Wednesday 27 June 2012

SIAPA PATUT SELENGGARA JALAN DI RANAU?




BERLUBANG…Taufick menunjukkan sebatang jalan menuju ke Jalan Kompleks Sukan Ranau yang berlubang tanpa diselenggarakan sejak sekian lama.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KURANGNYA tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau menyelenggarakan kerosakan beberapa batang jalan raya di Ranau sejak sekian lama telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna setempat.

Kerosakan jalan raya di kawasan Ranau dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil perhatian oleh mana-mana pihak, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ranau dan Ahli Parlimen Kinabalu bakal mengundang bahaya kepada para pengguna lainnya, terutamnya di waktu malam.

Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR), Taufick Rushi berkata demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin.

“Sepanjang saya berada di Daerah Ranau selama tiga hari atas tugas-tugas rasmi, saya mendapati daripada jalan utama sehingga jalan masuk menuju ke kampung-kampung kelihatan berlubang di sana sini dan boleh menyumbang kecelakaan kepada para pengguna kerana kemungkinan berlakunya kemalangan yang mengerikan” ujarnya.

“Di mana silapnya dan siapa yang harus dipersalahkan? Adakah JKR atau Wakil-Wakil Rakyatnya yang langsung tidak mahu mempedulikannya. Mungkin mereka menunggu ada orang yang mati kemalangan, barulah jalan-jalan tersebut diselenggarakan,” tegasnya.

Taufick turut membidas para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang kerap membohongi rakyat dengan menabur janji kosong kononnya kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan cekap, bersih dan amanah; tetapi kerosakan jalan-jalan raya yang merupakan penghubung utama rakyat untuk ke satu-satu destinasi langsung tidak diambil peduli.

Ketika ditanya berhubung isu 70,000 pemilik teksi yang sudahpun menerima subsidi untuk membeli 4 biji tayar, kata Taufick; taktik tersebut adalah mainan politik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menambat hati rakyat, khususnya kepada para pemilik teksi supaya menyokong perjuangan UMNO-BN pada PRU 13 kelak.

Taufick menambah para pemimpn UMNO cukup licik untuk menawan hati rakyat kerana sejak akhir-akhir ini bermacam-macam bantuan dihulurkan termasuk subsidi tayar dan bantuan 1 Azam; malah kini ada bantuan yang disebut sebagai Bantuan Sentuhan Kasih tetapi hanya kroni-kroni ADUN sahaja; manakala rakyat biasa hanya gigit jari.

46 comments:

  1. jgn itu haruslah diselenggara, jln mcm tu membahayakan pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ranau has lots of dilapidated roads, please rectify the problem.

      Delete
    2. Ya betul tu. Jangan tunggu sampai kemalangan jiwa berlaku baru kelam kabut buat kerja. Pastikan hal ini dapat perhatian sewajarnya.

      Delete
    3. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang wajar. Ini membahayakan penduduk sekeliling.

      Delete
  2. harap jalan itu akan diselenggara segera.

    ReplyDelete
  3. The authority needs to be more proactive. Are you waiting for complaints then only want to do the work?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The contractors should start their works asap!

      Delete
    2. The relevant authorities need to take action immediately upon knowing the complaints.

      Delete
  4. Kenapa PKR tidak baiki saja jalan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab PKR hanya tahu cakap saja. Mana dapat buat apa-apa pun. Dorang ingat hanya guna air liur semuanya selesai. huhu

      Delete
  5. ya, pasti penduduk akan lebih hargai kalau PKR tidak komplen2 tapi terus perbaiki jalan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont think PKR will have so many allocations to build those roads.

      Delete
  6. Wakil rakyat tu kenalah peka dengan masalah rakyat.jangan sampai pembangkang kesan pula yang kesan masalah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya wakil rakyat peka dengan masalah rakyat. Ia adalah tanggungjawab seorang wakil rakyat. Rakyat tentu tidak akan memberi sokongan kepada BN/UMNO kalau wakil rakyat tidak membuat kerja mereka.

      Delete
    2. WR harus turun padang dan memastikan kemudahan adalah dalam keadaan yang baik dan selamat.

      Delete
  7. PKR is only great in lip service.

    ReplyDelete
  8. Kalau hanya tahu cari kesalahan saja, apa bezanya dengan tak buat kerja???

