Saudara Pengarang,
HAYAT pemerintahan BN di
Sabah bakal sirna dalam masa lima bulan lagi oleh jika majoriti rakyat Sabah membuat
keputusan nekad untuk menguburkan BN setelah tidak ada jalan keluar yang
dibentangkan BN.
Berdasarkan analisa dan 'Cakap
Kedai Kopi', pembangkang Sabah bakal membentuk kerajaan baru Sabah jika berjaya menakluki 10 kerusi Cina
dan 14 kerusi KDM.
Kajian beberapa pihak juga menunjukkan
15 kerusi kubu kuat Umno akan berjaya ditawan PKR atau PPPS yang diketua Datuk
Lajim Haji Ukin iaitu Klias, Lumadan, Pantai Manis, Sindumin, Bongawan, Kawang,
Tempasuk, Usukan, Sulaman, Petagas, Sekong, Banggi dan beberapa kerusi parlimen
juga bakal beralih kepada Pakatan Rakyat.
Ketahuilah, rakyat Sabah
tidak perlu dikaburi dengan pembangunan dan dirasuk dengan isu besar kerana
mereka pernah menukar pemerintah seperti menukar baju!
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
No comments:
Post a Comment