Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
PANEL RCI atau Kerajaan
Persekutuan tidak perlu membuang banyak masa untuk menjalankan siasatan
berhubung kerakyatan songsang di Sabah jika mengambil kes kerakyatan songsang Adun
Sebatik, Haji Abdul Muis Bin Picho sebagai 'precedence' dan 'Mercu Tanda'
pencabulan undang-undang.
Ketua Penerangan Angkatan
Muda PKR Sabah, Citra Masadi berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Panel
RCI Sabah bahawa mereka akan mengadakan pendengaran umum pertama pada 14
Januari 2013 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
"Kenapa perlu membuang
masa 48 saksi dan membazirkan wang awam jika saksi dan
bukti utama berada di dalam kerajaan iaitu sebagai penggubal undang-undang?
Bukankah dengan memanggil Muis Picho ke pendengaran awam, rakyat Sabah boleh
mengetahui bagaimana mudahnya warga asing mendapat kerakyatan Malaysia dari
Sabah; bukan sahaja menjadi Pegawai Kerajaan, malah menjadi ADUN dan layak
menjadi Ketua Menteri," kata Citra yang memuji langkah Datuk Seri Mohd
Najib menubuhkan RCI yang selama ini menjadi taboo kepada semua Perdana Menteri
sebelumnya.
Kata Citra, Sabahkini.net
telah melakukan kerja terbaik sebelum penubuhan RCI dan pernah bekerjasama
dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti dan telah
mendedahkan banyak rahsia kerakyatan songsang daripada badan yang ditubuhkan
kerajaan.
"Tidak ada siapa dapat
menafikan bahawa Muis Picho adalah Warganegara Indonesia, lahir di Indonesia
dan pernah mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia sebelum menyerahkan kad
pengenalan merahnya setelah mengeluarkan semua KWSPnya dan datang kembali
menggunakan pasport; mendapat IC Projek dan seterusnya menjadi Ahli UMNO (01562761)
dan dipilih sebagai calon UMNO DUN Sebatik dan menjadi Adun Sebatik sejak
2008," ujar Citra yang menggesa agar Panel RCI fokus terhadap siasatan
mereka dan bukannya melayan sandiwara pemimpin UMNO yang menjadikan RCI sebagai
modal politik.
Kata Citra, Kementerian
Dalam Negeri (KDN) wajib memberikan penjelasan secara terbuka bagaimana boleh
meluluskan kewarganegaraan mengikut Fasal 30 (3) Perlembagaan Persekutuan kepada
Muis Picho dengan memberikan kad pengenalan lama H0381984 iaitu kad yang
dikhususkan untuk Warga Penyu atau IC Projek Mahathir dan kini memegang MyKad 570720125237.
"Dalam hal ini Pengarah
JPN Sabah boleh memberi penjelasan, tetapi beliau terpaksa menutup mulut kerana
melindungi kepentingan kerajaan dan boleh menyebabkan krisis perlembagaan kerana
PATI yang memperoleh kerakyatan songsang boleh menjadi Adun dan menggubal
undang-undang di dewan yang mulia itu," kata Citra yang kesal kerana
Pengarah JPN tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan tanpa
merujuk kepada Ketua Pengarah JPN di Putrajaya atau Menteri Dalam Negeri.
Tambah Citra lagi, Muis
mempunyai seorang abang, Datuk Mohd Tahir Bin Picho iaitu seorang usahawan
ternama di Tawau, namun tidak menyebut taraf kerakyatan abang Muis.
Kenapa sekarang baru nak korek..zaman pm terdahulu sebelum ni xda plak nak korek..adeii
ReplyDeletejangan berhenti "korek" hehehehe
ReplyDelete