih jelas berlaku sehingga perkataan cacian melampau dan ugutan diungkapkan.

Mereka di alam maya yang marah bukan sahaja dari rakyat jati Sabah tetapi juga diluahkan daripada mereka yang berasal dari Semenanjung Malaysia kerana fenomena yang sama telah mula menular ke sana.

Jika kita lihat dan halusi dua keadaan ini, berlakunya secara tidak rasmi kewujudan kumpulan 'berhaluan kanan' yang marah dan membenci kepada pemerintah sekarang ini (BN).

Manakala pendatang tanpa izinyang diberi kerakyatan songsang dan keturunannya lebih banyak berdiam diri dan tidak cuba menimbulkan atau cuba berbincangkan secara terbuka hal ini dengan penduduk jati Sabah.

JIikalau RCI mengambil keputusan bahawa pendatang asing yang telah diberi kewarnegaraan akan ditarik balik; saya yakin Sabah akan menjadi 'negeri yang malang' sekali.

Pendatang asing ini mengambil kesempatan menjadi warganegara Malaysia kerana adanya kesempatan yang ditawarkan oleh 'Pengkhianat Negara'. Harta pendapatan semua atas nama warganagera sonsang ini yang mana mereka usahakan secara bersusah payah terpaksa dijual atau dirampas oleh kerajaan.

Begitu juga generasi pendatang asing ini yang telah mengumpul harta dan kedudukan beberapa dekad. Kemarahan dan ketidakpuasan tahap 'Dewa' pasti berlaku. Suatu masa dulu kumpulan ini hanya berdiam diri dan bersikap pasif secara tidak langsung boleh mewujudkan  kumpulan baru yang 'berhaluan kanan' yang menentang usaha kerajaan Malaysia ini.

Sama halnya juga jika RCI yang ditubuhkan mengambil keputusan bahawa pendatang tampa izin dan keturunannya dikekalkan sebagai warganegara Malaysia, saya yakin Sabah akan menjadi 'negeri yang malang' sekali.

Perasaan rakyat jati Sabah yang selama ini dipendam akan berkemungkinan akan meletup dan penubuhan 'Kumpulan Berhaluan Kanan' akan menjadi kenyataan.

Ada ungkapan mengatakan “kadang- kadang kita menang dan kadang-kadang kita kalah,” yang pasti hari ini kita 'kalah'. Apa pun kata putus dari RCI nanti terhadap kerakyatan songsang di Sabah ini, pasti membawa 'nasib malang' bagi Rakyat Sabah.

Untuk mengurangkan ketegangan ini kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi golongan 'berhaluan kanan' ini dan seterusnya menghapuskan perasaan marah daripada semua pihak.

Jika pendatang tanpa izin yang diberikan kewarganegaraan setaraf dengan Bumiputera Sabah, maka akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Bumiputera dan Suku kaum Cina di Sabah khasnya dan penduduk jati Malaysia amnya.

Pendatang asing yang baru mendapat warganegara ini melebihi taraf suku kaum Cina yang telah lebih seratus tahun menetap dan membantu membangunkan Malaysia. Tidak dinafikan juga golongan pendatang tanpa izin banyak membantu dalam membangunkan Negeri Sabah.

Jikalau kerajaan masih ingin mengekalkan taraf Bumiputera, generasi baru sampai ini harus diberi satu taraf yang parasnya tidak melebihi taraf kewargenagaraan suku kaum Cina dan India.

Jalan yang paling mudah bagi semua pihak adalah mengaplikasikan prinsip yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat, 'Negara Kebajikan'. Konsep ini membantu pihak yang dalam kesusahan mendapat bantuan daripada pihak berwajib tanpa melihat suku kaum dan agamanya.

Tidak seperti konsep 1Malaysia dilaungkan sekarang ini, yang masih berat sebelah terhadap kaum Melayu dan Bumiputera sahaja, seolah suku kaum Cina dan India itu sentiasa kaya raya dan tidak pernah susah.