    ReplyDelete
  9. Betul2 lah pembangkang ni hanya tahu bercakap saja oo... Hairan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang hanya mampu untuk highlight isu-isu sahaja.

      Delete
    2. bagus lah, pembangkang berfungsi untuk memastikan kerajaan membuat kerja.

      Delete
    3. Pembangkang hanya tau buat isu sahaja, pandai cakap sahaja. cuba mereka yang buat, langsung tiada pengerakan kali.

      Delete
    4. Saya membaca blog ini pada tahun 2017. Maka sejak dari blog ini, tahun 2012, jalan jalan di Ranau masih belum diselanggara dgn baik. Saya melihat masih lagi ADUN dan ahli parlimen orang yang sama. Bukan mau menuduh jari cuma mau penjelasan tentang isu ini

      Delete
    5. Saya membaca blog ini pada tahun 2017. Maka sejak dari blog ini, tahun 2012, jalan jalan di Ranau masih belum diselanggara dgn baik. Saya melihat masih lagi ADUN dan ahli parlimen orang yang sama. Bukan mau menuduh jari cuma mau penjelasan tentang isu ini

      Delete
    6. Saya membaca blog ini pada tahun 2017. Maka sejak dari blog ini, tahun 2012, jalan jalan di Ranau masih belum diselanggara dgn baik. Saya melihat masih lagi ADUN dan ahli parlimen orang yang sama. Bukan mau menuduh jari cuma mau penjelasan tentang isu ini

      Delete
  10. Tapi since masalah ni dah diutarakan, wakil rakyat di kawsaan berkenaan patut tahu apa yang harus dilakukan. Bertindak segera supaya rakyat tahu pembangkang hanya bercakap dan yang akan selesaikan maslaah ialah umnobn/gov juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakil rakyat kenalah bertindak segera.

      Delete
  11. before accidents happen, its best for the government to upgrade or fix the road.

    ReplyDelete
  12. Aduan harus diambil langkah yang wajar untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  13. Sebelum insiden yang buruk terjadi, harus juga mengambil langkah pencegahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. langkah pencegahan harus diambil agar tidak merisikokan nyawa.

      Delete
  14. Namun begitu, wakil rakyat di kawasan berkenaan harus segera bertindak untuk keselamatan penduduk.

    ReplyDelete
  15. Keadaan jalan raya harus dalam keadaan yang selamat untuk pengguna.

    ReplyDelete
  16. WR harus turun padang dan melihat keadaan dan cuba mengambil langkah yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tindakan penyelesaian harus dibuat untuk atasi masalah tersebut.

      Delete
  17. Jangan menunggu sehingga berlakunya kemalangan baru sedar kepentingan membaiki jalan tersebut.

    ReplyDelete
  18. Bahaya juga jika digunakan masa waktu malam.

    ReplyDelete
  19. masalah jalan raya menjadi agenda utama kerajaan, pasti akan memperbaiki jalan2 yang rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah jika pihak kerajaan komited untuk selesaikan masalah jalan yang berlaku.

      Delete
  20. Cuba PKR sedekah sendiri untuk membaiki jalan itu.

    ReplyDelete
  21. Haha Bah PRK betul tu kata Hamdan itu. Asyik-asyik mendengar aduan saja bagus PKR sedekah sedikit duit untuk menyelesaikan masalah sebegini. Jadi nampak juga hasilnya.

    ReplyDelete
  22. pihak yang berkaitan harus melakukan apa yang patut berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  23. mana-mana jalan yang rosak harus diperbaiki.

    ReplyDelete
  24. kerosakkan jalanraya ni berlaku setiap hari.. tidak ada jalan yang hanya sekali dibina dan mampu bertahan berjuta2 tahun.. kalau pun Pakatan berjaya merampas kerajaan, tidak semua jalan2 yang rosak ini mampu dibaiki secara serentak dan secepat mungkin..

    ReplyDelete
  25. kerajaan bukan mengabaikan atau enggan membaiki jalan itu.. cuma masalahnya peruntukkan yang ada tidak memungkinkan masalah2 kerosakan jalan di negeri ini dapat dibaiki secara serentak.. kenapa PKR tidak laporkan juga jalan2 yang sedang dibaiki oleh kerajaan sekarang ini??

    ReplyDelete