Wednesday 27 June 2012

WARGA CHINA DIDENDA RM900 RIBU




DENDA ... Tertuduh Wen Dong Wu (dua kiri) dibawa oleh pegawai-pegawai Kastam selepas dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Turut kelihatan Ahmad (dua kanan).

KENINGAU: Seorang lelaki warga negara China berbangsa Teowcho dijatuhi hukuman denda sebanyak RM900, 000 atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki parabola tanpa dokumen import sah.

Tertuduh Wen Dong Wu, 31, berasal dari Guangdong China mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Menurut fakta kes yang dibacakan kepada tertuduh oleh seorang jurubahasa oleh Pegawai Kastam, Pik Ensuan Cham, bahawa pada 14 Jun tahun ini lebih kurang jam 2.30 petang, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Keningau diketuai oleh Winston ak Patrick telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tempat penyimpanan bunga Yeo Nursery, Kampung Mottou, Jalan Masak Keningau.

Hasil pemeriksaan pasukan ini telah berjaya menjumpai 106 set parabola. Pemilik kesemua parabola tersebut, tertuduh Wen Dong Wu dan barang bukti dibawa ke pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Keningau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sebanyak 106 set parabola (termasuk parabola dish ukuran lilit 1.5 meter, digital satellite receiver model k49A jenama DUNALS dan parabola antenna reflector C-Band Dual Polarization LNBF model PM-900 jenama PUSMART) dijumpai.

Siasatan mendapati kesemua parabola tersebut tiada dokumen import, ini bererti adalah barang larangan dan tidak berkastam yang tergolong di bawah butiran 23 dan 24, Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

Eksibit parabola dish, satellite receiver dan parabola antenna reflector diperjeniskan di bawah kepala dan sub kepala 8529.10.110 yang menarik kadar duti input 50 peratus dan jualan 10 peratus serta 8529.90.100 dan 8529.10.190 yang menarik kadar duti import 5 peratus dan cukai jualan 10 peratus di bawah Perintah Duti Kastam 1998.

Nilai eksibit RM84,800 melibatkan duti kastam RM39,379 gagal dibuktikan telah dibayar oleh tertuduh kepada kerajaan. Dengan demikian, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta kastam 1967 kerana dengan disedari memiliki barang-barang larangan. Dengan itu tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) Akta yang sama.

Akta ini memperuntukkan hukuman denda jika sabit kesalahan. Kesalahan pertama denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang iaitu RM848,000 dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang iaitu RM1.7 juta atau dipenjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya sementara set parabola dilucut hak kepada kerajaan.

Penolong Kanan Pengarah kastam Sabah, Ahmad Samad dan Penguasa Kastam Sabah, Janet S. Linggu bertindak sebagai Pegawai Pendakwa sementara tertuduh tidak diwakili.

Tertuduh yang gagal membayar denda telah dihantar ke penjara Kepayan.

12 comments:

  1. Mungkin kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak perlu dipertimbangkan untuk menggunakan parabola.

    ReplyDelete
  2. Macam mana warga China ini dapat melakukan kegiatan haramnya? Adakah dia dibantu oleh orang tempatan sendiri? Bukan alang-alang lagi sampai 106 set parabola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan lah dibantu oleh orang tempat. mustahillah barang yang sebanyak ni tidak dapat dikesan waktu dibawa masuk.

      Delete
  3. We support Datuk Yee Moh Chai's fight for legalizing the Parabolic satellite dish!

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Sabahans and Sarawakians deserves to gain access to information, we hope the Parabolic satellite will be legalized.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. penggunaan perabola seharusnya dibenarkan.

    ReplyDelete
  6. tapi penggunaanya perlulah didaftarkan, bukan secara haram.

    ReplyDelete
  7. Kenapa PARABOLA mula diharamkan? Perlu ada penjelasan. Kalau kerana tidak ada dokumen Sah itu mungkin tidak dapat diterima juga. Mungkin ada sebab lain ini berlaku.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan patut benarkan rakyat menggunakan parabola, terutamanya mereka yang sukar mendapat siaran TV.

    ReplyDelete
  9. kalaupun ada menteri di negeri ini yang menyokong penggunaan parabola, ia bukanlah jaminan bahawa alatan ini boleh sewenangnya digunakan atau dibawa masuk ke negeri ini.. tunggu saja la sehingga alatan ini benar2 dilulukan penggunaannya..

    ReplyDelete
  10. saya juga menyokong penggunaan parabola di negeri ini.. tapi saya tidak menyokong aktiviti penyeludupan apa jua jenis barang ke negeri ini..

    ReplyDelete