KENINGAU: Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke
belakang untuk menilai rekod lampau Ketua Pembangkang yang menurutnya melakukan
pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.
Beliau berkata Ketua Pembangkang
mendakwa bahawa 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke
parti pembangkang pada tarikh itu, sekaligus mengambil alih kerajaan
Persekutuan.
“Pada masa itu satu negara
dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia.
Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat…jangan kita mudah lupa
sejarah ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan
Sabah yang berharga RM30 juta di sini, kelmarin.
Najib berkata para pemimpin
pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur
pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.
“Kita (BN) tidak menjanjikan
lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi
nyata yang kita boleh tunaikan.
“Saya percaya orang Sabah
bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai
pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja…jangan lupa menoleh ke
belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang
tetapi juga waktu dia berkuasa,” katanya.
Najib berkata ketua
pembangkang kini melemparkan “bermacam-macam tuduhan” terhadap kerajaan BN
“tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997”.
“Siapa Menteri Kewanganan
waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa
yang memotong peruntukan pembangunan…saya tahu siapa yang menyerahkan
kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam Kabinet pada waktu
itu.
“Nasib baik Perdana Menteri
(Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan
kedaulatan kita kepada IMF.
“Kita ada kemampuan, kita
ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri
dan kita pulihkan ekonomi negara kita…jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya
menjadi renungan kita,” katanya.
Anwar mau mengulangi pembohongan besarnya..
ReplyDeletePembangkang jangan hanya janji terang bulan saja pada rakyat.
ReplyDeletejgnlah mudah percaya pada pembohongan pembangkang.
ReplyDeleteOpposition really good in condemning others without realizing their own flaws.
ReplyDeleteTercapaikah Angan-angan Anwar menjadi PM malaysia akan datang. Ini terhalang apabila Anwar dibuang daripada Kerajaan BN kerana mempunyai masalah peribadi.
ReplyDeleteAnwar tidak mungkin akan jadi PM. TIBAI
DeletePembangkang hanya berjanji untuk pancing undi rakyat
ReplyDeleteAnwar layak diberikan gelaran Mr. Nafi.. setiap kali dia melakukan kesalahan atau pembohongan, dia akan nafi 24 jam..
ReplyDeletemasa PRU12, dia cakap 30 anggota parlimen BN akan menyertai Pakatan.. kini, dia ulang lagi strategi sama kononnya 6 pemimpin BN akan menyertai Pakatan..
ReplyDeletePrime Minister Najib Tun Razak on Saturday called on the people to look back and evaluate the track record of Opposition Leader Anwar Ibrahim, who had made a big lie to the people on Sept 16, 2008.
ReplyDeleteHe said that on that day, Anwar claimed that 30 Barisan Nasional (BN) parliamentary members would defect to the opposition parties, hence making possible for Pakatan Rakyat to take over the federal government.
ReplyDeleteNajib said the opposition leaders, including their chief, came to Sabah, especially with the approaching general election, to make promises to win the people's support.
ReplyDelete"BN does not promise the sea and sky, but promises which can be fulfilled," he added.
ReplyDeleteHe believed that the Sabah people were wise enough to differentiate between glass and crystal.
ReplyDeleteNajib recalled the 1997 financial crisis when Anwar was then the Finance Minister and supported the International Monetary Fund.
ReplyDelete