BINCANG…Datuk
Juslie dengan rombongannya sedang berbincang kepada media mengenai masalah
pencerobohan tanah perkuburan tersebut.
OLEH SHAIMON S JUMADI
TANAH Perkuburan Islam yang
terletak di Kampung Tanjung Pisau yang ditinggalkan lebih 40 tahun lalu oleh
para pewarisnya ekoran penghijrahan ke tempat lain sehingga tidak terurus telah
diceroboh oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan mungkin ada
kepentingan masing-masing sehingga tergamak membongkar semua kuburan untuk
mengambil sisa-sisa tulang simati.
Perbuatan sebegini rupa
bukan saja menjadi kemarahan di kalangan pewaris tersebut tetapi akan dilaknati
Allah kerana menganiaya orang yang sudah meninggal dunia.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Hj Juslie Ajirul berkata demikian kepada media sejurus selepas lawatannya ke Tanah Perkuburan Islam
Kampung Tanjung Pisau baru-baru ini.
Katanya, perbuatan menggali
kuburan keluarga mereka tanpa pengetahuan dan tanpa meminta izin terlebih
dahulu daripada pewaris terdekat amat mengecewakan. Seandainya masyarakat Islam
yang melakukan kerja yang tidak diredhai Allah ini nescaya mereka akan menerima
pelbagai bala dan balasan yang setimpal bukan sahaja di akhirat; kemudian
tetapi azabnya mereka akan terima semasa hidup mereka dunia ini.
Apapun kata Juslie pihaknya
akan menghubungi pihak tertentu untuk mengadakan penyiasatan dengan terperinci mengenai
pencabulan dan pencerobohan tanah-tanah perkuburan tersebut. Biarlah
undang-undang yang menghukum mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti
terkutuk itu.
PERIKSA…Juslie
sedang memeriksa sebahagian kuburan yang sudah terhakis kerana dikorek untuk
mengambil tulang-tulang tersebut
Bercakap mengenai situasi Kampung
Tanjung Pisau yang berpontensi jika dimajukan sebagai pusat destinasi
pelancongan dan taman rekreasi kerana dari segi alam sekitar flora dan Fiona
masih suci belum dinodai oleh sesiapapun.
"Saya akan berbincang
dengan kerajaan negeri khususnya Kementerian Pelancongan untuk mengemukakan cadangan
agar Kampung tersebut agar dapat dimajukan sebagai pusat pelancongan untuk
menjana pendapatan ekonomi dan memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat,” tegasnya.
hal ini patut disiasat, buat pa jg mereka gali kuburan trsbut.
ReplyDeleteKadang2 ada juga orang yang menanam bersama barang berharga bila mengebumikan si mati. ada kemungkinan juga mereka gali kubur untuk cari barang berharga.
ReplyDeleteCari barang berharga dan buat pemujaan
DeleteKalau berpotensi tu pasti akan jadi tempat pelancongan suatu hari nanti.
ReplyDeleteHopefully the authorities will make investigation on these tomb raiders who dug up the graves and stolen the bones.
ReplyDeleteI cannot imagine what they want the bones for, maybe it is like what Ryanna said, they wanted the valuable items in the graves.
ReplyDeleteMengenai perkara ini rasanya perlu disiasat juga ini. Siapakah yang melakukan perkara ini.
ReplyDeleteReport polis dan biar polis siasat
Deletekenapa juga mahu gali kubur ni? buat la kerja yang berfaedah dan halal.. nanti kena pada diri sendiri baru tau..
ReplyDelete