Tuesday 26 June 2012

SPR LAPOR POLIS PENGUNDI DUA KALI




KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini membuat laporan polis terhadap Zulkifli Ismail yang mendakwa telah mengundi dua kali pada pilihan raya umum (PRU) tahun 1980an di dua pusat pengundian.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang membuat laporan itu berkata Zukifli turut mendakwa dan menuduh dalam, akhbar PAS, Harakah, bahawa suruhanjaya itu menipu apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi, serta membuat beberapa tuduhan lain yang memfitnah SPR.

“Ia (laporan itu) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR,” kata Kamaruddin dalam satu kenyataan di sini.

Harakah, keluaran 11-14 Jun 2012 menyiarkan dakwaan Zulkifli itu.

Beliau mendakwa bahawa beliau pernah mengundi dua kali pada PRU tahun 80an di dua pusat pengundian, iaitu di Dewan Undangan Negeri Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang.

Zulkifli juga mendakwa pada PRU 2004, SPR melakukan penipuan apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi, dan pada PRU 2008, tiga rakannya tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain.

Beliau juga mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain tetapi menggunakan gambar orang yang akan mengundi, serta mendakwa SPR menggunakan nama pengundi yang dikenalpasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi.

Zulkifli juga turut mendakwa bahawa melalui sumber maklumat yang diperolehinya MyKad palsu dibuat di sebuah kilang di Klang, manakala “cip” dalam MyKad adalah dari negara China. (Bernama)

11 comments:

  1. China ni adalah 'Boleh Land' yang sebenar. Macam-macam isu pasal pengundi hantu ni. Mampukah SPR menangani masalah ini sebelum PRU13?

    ReplyDelete
  2. What happened during the 1980 general elections is still being focused on? Move on, people. We should focus on the next general elections.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. The GE13 is slowly creeping up on us, but politicians are playing on past events?

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Baru sekarang ada pendedahan??

    ReplyDelete
  5. Pastikan PRU kali ni benar2 bersih dan adil. pihak SPR dan JPN perlu bekerjasama dalam membersihkan senarai daftar pengundi.

    ReplyDelete
  6. siasat perkra ini dgn teliti.

    ReplyDelete
  7. SPR kena pastikan piliharaya benar2 bersih. jgn ada lagi perkara mcm ini.

    ReplyDelete
  8. Kita sendiri pun tidak tahu akan perkara ini. SPR perlu menyiasat mengenai perkara sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab SPR untuk menyelesaikan masalah tu

      Delete
  9. Pengundi hantu memang merosakan undi.

    ReplyDelete
  10. sepatutnya zulkifli yang lapor polis.. kenapa SPR pula yang buat laporan??

    ReplyDelete