Saudara Pengarang,
TINDAKAN UMNO menubuhkan
Jawatankuasa Khas Elak Sabotaj Parti ini merupakan satu langkah yang paling
baik dan dengan sendirinya mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan semua
pihak, termasuk ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).
Memang langkah ini cukup
bijak kerana dengan adanya jawatankuasa seumpama itu akan mengekang ahli-ahli
UMNO mensabotaj parti semasa pilihanraya umum kerana sudah pastinya ada ADUN dan
Ahli Parlimen UMNO yang bakal tersingkir kerana prestasi buruk atau skandal seks,
rasuah dan salahguna kuasa yang belum dilepaskan.
Lumrahnya yang tersingkir atau
tidak dicalonkan semula akan merajuk dan berkecil hati, lantas mereka akan
melakukan sabotaj termasuk menaja atau turun sebagai calon bebas untuk
menentang calon Barisan Nasional (BN).
Senario mensabotaj parti sudah
menjadi seperti 'PESTA ANGPAU' di Sabah dan telah berlaku pada setiap
pilihanraya umum terutama PRU 12 yang lalu (2008) seperti yang diakui sendiri
oleh Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong kepada
Wartawan Kanan Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
LDP Tanjung Papat dan Elopura baru-baru ini.
Menurut V.K.Liew, senario
ini pernah berlaku apabila mantan ADUN Merotai Tan Sri Liew Yun Fatt tidak
dipilih semula untuk bertanding di kawasan Merotai maka lantaran merajuk dan
marah lantas bertindak meletakan seorang anggota atau ahli daripada LDP
bertanding untuk menentang calon BN.
Disebabkan pucuk pimpinan
LDP mengetahui siapa dalangnya, kemudian kedua-dua orang yang terbabit dalam kegiatan
mensabotaj parti itu yang dianggap bukan saja membelot kepada LDP, bahkan
sekaligus menderhaka kepada Barisan Nasional (BN).
Sabahkini.Net memang
sentiasa mengikuti perkembangan dan senario politik Sabah yang kini sedang
bergolak di mana-mana parti politik, termasuk parti komponen BN/UMNO dan
Pakatan Rakyat.
Beberapa isu yang kini
sedang hangat dipertikaikan kerana awal-awal lagi UMNO menerusi Jawatankuasa
Khas Elak Sabotaj Parti telah memberi amaran keras kepada keseluruhan ahli UMNO
bahawa sesiapa yang telah didapati terlibat
mensabotaj parti mereka, akan disingkir serta merta daripada menjadi
ahli UMNO.
Sabahkini.Net akan
menyelongar dan membongkar serba sedikit isu yang menjadi tandatanya kepada
seluruh rakyat di Sabah khususnya kepada ahli komponen parti BN.
Persoalannya, kenapa Datuk
Hj Lajim Hj Okin yang keluar dari BN bukan sahaja meletakan jawatannya sebagai
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan; bahkah Ketua
Cawangan, Ketua Bahagian UMNO, Pengerusi
Perhubungan Barisan Nasional (BN) Beaufort, namun masih kekal sebagai ahli UMNO
sehingga diberi surat tunjuk sebab, tetapi masih belum ada sebarang pemecatan
dilakukan UMNO.
Kini, sudah terang lagi bersuluh
bahawa Lajim sudah mensabotaj UMNO dan BN kerana masih lagi ahli UMNO dan
berkempen ke sana kemari menghentam kerajaan BN memburuk-burukan kepimpinan
UMNO/BN.
Tetapi ramai hairan kenapa UMNO
masih belum mengambil tindakan tatatertib sehingga ramai yang membuat pelbagai
tohmahan bahawa Datuk Najib tidak menyingkir Lajim daripada UMNO/BN kerana akan
dijadikan 'Under Cover' agen untuk UMNO/BN dalam Pakatan Rakyat.
Adakah tindakan Lajim ini
berbuat demikian hanya sebagai gimik politik dan sandiwara semata-mata untuk
menarik perhatian rakyat di negara ini, khususnya di Sabah kerana sehingga kini
Lajim belum mengumumkan perletakan keahliannya daripada UMNO.
Ramai pembaca Sabahkini.Net yang
menghantar email berharap agar senario kedudukan Lajim dijelaskan sebelum
menjadi barah di dalam UMNO dan mendorong ramai meninggalkan UMNO dan menjadi
ahli dua parti.
Salam Hormat,
SHAIMON S JUMADI
No comments:
Post a Comment