Untuk maklumat rakyat Malaysia, Bangsa yang terawal menduduki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah adalah Orang Asli dan peribumi Sarawak dan Sabah dan diikuti oleh bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India.


31 comments:

  1. RCI adalah penting dan jalan penyelesaikan bagi masalah2 PATI di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesetengah pihak yang takut jika RCI ditubuhkan di sabah..sebab itulah mereka cuba memanipulasi dan memutarbelitkan kedudukan RCI..

      Delete
    2. RCI pasti akan di tubuhkan...

      Delete
    3. RCI mungkin berjaya mencari kesan kes projek ic?

      Delete
  2. jadi RCI perlu ditubuhkan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ToR sedang diperhalusi dan kini berada di peringkat terakhir untuk ditubuhkan.

      Delete
    2. I wonder how long does it takes for TOR to finally be done. Till now its still in the final stage of drafting.

      Delete
  3. Bagi yang tiada kewarganegaraan tu, janganlah pula keluarkan KP khas untuk mereka. itupun lagi memburukkan keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..KP khas yang dicadangkan oleh ghafur salleh hanya akan mengundang lebih ramai pati ke sabah...cadangan beliau tidak perlu dipertimbangkan dan harus diketepikan..

      Delete
  4. Pemegang IMM13 juga perlu diselesaikan. sampai bila mereka terus menetap di Sabah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemegang IMM13 juga merupakan beban kepada kerajaan dan negeri sabah...mereka ini harus dihantar pulang dengan kadar segera..

      Delete
  5. Belum lagi RCI ditubuhkan sudah ada pihak membuat andaian bahawa RCI akan bawa nasib malang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We will never know unless we tried, give RCI a chance.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  6. RCI is needed by Sabahans to resolve the illegal immigrants and Project IC problems.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Kata2 kan satu doa juga. Kenapa doakan yang buruk untuk RCI walaupun ia belum dilaksanakan?

    ReplyDelete
  8. RCI akan bawa berkat kepada rakyat tulen sabah dan bencana kepada PATI/PATAI dan dalang2 projek IC..

    ReplyDelete
  9. perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum PRU akan datang.

    ReplyDelete
  10. sememangnya, isu PTI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah

    ReplyDelete
  11. lagipun, penubuhan RCI ini adalah permintaan dari rakyat Sabah sendiri

    ReplyDelete
  12. RCI tidak akan mempunyai nilai yang lebih jika ianya diumumkan selepas pilihanraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI harus dikemukakan walaupun selepas PRU. Mereka yang terlibat dalam projek ic dan isu pati harus dikenakan tindakan undang-undang.

      Delete
  13. apa yang nyata, ia mesti dilakukan pada tahun ini kalau boleh sebelum PRU13

    ReplyDelete
  14. Wait for the TOR from Najib.

    ReplyDelete
  15. Investigate NRD & imigresion. There are all may be high chance involve.

    ReplyDelete
  16. Mudah sahaja ditubuhkan, yang penting panel yang menjalankan tanggung jawab harus juga amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOR harus disegerakan, laksanakan RCI dengan tegas.

      Delete
  17. RCI harus dilaksanakan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  18. Tidaklah..RCI ini yang akan membawa nasib yang baik kepada Sabah. Kerana jika RCI berjaya pasti penduduk Sabah akan terus menyokong kerajaan.

    ReplyDelete
  19. bagaimana pula dengan rakyat tempatan yang membawa mereka masuk ke negeri ini, memberikan mereka tempat tinggal, menyediakan pekerjaan untuk mereka, memberikan kemudahan seperti lot kedai untuk mereka berniaga, membantu mereka mendapatkan IC dan membantu anak2 mereka yang beru lahir untuk mendapatkan sijil lahir dan sebagainya..

    ReplyDelete
  20. kadang2 semua ini berpunca dari rakyat tempatan juga.. tidak mahu melakukan kerja2 berat yang dilakukan oleh PATI sedangkan kemahiran dan kepakaran untuk mendapatkan kerja yang lebih baik tidak ada langsung..

    ReplyDelete